Selasa

KONTIGEN TERENGGANU BERTOLAK KE PERLIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

30 MEI 2011
ISNIN

Agak lama juga tidak menulis di ruangan ini memandangkan kesibukan menguruskan kehidupan sendiri walaupun kini tidak lagi bersama pasukan bola baling Terengganu.

Hari ini, kontigen MSS Terengganu memulakan perjalanan ke Perlis untuk ke kejohanan Bola Baling MSS Malaysia dan semalam saya sempat mengunjungi rakan-rakan yang masih lagi kuat mendapat pulangan bekerja untuk pasukan bola baling Terengganu walaupun kini pulangan untuk guru-guru ataupun lebih tepat dikatakan jurulatih-jurulatih dan juga pengurusan ppasukan tidak lagi mendapat pulangan yang setimpal dengan apa telah mereka sumbangkan. Sesungguhnya terdetik rasa kagum di hati ini dengan kegigihan mereka. Ataupun mungkinkah kerana minat yang mendalam terhadap sukan yang diceburi!...

Membangkitkan isu ini bukan kerana diri ini menarik diri dan membuat keputusan bersara di peringkat yang tinggi seperti ini kesan dari perkara tersebut. Tidak sekali-kali. Saya tetap aktif dalam bola baling tetapi hanya menguruskan kontigen daerah ke peringkat negeri sahaja. Untuk ke MSSM biarlah jurulatih-lurulatih muda yang membawa cabaran biarpun rasanya diri ini masih mampu namun biarlah peluang ini dibuka kepada yang lain pula.

Berbalik kepada kontigen MSS Terengganu, saya rasa pasukan tahun ini lebih kuat berbanding pasukan tahun lalu di Kuantan khususnya bagi pasukan bawah 12 tahun lelaki dan perempuan. Jika dilihat dengan pemain-pemain yang menjalani latihan, pasukan ini mampu untuk menjuarai kejohanan pada tahun di Perlis. Dengan susuk badan yang besar dan tinggi mereka mampu untuk mengalahkan pasukan-pasukan pilihan di Perlis nanti di samping kemahiran tinggi yang dimiliki oleh setiap individu. Ditambah dengan pengalaman jurulatihnya seperti Cikgu Farid yang tetap bersama pasukan lelaki 12 tahun setelah berjaya menjuarai kejohanan pada tahun lalu. Cikgu Fauzi yang bersama juga Cikgu Farid pada tahun lalu dengan pasukan lelaki pada tahun lalu telah dipertanggungjawabkan melatih pasukan perempuan 12 tahun pada tahun ini. Oleh itu, kekuatan yang ada pada kedua-dua jurulatih ini tidak perlu diragui lagi apatah lagi dengan kekuatan pasukan yang dimiliki pada tahun ini.

Pasukan bawah 18 tahun sudah tidak perlu digusarkan lagi kerana rekod yang ada sudah dapat menggerunkan pasukan-pasukan lain di kejohanan itu nanti. Johan untuk dua tahun berturut-turut bagi kategori 18 tahun lelaki amat sukar untuk dutandingi oleh pasukan-pasukan lain. Cikgu Fairuz merupakan  jurulatih sama yang membimbing pasukan yang menjuarai bagi kategori 15 tahun tiga tahun lalu dan jika dikira, sudah tiga tahun mereka menjuarainya kejohanan MSSM. Jadi, pasukan ini juga merupakan sandaran utama buat kontigen MSS Terengganu untuk mencapai misi  menjuarai kejohanan pada tahun ini di samping pasukan bawah 18 tahun perempuan yang sentiasa kecewa di peringkat akhir buat beberapa tahun yang lalu. Oleh itu, pada tahun ini mereka berikrar untuk menghapuskan badi kalah di perlawanan akhir seterusnya menjuarai kejohanan pada kali ini.

Harapan saya agar kontigen MSS Terengganu dapat mengekalkan kejuaraan buat kali ke-5 di Perlis nanti. Doa saya mengiringi kalian semua...... SEMOGA BERJAYA DENGAN CEMERLANG.

Isnin

KEJOHANAN BOLA BALING MSS TERENGGANU 2011

5 - 7 MEI 2011
KHAMIS - SABRU
TEMPAT: SMK PENGKALAN BERANGAN, MARANG, TERENGGANU

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Hari ini saya akan membicarakan tentang kejohanan Bola Baling MSST yang telah berlangsung di SMK Pengkalan Berangan di mana daerah Marang telah menjadi tuan rumah untuk tahun ini. SMK Pengkalan Berangan juga telahpun menjadi gelanggang untuk kejohanan ini pada tahun 2006 yang lalu. 

Semua pasukan dari semua daerah di negeri Terengganu telah menyertainya termasuk pasukan Bola Baling MS Dungun yang telah membuat persiapan yang agak panjang juga pada tahun ini. Harapan Pengerusi Teknik agar pasukan bawah 12 tahun mampu untuk melangkah ke final bagi kedua-dua pasukan lelaki dan perempuan memandangkan pemain-pemain yang telah dipilih memiliki ketinggian yang agak baik serta mempunyai kemahiran yang tinggi.

Tidak sepertimana tahun 2010 yang lalu, kedua-dua pasukan bawah 12 tahun telah saya ambil tanggungjawab sebagai ketua jurulatih memandangkan kejohanan tersebut telah dijalankan di daerah sendiri.Namun untuk kali ini saya telah membuat keputusan untuk memberikan peluang yang lebih luas kepada guru-guru baru yang mempunyai semangat dan komitmen yang tinggi kepada bola baling.Justeru itu, pasukan P12 telah saya amanahkan kepada Cikgu Bahaman sebagai jurulatih dan Cikgu Zamri dari SK Seri Paka sebagai pengurus pasukan. Manakala L12 saya telah memberi kepercayaan kepada tiga orang guru untuk membentuk pasukan yang lebih mantap. Cikgu Zulkifli dari SK Durian Mas II sebagai ketua jurulatih, Cikgu Azli dari sekolah yang sama senagai pembantu dan Ustaz Hasbullah dari SK Bandar Dungun sebagai pengurus pasukan. Tidak ketinggalan juga Ustazah Hasimah dari SK Pulau Serai sebgai cefron. Harapan yang besar telah diserahkan kepada mereka agar dapat memberikan sesuatu pada kejohanan kali ini.

Ringkasan Laporan Kejohanan.

Lelaki 12 Tahun: Johan
Perempuan 18 tahun:  Ketiga
Perempuan 12 tahun: Pusingan awal
Lelaki 18 tahun: Pusingan awal

Keseluruhannya, MSS Dungun telah berjaya menampilkan pasukan yang baik namun masih kurang dari taktikal berbanding dengan pasukan-pasukan lain khususnya bagi kategori lelaki dan perempuan 18 tahun. Begitu juga dengan pasukan P12, biarpun pasukan ini menunjukkan kebangkitan di perlawanan terakhir namun masih tidak mampu membawa pasukan ini ke peringkat seterusnya. Selain itu, pengalaman jurulatih juga memainkan peranan yang penting. Kekurangan pengalaman menyebabkan pasukan ini gagal untuk melangkah ke peringkat seterusnya biarpun mempunyai pemain-pemain yang lebih baik berbanding pasukan tahun lalu. Oleh itu, keputusan untuk memberikan tanggungjawab yang lebih awal kepada Cikgu Bahaman adalah langkah jangka panjang untuk menjadikannya salah seorang jurulatih yang disegani di suatu masa nanti. Moga pengalaman ini akan menjadikan beliau lebih matang untuk merencanakan dan membentuk pasukan yang lebih lagi di tahun hadapan.

Pasukan Perempuan 12 Tahun MSS Dungun

Pasukan Lelaki 12 Tahun MSS Dungun

Pasukan Perempuan 18 Tahun MSS Dungun

 Pasukan Lelaki 18 Tahun MSS Dungun

Harapan agar beliau tidak cepat berputus asa dengan prestasi pemain-pemainnya pada tahun ini kerana jurulatih yang melatih pasukan negeri pun tidak mampu untuk membawa pasukannya ke peringkat separuh akhir kecuali cikgu Fairuz dari SMK Jenagor yang sentiasa konsisten membentuk pasukan yang mantap hingga MSS Hulu Terengganu mampu bergelar juara L18 MSS Terengganu 2011 untuk tahun yang ke tiga berturut-turut.

Akhir kata, saya selaku pengerusi teknik MSS Dungun merakamkan jutaan terima kasih atas kerjasama dan pertolongan rakan-rakan khususnya kepada mereka yang menyumbangkan keringat dan wang ringgit di atas pasukan bola baling Dungun. Hanya ucapan terima kasih yang mampu diucapkan atas keperihatinan kalian kepada pasukan MSS Dungun. Moga kerjasama yang telah dicernakan ini akan mengeratkan lagi tali persaudaraan antara kita. Biar jauh di mata namun dekat di hati.

Terima kasih juga kepada Puan Noraishah (ibu Dini) kerana telah menyumbangkan gambar-gambar yang cantik untuk tatapan semua. TQVM.

Sekian.

Khamis

KEPUTUSAN KEJOHANAN BOLA BALING MSSD 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Keputusan kejohanan pada tahun ini lambat skit nak dimasukkan kerana saya menghadapi banyak masalah kali ini sehingga pengajuran kejohanan kali ini terpaksa diberikan tanggungjawab kepada rakan-rakan. Terima kasih kepada Cikgu Bahaman dan isterinya Cikgu Noraini, Ustazah Hasimah dan juga pemangku PT Daearh Cikgu Saipolizan yang sanggup menerima dan menanggung tugas yang diamanahkan. Dan akhirnya kejohanan ini berjaya juga disempurnakan dengan jayanya. Alhamdulillah.

KEPUTUSAN RASMI

LELAKI BAWAH 12 TAHUN
Johan: Zon Bukit Besi A
Naib Johan: Zon Bukit Besi B
Ke-Tiga: Zon Sura A & Zon Paka A

PEREMPUAN BAWAH 12 TAHUN
Johan: Zon Sura A
Naib Johan: Zon Bukit Besi A
Ke-Tiga: Zon Rantau Abang A & Zon Bukit Besi B

Hasil dari kejohanan ini seramai 12 pemain perempuan dan 12 pemain lelaki telah terpilih untuk mewakili MSS Dungun dan barisan pemain ini nampaknya boleh menghasilkan sesuatu di Kejohanan Bola Baling MSS Terengganu yang akan berlangsung di SMK Pengkalan Berangan, Marang pada 5 hingga 7 Mei 2011 nanti. Sasaran untuk kedua-dua pasukan ini amat tinggi memandangkan pemain-pemain yang dipilih mempunyai kemahiran yang tinggi serta mempunyai ketinggian sebagaimana yang dikehendaki oleh Pengerusi Teknik Negeri.

Maaf, gambar tak dapat dimasukkan kerana kamera telah rosak dibuat dek anakanda...   Kepada sesiapa yang ada merakamkan gambar kejohanan kali ini bolehlah mengirim gambar tersebut kepada saya di dinsenu@yahoo.com.my dan berkongsi dengan rakan-rakan yang lain.

Sekian dulu catatan kali ini. Berjumpa kita di SMK Pengkalan Berangan, Marang nanti..