Khamis

KEJOHANAN BOLA BALING REMAJA DUNIA (6)

15 OGOS 2011
HARI KEENAM KEJOHANAN

Kumpulan D
Pertemuan pasukan teratas dalam kumpulan D, Sepanyol dan Switzerland yang emperlihatkan satu pertemuan yang sengit. Selepas 20 minit, Sepanyol mendahului dengan kelebihan 2 gol, 13 - 11. Setelah 45 minit, Sepanyol terus mendahului dengan kelebihan 4 gol, denagan jaringan 22 - 18. Namun Switzerlang tidak mudah berputus asa. Switzerlang mula bangkit dan mengurangkan jurang jaringan gol. Selepas 55keputusan menjadi Sepanyol 27 dan Switzerland 26. Dua mint terakhir, Switzerland berjaya mendahului Sepanyol dengan jaringan 29 - 27. Di akhir perlawanan, Swirzerland berjaya mengatasi Sepanyol dengan keputusan 29 - 28.

 

 

 


Pertemuan Argentina dengan Gabon menyaksikan tuan rumah berusaha untuk mencipta kejayaan untuk penyokong-penyokong tuan rumah yang begitu dahagakan kemenangan. Selepas 18 minit, Argentina terus mendahului dengan 12 - 8 dan tamat separuh masa pertama terus mendahului dengan 30 - 20. Dalam separuh masa kedua, Argentina terus menguasai perlawanan. Kegembiraan penyokong tuan rumah berterusan dengan permainan yang berkualiti yang ditunjukkan oleh pemain Argentina. Mereka terus menjarakkan jaringan dengan 28 - 18 dan seterusnya memenangi perlawanan ini dengan jaringan 37 - 24.


Pertemuan antara Serbia dan Crotia juga menyaksikan persaingan sengit. Selepas tamat separuh masa pertama, Crotia mendahului hanya dengan jaringan 1 gol, 11 berbalas 10. Dalam separuh masa kedua, Crotia terus mendominasi sebahagian besar perlawanan. Serbia bekerja keras mengekang pergerakan pemain-pemain Serbia dan seterusnya melakukan serangan-serangan balas sehingga berjaya mengikat kedudukan 22 - 22.
 Polideportivo Islas Malvinas (kapasiti seramai 8000 orang)

Dalam perlawanan terakhir kumpulan A menyaksikan Slovenia menentang Sweden. Kemenangan Slovenia memungkinkan mereka layak ke suku akhir. Slovenia mendahului dengan jaringan 16 - 15 selapas tamat 30 minit pertama. Slovenia terus mempamerkan pemainan yang kemas, menyusun serang dengan berkesan sehingga berjaya medahului 24 - 20 pada minit ke 45. 7 minit tamat, menampakkan kemenangan untuk Slovenia namun Sweden bangkit seterusnya hampir menyamakan kedudukan dengan terus mengejar Slovenia dengan jaringan 29 - 30. Keputusan kahir perlawanan, Slovenia dan Sweden berkongsi mata setelah seri dengan keputusan jaringan 30 -30.

Once Unidos Club (Kapsiti 1500 orang)

Perlawanan terakhir kumpulan B, Perancis melayani Mesir. 15 minit pertama banyak berlaku kekasaran yang dilaukan oleh kedua-dua pasukan. Keputusan separuh masa ialah 16 - 15 untuk Perancis mendahului perlawanan. 50 minit selepas itu, keputusan menjadi 27 - 23. Seterusnya Perancis terus mendominasi perlawanan dengan kemenangan 32 - 27 membalas dendam kekalahan tahun lalu di tangan Mesir di kejohanan Olimpik Remaja di Singapura. (21 - 22).

Pertembungan antara Brazil dengan Qatar di gelanggang yang sama. Separuh masa pertama, Brazil dan Qatar terikat 14 - 14. Namun pada separuh masa kedua, Brazil bermain dengan pantas dan melakukan serangan-serangan balas yang berkesan memerangkap Qatar dengan 24 - 19 dan seterusnya menag bergaya dengan keputusan 32 - 27.

Berbekalkan dengan kemantapan bertahan dan ketangkasan serangan balas yang diterapkan oleh jurulatih Cristian Schwarzer, menyaksikan Jerman mendominasi perlawanan ketika bertemu Denmark. Setelah mendahului dengan 16 - 10 setelah separuh masa pertama, Jerman terus mengawal permainan dalam separuh masa yang kedua. Kecemerlangan Stroxbeck Felix banyak membantu kejayaan Jerman pada kali ini dan seterusnya menang dengan keputusan 27 - 24. .

 

 

 

 

 
Hansen Markius (15) merayai gol yang ke 23 untuk Jerman pada minit ke 13.


PASUKAN YANG LAYAK KE SUKU AKHIR



KUMPULAN  A

KUMPULAN  B
JOHAN
SWEEDEN

JOHAN
PERANCIS
NAIB JOHAN
CROTIA

NAIB JOHAN
MESIR


KUMPULAN  C

KUMPULAN  D
JOHAN
JERMAN

JOHAN
SWITZERLAND
NAIB JOHAN
DENMARK

NAIB JOHAN
SEPANYOL



Tiada ulasan: