Isnin

KEJOHANAN BOLA BALING MSSM 2013 : HARI KETIGA

4 JUN 2013 (SELASA)

Perlawanan pembukaan pada hari ketiga didahului dengan dua pertembungan terakhir bagi kumpulan Q bawah 12 tahun Perempuan iaitu antara pasukan Pulau Pinang bertemu Pahang dan Sabah menentang Perlis.. Pasukan Pulau Pinang berjaya menundukkan Pahang dengan jaringan 16 - 12 manakala Sabah berjaya menundukkan Perlis dengan jaringan 6 - 1. Daripada keputusan ini, pasukan Sabah berjaya menjuarai kumpulan Q diikuti Pulau Pinang sebagai Naib Juara untuk layak ke pusingan suku akhir.

Pertarungan terakhir bagi kumpulan P yang akan menentukan pasukan mana yang layak ke suku akhir di antara pasukan Terengganu bertemu pasukan Kuala Lumpur.

Jurulatih pasukan Perempuan Bawah 12 tahun Terengganu, Cikgu Farid sedang menerangkan taktikal terbaru kepada pemain-pemainnya pada perlawanan terakhir kumpulan P menentang Kuala Lumpur. Keputusan akhir perlawanan, Terengganu berjaya membelasah Kuala Lumpur dengan jaringan 18 - 6

Keputusan Hari Ke Tiga

Bawah 12 Tahun Perempuan

53. Pulau Pinang lwn Pahang (9 -8) (16 - 12)
54. Sabah lwn Perlis (3 - 0) (6 - 1
55. Perak lwn Kelantan (1 - 3) (10 - 5)
56. Selangor lwn Kedah (7 - 3) (13 - 5)
57. TERENGGANU lwn Kuala Lumpur (9 - 2) (18 - 6)
58. Sarawak lwn Melaka (3 - 3) (6 - 5)

 Pasukan yang layak ke pusingan suku akhir

Kumpulan N
Johan : Johor
Naib Johan : Sarawak
Ke tiga : Melaka

Kumpulan P
Johan : Negeri Sembilan
Naib Johan : TERENGGANU
Ke tiga : Kuala Lumpur

Kumpulan Q
Johan : Sabah
Naib Johan : Pulau Pinang
Ke tiga : Perlis
Ke empat: Pahang

Kumpulan R
Johan : Perak
Naib Johan : Selangor
Ke tiga : Kedah
Ke empat : Kelantan


Pertembungan terakhir kumpulan M antara tuan rumah, Kedah menentang Sarawak. Keputusan akhir, tuan rumah menang dengan jaringan 17 - 15.








Tiada ulasan: