Isnin

BOLA BALING WANITA TERENGGANU MENJUARAI SUKMA XVI 2013

Sukan SUKMA xvi yang berlangsung pada 28 Jun - 7 Julai 2013 telah menyaksikan keunggulan Negeri Terengganu dalam sukan SUKMA telah dicabar oleh Negeri Selangor. Negeri Selangor berjaya memintas pungutan pingat pada hari-hari terakhir menyaksikan Terengganu menduduki tempat kedua dengan pungutan 18 pingat emas.

Namun begitu pasukan Bola Baling Wanita Terengganu berjaya mengungguli dalam acaranya dengan memberikan emas terakhir bagi Negeri Trengganu setelah menewaskan Negeri Sembilan di perlawanan akhir yang berlangsung di Dewan Putra Bukit Jalil. Terengganu berjaya menewaskan Negeri Sembilan dengan kemenangan tipis setelah ketinggalan pada pertengahan masa pertama dengan 7 - 9. Namun pasukan Bola Baling  Wanita Terengganu berjaya bangkit dan memperkemaskan permainan seterusnya berjaya mengalahkan pertahanan kental Negeri Sembilan dengan keputusan 12 - 10 selepas masa tambahan.

Pasukan Negeri Sembilan berjaya menjaringkan gol
 
Majlis penyampaian pingat kepada pemenang-pemenang
 
Pemain Bola Baling Baling Terengganu bergam,bar kenangan dengan Cg Rizalman
 
 
Namun pasukan Bola Baling Lelaki Terengganu hanya berjaya mendapat gangsa di kejohanan kali ini setelah kalah kepada pasukan Kelantan dengan jaringan 21 - 25. Kekalahan kali kedua setelah kalah dalam kejohanan MSSM 2012 di kota Bahru.
 
Tahniah kepada pasukan Bola baling Terengganu kerana masih unggul biarpun pasukan lelaki gagal untuk kejohanan kali ini. Tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam membentuk pasukan yang konsisten dengan pencapaian cemerlang.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tiada ulasan: