Khamis

KARNIVAL BOLA BALING 1M 1S 2011

TARIKH : 14 - 15 OKTOBER 2011
HARI : JUMAAT - SABTU
TEMPAT : KUALA TERENGGANU (SESMA)

Assalam dan salam bahagia....

Pasukan bola baling Dungun yang diwakili oleh SK Kampung Baru Kuala Abang telah menyertai Karnival Bola Baling 1 Murid 1 Sukan yang berlangsung di sekitar Gong Badak Kuala Terengganu. Sebanyak 10 acara yang dijalankan serentak di beberapa lokasi terpilih seperti di Sekolah Menengah Sains Sulta Mahmud, Stadium Hoki dan beberapa tempat lagi di sekitar berdekatan. Kontijen Dungun berkumpul dan menginap di Sekolah Menengah Voksional.

Jadual yang memulakan pada sesi petang Jumaat memperlihatkan kekurangan pengadil yang serius di beberapa venue terutama di gelanggang bola baling. Untuk empat kategori yang melibatkan hampir 36 pasukan yang terbahagi kepada empat kumpulan lelaki dan perempuan serta bawah umur 11 tahun dan bawah 16 tahun hanya diadili oleh beberapa orang pengadil sahaja. Kasihan melihat Cikgu Farid dan Cikgu Khairul bertungkus lumus untuk menjayakan karnival ini walaupun hanya dibantu oleh beberapa orang pengadil. Syabas kepada Cikgu Farid dan Cikgu Khairul kerana usaha kalian untuk melihat karnival ini terus berjaya. Namun seharusnya ini memberi gambaran dan pengajaran kepada pihak-pihak atasan agar melihat perkara ini dengan serius dan membuat kajian, kenapa perkara seperti ini berlaku? Jangan kerana karnival sudah selesai, bermakna karnival ini telah berjaya!..

MSST dan Jabatan Pelajaran Negeri seharusnya mendapat gambaran sebenar tentang perkara ini. Dan sepatutnya masalah pegawai dan pengadil di sesuatu kejohanan tidak disembunyikan oleh pihak-pihak tertentu untuk 'membodek' pihak yang lebih tinggi seolah-oleh kejohanan telah berjalan dengan sempurna.

Berbalik kepada karnival yang disertai oleh pasukan SK Kg Barua Kuala Abang yang mewakili daerah Dungun telah memberikan kejayaan cemerlang kepada kontijen Dungun dengan menjuarai kedua-dua kategori bawah umur 11 tahun. Pasukan P11 telah berjaya mengalahkan pasukan SK Rengas Bekah yang dilatih bekas jurulatih negeri Terengganu, Cikgu Kamaruddin dengan jaringan 4 - 3 untuk membawa pulang pingat emas.

Bagi kategori Lelaki 11 tahun, SK Kg Baru Kuala Abang berjaya menyingkirkan pasukan SK Beladau Kolam di separuh akhir yang dilatih oleh Pengurus Pasukan P12 Terengganu 2010 di Kuatan lalu sebelum berjaya sekali lagi membenamkan pasukan SK Rengas Bekah di perlawanan akhir. Kejayaan berganda ini memberikan suatu hadiah istimewa kepada saya selaku Pengerusi Teknik Bola Baling Rendah yang akan melabuhkan usaha dan menyerahkan jawatan PT ini kepada salah seorang daripada jurulatih-jurulatih yang membawa kejuaraan ini.

Saya percaya pengalaman dan usaha yang berterusan oleh kedua-dua orang jurulatih dari SK Kg Baru Kuala Abang telah memberikan inspirasi kepada saya untuk memberikan peluang kepada mereka untuk terus mngendalikan pasukan daerah Dungun. Dan kualiti yang ada pada mereka seakan-akan sama seperti usaha dan komitmen yang ada pada diri saya suatu ketika dulu..... 

Saya yakin Cikgu Bahaman dan Cikgu Saipolizan mampu untuk pergi lebih jauh lagi bersama bola baling. Keupayaan  menyerap tekanan, memberikan teguran kepada pemain dan komitmen dalam usaha menjadikan pasukan terbaik menyerlahkan keupayaan diri mereka yang sebenar. Memandangkann umur semakin meningkat senja dan kudrat semakin dimamah usia maka sampailah pula masa untuk saya berundur diri setelah sekian lama bergiat dalam sukan khususnya dalam bola baling dan seharusnya memberikan peluang yang lebih luas kepada orang muda untuk meneruskan usaha ini. Moga pasukan Dungun terus berjaya mencipta kemenangan dan seterusnya berjaya melahirkan pemain-pemain berkualiti untuk pasukan Bola Baling Terengganu. 

Sekian.

Sabtu

KARNIVAL BOLA BALING 2011 (HARI KEDUA)

TARIKH: 21 OGOS 2011
HARI : RABU
TEMPAT : SK TANJUNG PATI
KATEGORI: PEREMPUAN BAWAH 11 TAHUN


Assalam dan salam sejhatera. Agak lambat skit masukkan info karnival bola baling 1 Murid 1 Sukan bagi kategori perempuan bawah 11 tahun ini memandangkan internet yang agak tenat dua-tiga malam yang lalu. So, pada malam ni nampak elok skit dan barulah dapat nak melakarkan catatan karnival yang baru melabuhkan tirainya beberapa hari yang lalu. Walaupun karnival ini sepatutnya berlangsung selama 3 hari, bermula 20 Ogos sehingga 22 Ogos 2011, namun ianya dapat disempurnakan awal. Ini kerana beberapa buah sekolah tidak menghantar penyertaan di saat-saat akhir.

Walaupun hati ini agak terkilan dengan beberapa orang rakan yang tidak "menjengok muka" apatah lagi membantu menjayakan karnival kali ini namun dengan sumbangan tenaga yang hadir, dapatlah karnival ini berlangsung dengan sekadar apa yang ada biarpun hanya menggunakan seorang pengadil bagi setiap perlawanan. Terima kasih kepada pegawai-pegawai yang sudi hadir membantu kami. Sumbangan kalian tidak terbalas. Moga keikhlasan hati kalian akan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t. TQVM.

Sekolah-sekolah yang menyertai karnival Bola Baling 1 Muris 1 Sukan 2011 bagi kategori Perempuan bawah 11 tahun:
1.  SK Durian Mas 1
2.  SK Tanjung Pati
3.  SK Sultan Omar
4.  SK Kampung Baru Kuala Abang
5.  SK Bandar Dungun
6.  SK Serdang
7.  SK Dendang
8.  SK Kampung Nyior
9.  SK Gong Pasir
10. SK LKTP Jerangau
11. SK Seri Paka
12. SK Lintang
13. SK Pulau Serai
14. SK Ketengah Jaya II

KUMPULAN  “A”
KUMPULAN  “B”
SKBATU 7
SK KETENGAH JAYA 2
SK LKTP JERANGAU
SKGONG PASIR
SK PAKA
SK SERDANG
SK PULAU SERAI
SK BANDAR

KUMPULAN  “C”
KUMPULAN  “D”
SK LINTANG
SK KG BARU
SK SULTAN OMAR
SK DURIAN MAS 1
SK SERI PAKA
SK SANTONG

SK TANJUNG PATI

PUSINGAN AWAL (LIGA)

SK BATU 7
SK LKTP JERANGAU
 3
0
SK PAKA
SK PULAU SERAI
 7
0

SK Batu 7 yang berbaju oren bertemu dengan SK LKTP Jerangau yang berbaju biru.


 
Aksi pertemuan antara SK Paka (berbaju oren) dengan SK Pulau Serai (berbaju biru)

SK KETENGAH JAYA 2
SK GONG PASIR
 0
 10
SK SERDANG
SK BANDAR
 0
1



SK KG BARU
SK DURIAN MAS 1
 4
1
SK LKTP JERANGAU
SK PAKA
 0
4



SK Kg Baru (berbaju coklat) bertemu SK Durian Mas 1(berbaju biru)


SK LKTP Jerangau (biru) bertemu SK Paka (oren)

SK GONG PASIR
SK SERDANG
 11
0
SK SULTAN OMAR
SK SERI PAKA
 0
3



SK DURIAN MAS 1
SK SANTONG
 4
1
SK PULAU SERAI
SK BATU 7
0
9


SK Durian Mas 1 bertemu SK Santong

SK BANDAR
SK KETENGAH JAYA 2
 2
2
SK SULTAN OMAR
SK LINTANG
 1
5

SK TANJUNG PATI
SK SANTONG
 3
0
SK LKTP JERANGAU
SK PULAU SERAI
6
1

SK GONG PASIR
SK BANDAR
 10
0
SK LINTANG
SK SERI PAKA
 4
2



SK Gong Pasir berbaju biru bertemu SK Bandar Dungun



SK Lintang (grey) bertemu SK Seri Paka (merah)

SK KG BARU
SK TANJUNG PATI
 7
1
SK PAKA
SK BATU 7
 1
4


 
SK Paka (bib kuning) bertemu SK Batu 7 (oren)

SK SERDANG
SK KETENGAH JAYA 2
 1
2
SK SANTONG
SK KG BARU
 0
5

SK Santung (oren) bertemu SK Kg Baru (coklat)


SK TANJUNG PATI
SK DURIAN MAS 1
 7
2

 
Gambar kenangan sebelum pertembungan antara SK Tanjung Pati berbaju oren yang terkenal dengan bakat-bakat bola baling dan SK Durian Mas 1 berbaju biru yang sedang membentuk pemain berkualiti untuk daerah Dungun.

Pengerusi Teknik mengadili perlawanan antara SK tanjung Pati dengan SK Durian Mas 1


 
Kecekapan dan ketangkasan penjaga gol memberikan kemenangan selesa kepada SK Tanjung Pati biarpun diasak hebat oleh SK Durian Mas 1

KUMPULAN  “A”

SKB7
SKLKTP
SKP
SKPS
J
B
AGR
SKB7

7 - 0
4 - 1
9 - 0
20
1
19
SKLKTP
0 - 7

0 - 4
6 - 1
6
12
-6
SKP
1 - 4
4 - 0

7 - 0
12
4
8
SKPS
0 - 9
1 - 6
0 - 7

1
22
-21

KUMPULAN  “B”

SKKJ2
SKGP
SKS
SKBD
J
B
AGR
SKKJ2

0 - 10
2 - 1
2 - 2
4
13
-9
SKGP
10 - 0

11 - 0
10 - 0
31
0
31
SKS
1 - 2
0 - 11

0 - 1
1
14
-13
SKBD
2 - 2
0 - 10
1 - 0

3
12
-9

KUMPULAN  “C”

SKL
SKSO
SKSP

J
B
AGR
SKL

5 - 1
4 - 2

9
3
6
SKSO
1 - 5

0 - 3

1
8
-7
SKSP
2 - 4
3 - 0


5
4
1









KUMPULAN  “D”

SKKB
SKDM1
SKS
SKTP
J
B
AGR
SKKB

4 - 1
5 - 0
7 - 1
16
2
14
SKDM1
1 - 4

4 - 1
2 - 7
7
12
-5
SKS
0 - 5
1 - 4

0 - 3
1
12
-11
SKTP
1 - 7
7 - 2
3 - 0

11
9
2

PUSINGAN SUKU AKHIR

SUKU AKHIR  1
SK BATU 7
SK SERI PAKA
1
0



SUKU AKHIR 2
SK GONG PASIR
SK TANJUNG PATI
2
3

SUKU AKHIR 2
SK LINTANG
SK PAKA
3
3
SK LINTANG MENANG DENGAN BALINGAN 7 METER (1 – 0)

SUKU AKHIR 4
SK KG BARU
SK KETENGAH JAYA
8
1

PUSINGAN SEPARUH AKHIR

SEPARUH AKHIR  1
SK BATU 7
SK TANJUNG PATI
4
0



 


SEPARUH AKHIR 2
SK LINTANG
SK KG BARU
2
8

 


 
Aksi perlawanan antara SK Lintang dan SK Kg Baru
Isteri (Cg Noraini - SK Lintang) vs Suami (Cg Bahaman - SK Kg Baru)


PERTANDINGAN AKHIR

AKHIR
SK BATU 7
SK KG BARU
2
3
 
Gambar kenangan sebelum perlawanan akhir antara SK Batu 7 (baju oren) dengan SK Kg Baru (baju coklat)


FOTO PILIHAN

Pemain SK Gong Pasir: C.W Asma, Nuren Urmila, Norasyikin, Ain dan Syamimi

 
Pemain-pemain SK Pulau Serai

 
SK Sultan Omar berehat sementara menunggu perlawanan berikutnya.

 
Pasukan SK Ketengah Jaya 2 bersama jurulatih dan PK Koku mereka yang baru.

 
Persaingan sengit antara SK Kg Baru dengan SK Durian Mas 1

 
Pegawai-pegawai yang komited menjalankan tugas biarpun tiada imbuhan yang diterima!.. terima kasih yang tak terhingga