Isnin

SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI

Salam dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf zahir Batin dari saya dan keluarga kepada semua yang mengenali atau pun tidak jika kami sekeluarga melakukan kesalahan atau dosa yang teraku tanpa sedar. Segala kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan kepada saya, telah lama saya maafkan. Sesungguhnya maaf memafi itu adalah amalan yang dituntut dalam Islam.

Melalaui catatan ini, saya ingin menceritakan sedikit tentang suasana hari raya tahun ini. Sesungguhnya raya tahun ini amat meriah walaupun dalam keadaan ekonomi kami yang tidak berapa mantap. Namun kunjungan adik-adik dan ipar serta biras, berkumpul di pagi raya di rumah kami amat mengujakan kerana inilah kali pertama suasana yang meriah di pagi raya sepanjang pengalaman kami sekeluarga beraya. Memandangkan ibu-ibu kami telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, destinasi pagi raya bertukar-tukar tempat dan tahun ini rumah kami menjadi tempat berkumpul. Betapa gembiranya hati ini melihat pelbagai kerenah anak-anak saudara dengan pakaian raya masing-masing dan juga gelak ketawa adik-adik, ipar dan juga biras yang sama-sama bermaaf-maafan.
Bersama keluarga tercinta

 
Pak Alang dan Mak Alang sekeluarga

Ayah Ngah dan Mak Ngah sekeluarga

Ayah Teh dan Mak Teh sekeluarga

Mak Uda (bertudung hijauu) dan Mak Chik (bertudung purple)

Ayah Chik berbaju Melayu purple

Pak Su yang ketinggalan semasa sesi bergambar pada awalnya.

Kami sekeluarga mengharapkan keluarga kami ini akan kekal harmoni sehingga ke akhir hayat. Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin. Harap berjumpa lagi pada Raya tahun depan. Insya-Allah.

Tiada ulasan: