Isnin

KONTIGEN TERENGGANU BERDUKA DI PERLIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

5 JUN 2011
AHAD

Hari-hari terakhir kejohanan bola baling MSSM yang akan melabuhkan tirainya esok, menyaksikan kekecewaan dan kedukaan kontigen Terengganu pada tahun ini. Bukan sahaja gagal untuk mengekalkan kejuaraan tetapi merana kerana semua pasukan gagal untuk layak ke final. Semua tersungkur di suku akhir kecuali P12 yang layak ke separuh akhir pada petang tadi. 

Apakah semua ini memang dirancang ataupun mood kurang semangat daripada jurulatih-jurulatih yang membawa pasukan ke kejohanan kali ini? Jika dilihat kepada pemain-pemain yang ada memang kelihatan begitu mantap dan menepati seperti yang digariskan dalam pemilihan pemain di peringkat negeri biarpun seorang dua yang tidak dapat bersama pasukan. Keseluruhannya pasukan yang ada tidak begitu kekurangan berbanding pada tahun lalu. Mungkinkah pasukan-pasukan yang lain lebih bersedia pada tahun ini. Wallahualam.

Keputusan yang baru diterima, pasukan P12 Terengganu masih gagal pada tahun ini untuk membalas dendam  kekalahan tahun lalu setelah kalah 8 - 11 kepada pasukan P12 Johor di peringkat separuh akhir petang tadi. Namun keputusan ini lebih baik berbanding tahun lalu di mana P12 Terengganu kalah teruk. Tahniah kepada jurulatih Cikgu Fauzi yang berjaya menampilkan pasukan yang hebat biarpun kalah. Ini membuktikan bahawa Cikgu Fauzi mempunyai kemahiran tinggi untuk membina pasukan mantap berbanding jurulatih jurulatih yang ada pada tahun ini mahupun pada tahun-tahun yang lalu. Cuma,  pada tahun-tahun lalu Cikgu Fauzi hanya diberikan peranan sebagai pengurus pasukan berbanding kemahiran tinggi yang dimilkinya. Harapan agar Cikgu Fauzi dikekalkan untuk membimbing pasukan pada tahun-tahun yang akan datang. 

Kepada P12, moga kalian berjaya membawa pulang tempat ke-3 sebagai pubat kekecewaan kontigen Terengganu pada tahun ini. Dan kepada mereka-mereka yang terlibat dalam bola balingTerengganu, fikirkanlah kesan kegagalan ini untuk pasukan pada tahun hadapan sepertimana saya yang telah melabuhkan diri pada tahun ini setelah gagal membawa pasukan P12 ke final tahun lalu berjaya memberikan peluang kepada jurulatih baru menampilkan kemahirannya ke peringkat yang lebih tinggi sepertimana yang telah dilakukan oleh Cikgu Zulkifli di peringkat daerah Dungun dan juga Cikgu Fauzi di peringkat negeri. Fikrikanlah..... mungkinkah tahun ini anda pula yang perlu mengundur diri dan memberikan ruang dan peluang kepada orang muda untuk menguruskan pasukan dan kontigen Terengganu ke kejohanan pada tahun-tahun mendatang. Biarlah orang lain pula memberikan idea dan pembaharuan dalam bola baling Terengganu. Usahlah kita pentingkan diri sendiri duduk ditapak yang sama bertahun-tahun sedangkan kita tidakpun menyumbangkan kepada kejayaan pasukan. Bak kata Nabil.... Lu Fikirlah Sendiri!!!!!!!!!!


8 ulasan:

Mr_17 berkata...

salam cikgu...cikgu fauzi tu cg dr BESUT kan????sk APAL klu xsilap...klu betol orgnya, memang layak la jd coach...bdk saya dibelasaH teruk ngn bdk die tyme semifinal zon jabi br nie....set piece die terbaek r....

dinsenu berkata...

Betul tu Mr_17. Beliau dari SK Apal Besut. Dah banyak kali bersama. Kini diberikan tanggungjawab sebagai coach dan hasilnya sungguh berbalaoi.

P12 Terengganu berjaya merangkul tempat ke-3 di MSSM yang lalu.

dinsenu berkata...

Cikgu harap suatu masa nanti Mr_17 pun dapat menjadi seorang jurulatih yang hebat seperti Cikgu Fauzi ini.

Mr_17 berkata...

sy mane la layak cikgu...klu xde org sgt, boleh la...tu pom udoh2 je..

dinsenu berkata...

Jangan cepat mengalah. Cuba Mr_17 kenali Cikgu Fairuz. Beliau bukan pemain bola baling baling tapi berjaya membentuk pemain yang berkualiti tinggi apatah lagi Mr_17 yang lebih arif dalam permainan ini sejak di sekolah rendah lagi. Cikgu percaya Mr_17 boleh menjadi jurulatih yang hebat suatu hari nanti cuma perlukan sedikit lagi pengalamn dan belajar dari orang yang arif. Insya-Allah, Mr_17 pasti boleh menjadi jurulatih yang hebat suatu hari nanti.

Mr_17 berkata...

insyaallah la sbb tu memg jd impian sejak dr skoloh lg...nak wakil mlysia xleh dah tp dpt tgk anak buah main malaysia xpe dh.....

Cg Am berkata...

Salam..
Apa terima kasih diatas penjualan Handball Planner aritu...
Penggunaannya amat berbisa sehingga pasukan P18 saya sendiri layak ke Final..
Pasukan Pahang yang lain juga berjaya mencapai matlamat dengan kesemuanya berjaya layak ke suku akhir..
Apapun terima kasih ats pengenalan planner dan keramahan cg Din dan Cg Farid di MSSM tempohhari..

dinsenu berkata...

Terima kasih kembali buat Cg Am.
Tahniah atas kejayaan Pahang di Perlis khususnya pasukan P18. Namun team Terengganu gagal mempertahankan kejuaraan tahun-tahun yang lalu. Moga pengenalan planner tersebut sedikit sebanyak akan membantu jurulatih pasukan ke arah profesioanalisme dalam kejurulatihan bola bala baling sebagaimana yang telah diserapkan dalam team Terengganu beberapa tahun yang lalu. TQVM