Sabtu

KEJOHANAN BOLA BALING REMAJA DUNIA (5)

15 OGOS 2011
HARI KELIMA KEJOHANAN


Mesir memulakan hari kelima kejohanan bertemu New Zealand. Juara 2010 Kejohanan Remaja Olimpik tidak bersusah payah untuk mengenepikan cabaran New Zealand. Mesir dengan mudah menewaskan New Zealand dengan keputusan 49 - 12. Akhirnya Mesir berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir.

Crotia yang berusaha mempertahankan kejuaraan yang lalu, bertemu Bahrain untuk melayakkan diri ke perinkat suku akhir dari kumpulan A. Dalam 15 minit pertama tidak menampakkan kreativiti serangan dari pasukan Crotia. Jaringan 5 - 6 menampakkan kurang kreativiti dari dua-dua pasukan yang penting ini. Selepas tamat 30 minit, Crotia ketinggalan 10 - 12. Namun setelah separuh masa kedua bermual, Crotia garang dengan asakan yang lebih baik dan seterusnya berjaya mengatasi Bahrain dengan keputusan 32 - 22.


 



Russia memulakan perlawanan dengan baik pada awal permainan ketika bertemu Denmark dengan mendahului dengan 10 - 7. Namun hilang kawalan pada minit-minit terakhir separuh masa pertama di mana Denmark meningkatkan asakan sehingga berjaya mendahului 14 - 12.  Akhirnya Denmark terus menjarakkan jaringan gol dengan 27 - 19 dan keputusan akhir Denmark berjaya mengalahkan Russia dengan jaringan 29 - 23.


 



Sepanyol pula menentang Chilie. !8 minit pertama, Sepanyol dengan kekuatan barisan serangan yang ampuh berjaya mendahulu Chilie 11 - 9. Seterusnya 16 - 10 (minit ke 40), 22 - 11 (minit ke 50) dan keputusan akhir Sepanyol mengatasi Chilie dengan 28 - 15.

Pertembungan dramatik antara Crotia dan Serbia menyaksikan ketahan fizikal dan tektikal yang menarik dengan kecekapan kedua-dua penjaga gol dapat mengawal pintu dengan serangan-serangan pantas ke dua-dua pasukan. Crotia mendahului 1 gol pada 30 mint pertama dengan jaringan 11 - 10. Selepas 10 minit separuh masa kedua, kekebalan pertahanan Crotia membolehkan mereka mendahului 15 - 12. Serbia meningkatkan asakan pada baki perlawanan dan memaksa Serbia berkongsi mata dengan keputusanan 22 - 22. Dengan keputusan ini, Serbia dijangka antara dua pasukan teratas dalam kumpulan A, manakala Crotia terpaksa menunggu keputusan antara Sweden dan Slovenia.

 

 

 


 Kumpulan C menampilkan ketajaman penyudah bagi pasukan Korea Selatan dalam pertemuan dengan pasukan Tunisia. Dalam 20 minit pertama Kores telah mendahului 16 - 14 ke atas Tunisia yang banyak mensia-siakan peluang yang meraka perolehi. Seterusnya Korea terus mendahului sehingga tamat permainan dengan mengatasi Tunisia dengan jaringan 31 - 29.

Pertembungan yang dinanti-nantikan di antara Slovenia dan Sweden berlangsung amat sengit dengan kedua-dua pasukan saling mengejar jaringan . Setelah tamat separuh masa pertama Slovenia mendahului dengan 16 - 15. Namun pada 45 minit perlawanan, Slovenia menjarakkan jaringan dengan 4 jaringan, meninggalkan Sweden dengan 24 - 20. Namun 7 minit sebelum tamat perlawanan, Sweden bangkit mengejar menjadikan keputusan 29 -30. Dan di akhir sepenuh masa keputusan menjadi 30 - 30 yang memberikan 1 mata bagi kedua-dua pasukan. Ini menjadikan Slovenia memiliki mata yang sama dengan Serbia namun kelebihan 7 gol melayakkan Slovenia kekedudukan ke 3 dalam kumpulan A.

 

 

 

 Perlawanan dalam kumpulan B antara Perancis dan Mesir berkesudahan dengan kemenangan mudah bagi Perancis setelah berjaya mengatasi Mesir dengan jaringan 32 - 27. Namun pada 30 minit pertama Perancis terpaksa menghadapi tentang sengit dari pemain-pemain Mesir sehingga gagal untuk melebarka jaringan dengan lebih besar. Sekadar mencatatkan 16 - 15. Namun Mesir gagal untuk  meneruskan kekentalatahan sehingga memberi peluang kepada pemain-pemain Perancis menambahkan dan menjarakkan jaringan gol. Keputusan akhir, Perancis 32, Mesir 27.

 



Tiada ulasan: