Selasa

SK GONG PASIR MULA MEMBENTUK PASUKAN

Salam.

Setelah hampir tiga minggu sekolah beroperasi baru hari ini dapat melakarkan coretan baru untuk blog ini. Memandangkan kesibukan menguruskan pembukaan sekolah yang baru ini menyebabkan banyak perkara yang perlu didahulukan telah dijalankan dengan penuh komitmen. Harapan agar SK Gong Pasir akan dapat melahirkan pelajar-pelajar cemerlang baik dari segi pencapaian kurikulumnya mahupun dalam bidang kokurikulumnya. Dan tidak dilupakan pembentukan sahsiah terpuji untuk pelajar-pelajarnya supaya bila besar dan dewasa nanti, mereka akan akan menjadi warganegara dan juga pemimpin-pemimpin yang mulia, bersahsiah tinggi dengan nilai murni yang terpuji.

Sekali lagi untuk tahun ini, saya telah diminta mengajar tahun enam memandangkan pengalaman selama 23 tahun yang dimiliki. Satu perkara juga, guru-guru yang ditempatkan di SK Gong Pasir masih lagi 'takut' untuk menerima tugasan yang dianggap berat dalam memastikan pencapaian 5A tidak tersangkut dengan pencapaian mata pelajaran yang diamanahkan. Dengan berat hati saya tetap menerimanya biarpun diri ini sudah tahu ketidakupayaan dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan. Namun begitu, saya tetap komited untuk menjadikan pelajar-pelajar di SK Gong Pasir sebagai pelajar-pelajar cemerlang khususnya dalam mata pelajaran Matematik ini.

Oklah.... kita tinggalkan dulu bidang kurikulum ini.

Mesyuarat peringkat Zon Sura telah memutuskan tarikh-tarikh untuk pertandingan permainan untuk tahun 2011 ini termasuklah pertandingan Bola Baling yang akan berlangsung pada 6 hingga 7 April bertempat di SK balai Besar dan SK Batu 48 sebagai pengerusi kejohanan. Mengambil langkah awal, saya telah memulakan latihan mingggu pertama untuk skuad bola baling SK Gong Pasir. Pelajar-peklajar perempuan menunjukkan minat yang amat baik dengan kehadiran yang sangat memberangsangkan. Namun pasukan lelaki agak kurang dengan jumlah 5 hingga 7 orang sahaja. Namun begitu, saya tetap yakin akan dapat membentuk pasukan yang mantap untuk kejohanan peringkat zon nanti yang mana saya mensasarkan untuk menjadi johan zon bagi kategori perempuan bawah 12 tahun. Beberapa pemain telah menunjukkan peningkatan yang sangat baik walaupun hanya kemahiran hantaran sahaja yang telah didedahkan. Hasilnya, tiga daripadanya telah menunjukkan bakat yang boleh dikembangkan untuk diserapkan dalam pasukan MSSD Dungun nanti. Balingannya yang baik dengan menggunakan kekuatan dan pergerakan tangan yang betul untuk membuat balingan serta mempunyai ketepatan yang sukar dimilki oleh pemain-pemain perempuan walaupun hanya beberapa dalam hanya hari sahaja. Ainun, Izatul dan Izzah..... kalian bakal menjadi aset yang berharga untuk SK Gong Pasir nanti!... dan mungkin untuk pasukan MSS Negeri Terengganu nanti!....

 Ainun... memiliki kekuatan dan ketepatan balingan.

Izzah... memiliki kelincahan dan kematangan

Izatul.. ketinggian dan kecekapan diharap membantu pasukan SKGP


Saya percaya pasukan yang baru dibentuk ini mampu untuk pergi lebih jauh. Sekurang-kurangnya mampu ke separuh akhir peringkat daerah nanti. Kita lihat perkembangan pasukan bola baling SK Gong Pasir yang akan membentuk Pasukan Juara dan membantu menghasilkan pemain untuk pasukan MSS Terengganu 2011 yang akan ke Perlis nanti.

Pasukan perempuan SKGP sedang menjalani latihan

Kepada pemain-pemain bola baling SK Gong Pasir..... Buat yang terbaik. Kita belajar.... belajar betul-betul!.... bila main.... main betul-betul!!....

Awas!... SK Gong Pasir akan menunjukkan aksinya nanti!!!!!!!!!!!......

Rabu

SK GONG PASIR MULA BEROPERASI

Salam buat semua bloger,
Agak lama juga tidak menyumbangkan idea diblog kesayangan ini dengan info terbaru. Nak dikatakan sibuk, tak juga tapi agak malas nak buka laptop beberapa hari kebelakangan ini.

Namun begitu rasa rindu dan sayang bertemu rakan-rakan bloger maka hari ini sedikit catatan buat tatapan semua rakan-rakan bloger. Ucapan terima kasih juga atas respon yang positif dari rakan semua di ruangan "apa kata anda' terhadap blog saya ini. Semuanya telah memotivasikan untuk saya terus aktif menyumbangkan sedikit info untuk rakan-rakan. Harapannya agar penulisan ini akan memberikan info yang berguna untuk semua.

Tanggal 19 Disember 2010 yang lalu, Kementerian Pelajaran Malaysia bersama Jabatan Pelajaran terengganu telah memberikan lampu hijau terhadap pembukaan sekolah saya iaitu Sekolah Kebangsaan Gong Pasir untuk beroperasi bermula 2 Jan 2011 nanti. Berita ini sungguh mengembirakan hati ini setelah 9 bulan sepi duduk di sekolah ini tanpa rakan-rakan guru dan riuh rendah suara murid-murid. Mulai tarikh ini juga, kami berempat, Puan Nik Hamidah Nik Ibrahim selaku ketua pengerak iaitu Guru Besar sekolah ini, Encik Johar bin Jusoh yang memegang tugas Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Ruslan bin Adnan yang menjaga Hal Ehwal Murid iaitu Penolong Kanan HEM serta Puan Hidayah selaku Pembantu Tadbir memulakan langkah dalam mengurus, mengatur perjalanan sekolah baru ini. Banyak perkara yang perlu dilakukan oleh kami memandangkan sekolah kami ini sekolah baru yang banyak kekurangannya.

Guru Besar SK Gong Pasir
Nik Hamidah binti Nik Ibrahim

Seterusnya pertemuan pertama kamim dengan guru-guru yang telah ditempatkan ke sekolah ini dibuat pada 27 Dis 2010 yang lalu. 2 orang guru lelaki dan 14 oran guru perempuan. Pertemuan pertama ini bertujuan untuk mengatur perjalan seterusnya terutamanya pada keesokkannya, Pengarah Pelajaran Terengganu akan hadir untuk menyerahkan sepenuhnya pengurusan sekolah ini kepada kami.

Barisan guru SK Gong Pasir

Namun, Pengarah Pelajaran Terengganu tidak dapat hadir dan Timbalan Pengarah Pelajaran. Tuan Haji Salleh Buusu yang hadir bersama Ketua Sektor Pengurusan Sekolah iaitu Encik Zakariah serta beberapa orang pegawai yang lain.

Pada tarikh 29 Dis 2010 pula pendaftaran generasi pertama murid SK Gong Pasir telah dibuat. Seramai 315 orang dari 463 orang murid yang hadir mendaftarkan diri untuk sesi 2011. Berbagai ragam dan aksi dapat disaksikan. Ada yang "excited' dan tak kurang yang meragui terhadap keupayaan kami disekolah ini. Namun perjalanannya lancar walaupun beberapa perkara yang agak kalut telah terjadi memandangkan kesilapan nama murid yang sepatutnya bersekolah di sekolah ini tidak terdapat dalam senerai yang diberikan kepada kami. Namun sikap profesional kami dapat menyelesaikannya walaupun Penolong Kanan HEM kami agak stress.
 









Saya mewakili pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Gong Pasir dan juga guru-guru mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan kerjasa sama daripada ibu bapa semasa hari pentaftaran tempoh hari. Kesabaran dan keyakinan ibu bapa terhadap kami, memberikan semangat untuk kami menjadikan anak-anak didik kami ke arah kecemerlangan biarpun ada pandangan sinis terhadap sekolah ini.

Tidak lupa juga, ucapan terima kasih kami hulurkan kepada Timbalan Pengerusi PIBG yang banyak membantu kami di atas kekurangan yang ada. Sesungguhnya kerjasama yang baik ini akan membuahkan hasil yang positif untuk kecemerlangan sekolah ini. Moga kita akan terus bekerjasama untuk memajukan sekolah ini. TQVM