Isnin

LATIHAN HUJUNG MINGGU

Assalam dan salam sejahtera buat peminat bola baling....

Agak sukar juga untuk mencoretkan cerita pada kali ini. Namun kerana minat kepada bola baling, aku coretkan juga sedikit tentang perkembangan bola baling MSST Terengganu untuk dijadikan panduan dan khabar untuk peminat-peminat bola baling khususnya kepada pengikut blog ini.

Tahun lepas aku mengundurkan diri dari menjadi jurulatih negeri. Mungkin kerana kepenatan. Mungkin juga tidak "sebulu" dengan "orang atas" maka aku mengambil keputusan untuk menarik diri dari team MSST 2011. Namun, pada tahun ini kawan lama aku yang sama-sama bermain dalam satu pasukan dulu, Dungun United dan telah lama bersama melatih pasukan negeri, telah diamanahkan memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi Teknik Negeri yang baru. Seterusnya beliau telah meminta untuk aku bersama beliau sekali lagi dalam pasukan. Memang aku tidak dapat untuk mengatakan tidak kerana amat memahami cara kerja Cikgu Din B2 ni. Akhirnya aku sanggup kembali dalam pasukan kali ini biarpun aku amat sibuk untuk menguruskan pembinaan rumah baru......

Pada hujung minggu yang lalu, aku telah memulakan tugas sebagai jurulatih untuk pasukan Lelaki Bawah 12 tahun. Biarpun jiwa aku lebih suka kepada Perempuan Bawah 12, namun PT memikirkan kemahiran dan komitmen aku terhadap pasukan, maka beliau menyerahkan pasukan Lelaki Bawah 12 kepada aku untuk membentuk pasukan.

Seramai 7 orang pemain telah mel;aporkan diri pada sesi latihan kali ini. Seramai 5 orang tidak hadir atas beberapa sebab. Namun yang paling mengecewakan aku ketidakhadiran pemain harapan yang dijangka akan memberikan impak yang besar kepada pasukan ini. Arham dari daerah Setiu yang menyertai kem olahraga dan seterusnya terpilih dalam pasukan bola sepak telah memusnahkan target untuk membentuk pasukan juara pada tahun ini. biarpun masih ada lagi pemain-pemain lain namun kelebihan yang ada padanya sukar ditandingi oleh pemain-pemain lain. 

Namun begitu, pada latihan pusat yang akan diadakan tidak beberapa hari lagi, aku cuba membenntuyk pasukan yang akan membawa cabaran di MSSM nanti. Dan sasaran aku, cuba mengekalkan pencapaian pada 2010 di Kedah, di mana pasukan Lelaki 12 Tahun layak ke seperuh akhir dan seterusnya mendapat tempat ke-3.

Bagi aku, pasukan Perempuan 12 Tahun lebih baik pada tahun ini. Dengan pemain-pemain berkualiti yang dilatih oleh Cikgu Farid, dijangka pasukan ini mampu untuk ke final pada edisi kali ini. Pemain-pemain yang memenuhi citarasa Cikgu Farid dengan ketinggian yang dikehendaki serta kemahiran individu yang mampu menggerunkan pasukan-pasukan lain. Berdasarkan kepada perlawanan persahabatan dengan pemain-pemain SMK Bukit Nenas, aku yakin pasukan ini akan cemerlang di Kota Bahru nanti. 

Harapan aku, kontijen Bola Baling MSS Terengganu pada tahun ini akan mencipta kejayaan cemerlang di Kota Bahru nanti. Mengubat luka kegagalan pada tahun lalu di Perlis. Insya-Allah, dengan komitmen yang cemerlang dari PT yang baru dan kesungguhan jurulatih-jurulatih yang berpengalaman.... Kami akan mencipta sesuatu yang gemilang di kejohanan Bola Baling MSSM 2012 nanti.





BINTANG-BINTANG EHF EURO 2012

EHF EURO 2012 – All Star Team

Best goalkeeper: Darko Stanic (Serbia)

Best Left Wing - Gudjon Valur SIGURDSSON (Iceland)

Best Left Back - Mikkel HANSEN (Denmark)

Best Centre Back - Uros ZORMAN (Slovenia)

Best Pivot - Rene TOFT HANSEN (Denmark)

Best Right Back - Marko KOPLJAR (Croatia)

Best Right Wing - Christian SPRENGER (Germany)

 Best Defence Player – Virán MORROS (Spain)

 Most Valuable Player (MVP) Momir ILIC (Serbia)


TOP 3 SCORE

 Kiril LAZAROV (FYR Macedonia)
61 gol

Gajic Dragan ( Slovenia)
48 gol

Mikkel HANSEN (Denmark)
45 gol



Ahad

DENMARK JUARA DI EHF EURO 2012

Ais sejuk Denmark dapat menahan suasana yang panas di dalam gelanggang tekanan di Belgrade dan menjadi juara Eropah dalam perlawanan akhir yang mendebarkan ketika menentang tuan rumah Serbia. Orang Denmark tidak hanya perlu untuk memerangi tujuh pemain tetapi terhadap 20,000 penonton, yang menolak pasukan mereka tetapi pada akhirnya mereka berjaya mengalahkan Serbia dengan keputusan 21:19 (09:07). Kejeyaan terbaik pasukan lelaki Denmark memenangi gelaran kali ke 2 EHF EURO selepas 2008 di Norway.

Tahun lepas Denmark adalah benar-benar kecewa selepas tewas pada akhir Kejohanan Dunia di Malmö menentang Perancis selepas masa tambahan, tahun ini mereka melonjak gembira di atas podium di Belgrade. Terima kasih kepada Niklas Landin penjaga gol mereka yang cemerlang dan kebijaksanaa penjaring utama mereka Mikkel Hansen (sembilan gol dalam perlawanan akhir), mereka dapat meningkatkan plat pemenang kepada plat emas yang disampaikan oleh EHF Presiden Tor Lian.


Pada separuh pertama perlawanan akhir penonton hanya melihat 16 gol, dengan Denmark 09:07. Serbia kurang semangat, emosi dan kekuatan sepertimana yang mereka telah ditunjukkan dalam kemenangan separuh akhir menentang Croatia.


Di sisi lain pemain Denmark - ditolak oleh Niklas Landin penjaga gol mereka dan serangan balas ace Anders Eggert - dimainkan sebagai sejuk seperti ais, tidak panik dengan orang ramai dan menenangkan jisim awal. Manakala pemain Serb banyak melakukan kesilapan dalam serangan dan sentiasa ketinggalan dalam tempoh permainan sebelum rehat.Apabila pemain Denmark mendahului dengan margin empat gol buat kali pertama pada 11:07, 20,000 penonton
dengan sokongan kuat dan hebat  telah memberikan semangat yang baru dan motivasi tambahan kepada pemain tuan rumah setrusnya berjaya menjaringkan tiga gol berturut-turut 

Pertahanan Serbia dalam tempoh ini ialah seperti dinding - dengan hanya satu pengecualian: semua-bintang-pasukan pemain Mikkel Hansen mendapati lubang dengan cara yang ampuh untuk bermain dan sekali lagi meningkat jarak untuk sentiasa tiga atau matlamat lebih juga mengucapkan terima kasih kepada landin menjimatkan dalam pertengahan separuh masa kedua. Dan Hansen mengambil tanggungjawab dengan tembakannya diketuk apabila Serb telah mengurangkan kelebihan jaringan kepada 15:16 dan berjaya menghidupkan permainan.
Sebelum perlawanan akhir, Croatia telah memenangi pingat Gangsa EURO EHF yang pertama mereka sejak 1994 selepas menewaskan Sepanyol selepas memenangi pertemuan ini dengan jaringan 31:27 (13:12).



 
Di akhir permainan Denmark tidak hanya mempunyai lebih kuasa dan alternatif daripada tuan rumah dengan kemenangan 21:18.

Emas: Denmark 

Perak: Serbia 
Gangsa: Croatia