Selasa

SK GONG PASIR MULA MEMBENTUK PASUKAN

Salam.

Setelah hampir tiga minggu sekolah beroperasi baru hari ini dapat melakarkan coretan baru untuk blog ini. Memandangkan kesibukan menguruskan pembukaan sekolah yang baru ini menyebabkan banyak perkara yang perlu didahulukan telah dijalankan dengan penuh komitmen. Harapan agar SK Gong Pasir akan dapat melahirkan pelajar-pelajar cemerlang baik dari segi pencapaian kurikulumnya mahupun dalam bidang kokurikulumnya. Dan tidak dilupakan pembentukan sahsiah terpuji untuk pelajar-pelajarnya supaya bila besar dan dewasa nanti, mereka akan akan menjadi warganegara dan juga pemimpin-pemimpin yang mulia, bersahsiah tinggi dengan nilai murni yang terpuji.

Sekali lagi untuk tahun ini, saya telah diminta mengajar tahun enam memandangkan pengalaman selama 23 tahun yang dimiliki. Satu perkara juga, guru-guru yang ditempatkan di SK Gong Pasir masih lagi 'takut' untuk menerima tugasan yang dianggap berat dalam memastikan pencapaian 5A tidak tersangkut dengan pencapaian mata pelajaran yang diamanahkan. Dengan berat hati saya tetap menerimanya biarpun diri ini sudah tahu ketidakupayaan dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan. Namun begitu, saya tetap komited untuk menjadikan pelajar-pelajar di SK Gong Pasir sebagai pelajar-pelajar cemerlang khususnya dalam mata pelajaran Matematik ini.

Oklah.... kita tinggalkan dulu bidang kurikulum ini.

Mesyuarat peringkat Zon Sura telah memutuskan tarikh-tarikh untuk pertandingan permainan untuk tahun 2011 ini termasuklah pertandingan Bola Baling yang akan berlangsung pada 6 hingga 7 April bertempat di SK balai Besar dan SK Batu 48 sebagai pengerusi kejohanan. Mengambil langkah awal, saya telah memulakan latihan mingggu pertama untuk skuad bola baling SK Gong Pasir. Pelajar-peklajar perempuan menunjukkan minat yang amat baik dengan kehadiran yang sangat memberangsangkan. Namun pasukan lelaki agak kurang dengan jumlah 5 hingga 7 orang sahaja. Namun begitu, saya tetap yakin akan dapat membentuk pasukan yang mantap untuk kejohanan peringkat zon nanti yang mana saya mensasarkan untuk menjadi johan zon bagi kategori perempuan bawah 12 tahun. Beberapa pemain telah menunjukkan peningkatan yang sangat baik walaupun hanya kemahiran hantaran sahaja yang telah didedahkan. Hasilnya, tiga daripadanya telah menunjukkan bakat yang boleh dikembangkan untuk diserapkan dalam pasukan MSSD Dungun nanti. Balingannya yang baik dengan menggunakan kekuatan dan pergerakan tangan yang betul untuk membuat balingan serta mempunyai ketepatan yang sukar dimilki oleh pemain-pemain perempuan walaupun hanya beberapa dalam hanya hari sahaja. Ainun, Izatul dan Izzah..... kalian bakal menjadi aset yang berharga untuk SK Gong Pasir nanti!... dan mungkin untuk pasukan MSS Negeri Terengganu nanti!....

 Ainun... memiliki kekuatan dan ketepatan balingan.

Izzah... memiliki kelincahan dan kematangan

Izatul.. ketinggian dan kecekapan diharap membantu pasukan SKGP


Saya percaya pasukan yang baru dibentuk ini mampu untuk pergi lebih jauh. Sekurang-kurangnya mampu ke separuh akhir peringkat daerah nanti. Kita lihat perkembangan pasukan bola baling SK Gong Pasir yang akan membentuk Pasukan Juara dan membantu menghasilkan pemain untuk pasukan MSS Terengganu 2011 yang akan ke Perlis nanti.

Pasukan perempuan SKGP sedang menjalani latihan

Kepada pemain-pemain bola baling SK Gong Pasir..... Buat yang terbaik. Kita belajar.... belajar betul-betul!.... bila main.... main betul-betul!!....

Awas!... SK Gong Pasir akan menunjukkan aksinya nanti!!!!!!!!!!!......

Tiada ulasan: