Isnin

KEJOHANAN BOLA BALING MSS TERENGGANU 2011

5 - 7 MEI 2011
KHAMIS - SABRU
TEMPAT: SMK PENGKALAN BERANGAN, MARANG, TERENGGANU

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Hari ini saya akan membicarakan tentang kejohanan Bola Baling MSST yang telah berlangsung di SMK Pengkalan Berangan di mana daerah Marang telah menjadi tuan rumah untuk tahun ini. SMK Pengkalan Berangan juga telahpun menjadi gelanggang untuk kejohanan ini pada tahun 2006 yang lalu. 

Semua pasukan dari semua daerah di negeri Terengganu telah menyertainya termasuk pasukan Bola Baling MS Dungun yang telah membuat persiapan yang agak panjang juga pada tahun ini. Harapan Pengerusi Teknik agar pasukan bawah 12 tahun mampu untuk melangkah ke final bagi kedua-dua pasukan lelaki dan perempuan memandangkan pemain-pemain yang telah dipilih memiliki ketinggian yang agak baik serta mempunyai kemahiran yang tinggi.

Tidak sepertimana tahun 2010 yang lalu, kedua-dua pasukan bawah 12 tahun telah saya ambil tanggungjawab sebagai ketua jurulatih memandangkan kejohanan tersebut telah dijalankan di daerah sendiri.Namun untuk kali ini saya telah membuat keputusan untuk memberikan peluang yang lebih luas kepada guru-guru baru yang mempunyai semangat dan komitmen yang tinggi kepada bola baling.Justeru itu, pasukan P12 telah saya amanahkan kepada Cikgu Bahaman sebagai jurulatih dan Cikgu Zamri dari SK Seri Paka sebagai pengurus pasukan. Manakala L12 saya telah memberi kepercayaan kepada tiga orang guru untuk membentuk pasukan yang lebih mantap. Cikgu Zulkifli dari SK Durian Mas II sebagai ketua jurulatih, Cikgu Azli dari sekolah yang sama senagai pembantu dan Ustaz Hasbullah dari SK Bandar Dungun sebagai pengurus pasukan. Tidak ketinggalan juga Ustazah Hasimah dari SK Pulau Serai sebgai cefron. Harapan yang besar telah diserahkan kepada mereka agar dapat memberikan sesuatu pada kejohanan kali ini.

Ringkasan Laporan Kejohanan.

Lelaki 12 Tahun: Johan
Perempuan 18 tahun:  Ketiga
Perempuan 12 tahun: Pusingan awal
Lelaki 18 tahun: Pusingan awal

Keseluruhannya, MSS Dungun telah berjaya menampilkan pasukan yang baik namun masih kurang dari taktikal berbanding dengan pasukan-pasukan lain khususnya bagi kategori lelaki dan perempuan 18 tahun. Begitu juga dengan pasukan P12, biarpun pasukan ini menunjukkan kebangkitan di perlawanan terakhir namun masih tidak mampu membawa pasukan ini ke peringkat seterusnya. Selain itu, pengalaman jurulatih juga memainkan peranan yang penting. Kekurangan pengalaman menyebabkan pasukan ini gagal untuk melangkah ke peringkat seterusnya biarpun mempunyai pemain-pemain yang lebih baik berbanding pasukan tahun lalu. Oleh itu, keputusan untuk memberikan tanggungjawab yang lebih awal kepada Cikgu Bahaman adalah langkah jangka panjang untuk menjadikannya salah seorang jurulatih yang disegani di suatu masa nanti. Moga pengalaman ini akan menjadikan beliau lebih matang untuk merencanakan dan membentuk pasukan yang lebih lagi di tahun hadapan.

Pasukan Perempuan 12 Tahun MSS Dungun

Pasukan Lelaki 12 Tahun MSS Dungun

Pasukan Perempuan 18 Tahun MSS Dungun

 Pasukan Lelaki 18 Tahun MSS Dungun

Harapan agar beliau tidak cepat berputus asa dengan prestasi pemain-pemainnya pada tahun ini kerana jurulatih yang melatih pasukan negeri pun tidak mampu untuk membawa pasukannya ke peringkat separuh akhir kecuali cikgu Fairuz dari SMK Jenagor yang sentiasa konsisten membentuk pasukan yang mantap hingga MSS Hulu Terengganu mampu bergelar juara L18 MSS Terengganu 2011 untuk tahun yang ke tiga berturut-turut.

Akhir kata, saya selaku pengerusi teknik MSS Dungun merakamkan jutaan terima kasih atas kerjasama dan pertolongan rakan-rakan khususnya kepada mereka yang menyumbangkan keringat dan wang ringgit di atas pasukan bola baling Dungun. Hanya ucapan terima kasih yang mampu diucapkan atas keperihatinan kalian kepada pasukan MSS Dungun. Moga kerjasama yang telah dicernakan ini akan mengeratkan lagi tali persaudaraan antara kita. Biar jauh di mata namun dekat di hati.

Terima kasih juga kepada Puan Noraishah (ibu Dini) kerana telah menyumbangkan gambar-gambar yang cantik untuk tatapan semua. TQVM.

Sekian.

2 ulasan:

dobit127 berkata...

Tahniah atas pencapaian yang dicapai... Penggunaan tenaga baru adalah bagus dalam jangka masa panjang...
Negeri Pahang juga baru selesai mengadakan pertandingan peringkat negeri pada 7 hingga 9 mei di daerah Bera..
Tapi tengok gambar, kenapa masih bermain di padang padahal di peringkat kebangsaan nanti akan diadakan di dalam dewan dan gelanggang futsal....

dinsenu berkata...

dobit127.... terima kasih kerana berkunjung diblog ini dan juga respon yg diberikan.

Inilah masalahnye prngurusan di Terengganu. Biarpun telah menjadi johan kesluruhan beberapa tahun bturut-turut hasil kerja keras jurulatih2 yg menyumbangkan tenaga dan keringat namun masih lg tidaak peka dgn perkembangan semasa.

Bayang pd tahun lalu, pgurus 12tahun kami dimalukan kerana maklumat yg tidak jelas disampaikan kpd kami. Hasilnya kami mengambil kputusan utk tidak bersama team Terengganu lagi pd tahun ini biarpun mereka ada kuasa utk menentukan pasukan jurulatih dan pengurus utk ke Perlis pd tahun ini....

Begitu juga pd 2009, di Kedah pertandingan dijalankan di dalam stadium tp kami bertanding di padang dan utk latihan kami tidak disediakan gelanggang yang sepatutnya utk persiapan di dalam stadium...

Namun, kami ttp berusaha yg terbaik dan akhirnya nasib kami masih lagi baik biarpun johan bersama dgn negeri perak.

So, itulah senario kami di sini.