Khamis

PASUKAN SKGP TIDAK BERUPAYA MENGALAHKAN PASUKAN SKTP

Assalam dan salam sejahtera...

Semalam pasukan bimbingan saya telah mengadakan perlawanan persahabatan yang pertama semenjak ditubuhkan namun ternyata pasukan ini tidak setanding dengan pasukan SK Tanjung Pati yang berjaya menguasai permainan khususnya pasukan Lelaki SK tanjung Pati yang perlu kita akui akan kecekapan hantaran dan cara acahan yang lebih mantap. Memang tidak perlu kita mempertikaikan kelincahan pemain-pemain mereka memandangkan mereka telah lama berkecimpung dalam permainan ini dan boleh dikata mereka menjadikan bola baling sebagai 'bitara' di sekolah mereka. Sebagai johan Zon Rantau Abang sememangnya mereka layak bergelar juara setelah mengalahkan SK Serdang beberapa hari yang lalu dan SKGP tidak berupaya menandingi pasukan mereka.

Walaupun begitu mereka seharusnya tidak terlalu yakin akan kelebihan yang ada kerana di peringkat lebih tinggi cabarannya berbeza berbanding di peringkat zon. Oleh, diharapkan pasukan ini mampu menerapkan beberapa 'setpiece' yang lebih berkesan seperti setpieces dalam mengambil balingan percuma yang nampak tidak menampakkan keberkesanannya.
Bagi pasukan bola baling SKGP, banyak lagi yang perlu dilakukan dan diperbaiki memandang mereka baru saje ditubuhkan dan latihan yang tidak mampu dilakukan sekerap yang diperlukan memandangkan mereka juga terlibat dalam pasukan bola sepak di peringkat zon dan peringkat daerah. Hanya minggu ini dapat dikumpulkan sepenuhnya untuk menjalani latihan secara berpasukan. So, memang telah dijangkakan dengan keupayaan mereka apatah lagi bertemu dengan pasukan yang sebagus SKTP. Namun beberapa kekuatan pada individu dan kelemahan telah dikenalpasti. 

Berbanding dengan pasukan perempuan, SKGP berupaya bersaing dengan pasukan bola baling SKTP yang menjadi naib johan bagi zon Rantau Abang. Mereka kalah tipis 4 - 3 dengan SKTP namun beberapa kekuatan dapat dilihat pada individu-individu tertentu seperti Syamirah dan Izzatul serta Izzah yang berjaya memberikan saingan kepada pasukan SKTP. Walaupun pertama kali memasuki gelanggang yang sebenar namun mereka berupaya menguasai gelanggang dengan deretan serangan ke pintu gol lawan namun penyudahnya masih lagi lemah dan kurang berminat untuk menjaringkan gol ketika berada di garisan 9. So kelemahan ini sudah tentu akan diperbaiki. Insya-Allah mereka mampu untuk pergi lebih jauh namun tiga orang pemain utama telah dipilih untuk menjalani latihan pusat bola jaring daerah yang bermula pada hari ini. Maka sekali lagi terbantut latihan untuk memantapkan pasukan perempuan SKGP setelah hampir sebulan mereka tidak menjalani latihan bola baling.

Harapan agar pasukan ini dapat melayakkan diiri ke peringkat daerah agar permainan mereka dapat diperbaiki kerana ramai di antara mereka yang berupaya untuk menjadi lebih baik lagi. Insya-Allah, pasukan bola baling SKGP akan tetap memberikan cabaran kepada pasukan-pasukan lain yang bertanding di peringkat zon Sura pada 12 - 14 April nanti.

Maaf... gambar tak dapat nak diambil kerana kamera telah dibawa anak ke asrama.

Wassalam.

Tiada ulasan: