Selasa

KARNIVAL BOLA BALING 2010 KATEGORI LELAKI

Salam. Hari ini amat perit bagi saya selaku Penegerusi Teknik Bola Baling Daerah kerana terpaksa mengendali karnival dengan kekurangan pegawai untuk mengendalikannya. Penyertaan amat memeberangsangkan tetapi kekurangan pegawai. Memandangkan pertindihan program seperti Peperiksan Tahap Kecekapan (PTK) dan kursus menyebabkan hanya 3 pengadil yang dapat  menghadiri untuk mengendalikan 17 perlawanan amat memeritkan bagi saya. Alhamdulillah... sokongan dari pegawai-pegawai yang terlibat terutama pengurus-pengurus pasukan yang terlibat menyebabkan kejohanan ini dapat dijalankan juga walaupun kita kekurangan pegawai pertandingan. Terima kasih juga kepada Cikgu Saipol, Cikgu Hazanizan, Cikgu Bahaman dan beberapa orang lagi cikgu yang sudi menyumbangkan tenaga dan memberikan pertolongan agar kejohanan ini dapat disempurnakan... terima kasih rakan-rakan yang mengerti dan memahaminya.














 Cikgu Noraini yang sentiasa sudi memberikan bantuan keika memerlukan



 SK Tanjung Pati berbaju merah melawan SK Paka 3 berbaju kuning

Cikgu Borhan turut membantu mengadili perlawanan pada tahun ini.

Salah seorang guru bersemangat memberikan arahan kepada pemain-pemainnya

 Perlawanan separuh akhir pertama
SK Jerangau (belakang) melawan SK Tanjung Pati (depan)

 Perlawanan separuh akhir pertama antara SK Bandar Dungun (belakang) melawan SK Dendang (depan)


Cikgu Bahaman yang komited memberikan pertolongan untuk mengadili perlawanan antara SK Jerangau yang bertemu SK Tanjung Pati.
Kemeriahan ketika perlawanan seperuh akhir pertama di gelanggang A

Di gelanggang B, pasukan SK Bandar bertemu dengan SK Dendang pada perlawanan separuh akhir kedua

Balingan penalti dijalankan untuk menentukan pasukan yang layak ke perlawanan akhir.

Pemain-pemain SK Dendang memerhatikan balingan penalti yang dilakukan oleh SK Bandar Dungun

AKSI-AKSI PERLAWANAN AKHIR
KARNIVAL BOLA BALING BAWAH 11 TAHUN LELAKI 2010



Ckgu Haris (jurulatih SK Tanjung Pati) memerhatikan pemain-pemainnya melakukan serangan








 Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Cikgu Maharuddin (PK Ko-kurikulum SK Tanjung Pati)
Johan Karnival Bola Baling Lelaki 11 Tahun MSS Dungun 2010 SK Tanjung Pati

Seperti tahun-tahun yang lalu karnival bola baling lelaki bawah 11 tahun  berjaya melahirkan ramai pemain-pemain pelapis untuk pasukan bawah 12 tahun MSS Dungun. Namun pada tahun ini kurang menampak potensi tersebut. Walaupun pemain-pemain yang ada memilki kemahiran yang agak baik namun mempunyai saiz yang agak kecil. Ini menyukarkan pasukan MSS Dungun untuk membentuk pasukan yang mantap untuk tahun depan. Diharapkan pada tahun 2011 nanti akan lahir pemain-pemain yang lebih berkualiti untuk kita menghadapi Kejohanan Bola Baling MSS Terengganu. Moga MSS Dungun dapat menjuarai bagi kategori bawah 12 tahun lelaki yang sekian lama tidak mampu dicapai. Tahun terakhir MSS Dungun menjuarainya pada tahun 2001 yang telah dilangsungkan di SK Kg Baru Kuala Abang....

Selaku pengerusi Teknik, saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan yang sudi membantu menjayakan karnival Bola Baling pada tahun ini. Semoga kerjasama dan keikhlasan rakan-rakan akan mendapat balasan dari yang Maha Esa. Jika tiada kalian siapalah saya ini. Amin..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bagi sy..permainan bola baling x memerlukan berbadan besar semata2..kerana ini bukan ragbi..plez prihatin terhadap pelajar2 SKTP..diorg telah berlatih bersungguh2 utk game ini..kelincahan dan ketepatan balingan/sambutan bola amat2 penting dlm bola baling utk peringkat skolah rendah ini..arap mendapat perhatian secara positif n pndangan sy ini bkn lah atas dasar emosi semata2..lihatlah bakat mereka..mereka akan mebesar..tumbesaran mgkin akn cepat ketika memasuki darjah 6..ini fakta..bkn rekaan sy smata2..harap mendapat perhatian..salam mesra sy ucapkan..MAJULAH SUKAN UTK NEGARA..