Selasa

MASALAH DALAM BOLA BALING

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dua hari ini amat memenatkan. Masakan tidak, dengan tugas-tugas pejabat yang banyak di tambah dengan tugas sebagai pengadil di sua tempat berasingan serta latihan pasukan yang harus dibuat menyebabkan terasa letih yang sangat. Namun, dengan jus goji/delima yang diminum menjadikan tubuh masih terasa segar biarpun tetap sibuk.

Dua hari ini hanya sempat beberapa minit sahaja bersama pemain-pemain yang komited hadir berlatih biarpun 'coach'nya lambat hadir menjalankan tugas. Namun mereka faham dengan tugas-tugas yang harus dipikul. 

Semalam, pemain-pemain memulakan latihan setelah beberapa minggu mereka tinggalkan dan mentyertai pasukan bola jaring.  Melihat perkembangan pemain-pemain ini, hati mulai meragui akan keupayaan mereka untuk menjuarai kejohanan bola baling peringkat MSSD tak lama lagi. Mungkinkah mereka akan terkandas awal diperingkat zon lagi. 

Selepas mereka diserapkan dalam skuad dan menjalani latihan dalam pasukan bola jaring, semua kemahiran bola baling yang telah dikuasai sebelum ini, hilang dan seolah-olah mereka baru aje mengenali dan mempelajari bola baling. Sungguh kesalnya rasa di hati kerana perlu melatih lagi kemahiran-kemahiran asas bola baling. Dengan hanya tinggal beberapa hari saje lagi, banyak perkara yang perlu dilakukan walaupun sepatutnya meraka sudah seharusnya menggunakan gelanggang sebenar dan mengenali sistem permainan yang akan diserapkan.

Walaupun begitu, terpaksalah meluangkan lebih banyak masa untuk memperbaiki kelemahan yang ada serta menyerapkan sistem permaian yang perlu mereka kuasai sebelum pertandingan zon nanti. Kita tengoklah nanti, apakah kami mampu untuk melangkah lebih jauh lagi dalam kejohanan sebenar.

Apa yang ingin dikongsikan di sini ialah masalah sebenarnya dalam bola baling khususnya dalam sesebuah kejohanan yang diadakan. Hari ini, saya telah membantu rakan dari SK Tanjung Pati yang menjadi pengerusi pertandingan bola baling bagi zon Rantau Abang. Walaupun bukan dari zon yang sama namun atas nama rakan-rakan saya berusaha untuk hadir biarpun pasukan sendiri masih lagi jauh dari apa yang diharapkan dan memerlukan untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Namun kerana kebaikan rakan-rakan dari SK tanjung Pati yang sentiasa menolong saya dalam menguruskan kejohanan MSSD pada tiap-tiap tahun, saya tetap akan memenuhi undangan sebagai pengadil di kejohanan tersebut.

Kejohanan bola baling zon Rantau Abang ini disertai oleh 8 pasukan yang saya rasa di sinilah sering lahirnya pemain-pemain yang berkaliber dalam permainan ini bagi daerah Dungun dan seterusnya bagi pasukan negeri. SK Tanjung Pati, SK Lintang, SK kg Baru, SK Pusat dan SK Pulau Serai  sentiasa melahirkan beberapa pemain yang berkualiti namun kemeriahan dan kehebatan kejohanan ini menjadi hambar kerana masalah pengadil yang sering menghantui penganjurnya termasuklah saya di peringkat MSSD. Bukan kerana pengadil yang kurang arif dalam mengadili perlawanan tetapi kerana ketidakhadiran ramai pengadil-pengadil senior ditambah lagi ketiadaaan guru-guru baru yang ingin bersama dalam bola baling.

Sesuatu harus dilakukan oleh pihak-pihak tertentu terutama Pejabat pelajaran Daerah serta Jabatan Pelajaran Negeri bagi meramaikan lagi pengadil-pengadil dengan mengadakan kursus-kursus kepengadilan dan juga kurusus kejurulatihan bagi mengatasi masalah yang saya nampak begitu kritikal sehinggakan perlawanan terpaksa menunggu perlawanan bersebelahan tamat sebelum memulakan perlawanan yang baru biarpun mempunyai dua gelanggang yang baik.

Harapan agar pihak-pihak berkenaan melihat ke hadapan perkara-perkara yang dinyatakan di atas jika ingin melihat perkembangan sukan di negara ini khususnya di daerah Dungun bertambah maju dan cemerlang.


Tiada ulasan: