Ahad

MAHASISWA DAN MAHASTUA

Salam buat semua.

Sudah agak lama juga saya tidak menulis cacatan baru dalam blog ini. Agak sibuk sedikit kebelakangan ini dengan tesis akhir dan peperiksaan akhir untuk semester akhir sebagai mahasiswa atau lebih elok dikatakan mahastua di OUM yang lebih popular dengan Universiti Terbuka Malaysia.

Selama empat tahun bergelumang sebagai pelajar tua di OUM, akhirnya tamat juga dan insya-Allah jika tidak ada aral melintang, tahun depan akan mendapat segulung ijazah yang telah lama di cita-citakan walaupun bukan dalam bidang digemari. Dulu berangan ingin mengambil bidang Pendidikan Jasmani namun telah diberikan Bahasa Melayu yang merupakan satu subjek yang berat bagi diri ini. Alhamdulilah, walaupun dalam payah-payah untuk mencapai keputusan yang cemerlang namun berjaya juga menamatkan pembelajaran ini. Dan yang paling membanggakan, keputusan dan pencapaian saya ini telah menjadi satu motivasi untuk anak sulung yang sedang belajar di Metrikulasi Gopeng. Sesungguhnya pencapaian telah menyamai pencapaian saya setakat ini walaupun selama ini saya menjangkakan pencapaian beliau agak lemah. Namun, kini beliau telah membuktikan dan telah membuat saya bangga kerana pencapaiannya diluar kemampuan yang dijangkakan. Semoga beliau akan terus cemerlang. Amin

Harapan saya agar anak-anak buah dalam Bola Baling yang masih belajar, teruskanlah pembelajaran kalian sesungguhnya pelajaran itu amat penting untuk masa depan kalian nanti. Apa yang saya lakukan ini bukan untuk bermegah tetapi untuk mendorong anak-anak supaya rajin berusaha untuk masa depan sendiri kerana tanpa ilmu pengetahuan dan pelajaran yang tinggi.... siapalah kita.

Tiada ulasan: