Khamis

KASUT SESUAI UNTUK PEMAIN BOLA BALING

Di sini saya ada beberapa pasang kasut untuk pemain bola baling samada di gelanggang ataupun di padang. Sesiapa berminat untuk mendapatnya, bolehlah hubungi saya 013-9832542. Harganya boleh dirunding.... yang pasti lebih murah berbanding di kedai biasa.

1. Kasut Untuk Padang Rumput atau Turf (Hoki)

Model 22054-1
Black Cyan Blue



Model 22054-2
Cyan Blue Black
(Sama dengan Model 22053-2 Blue-white di bawah tapi tapak sahaja yang berbeza)


Model 22054-3
White Red


2. Kasut Dalam Dewan.
Model 22053-1
Black Blue


Model 22053-2
Blue-white

Model 22053-3
White Red


Model 22055-3
Silver Black



Model 22055-4
White Black

Model 22056-1
Black Blue

 
Model 22056-2
Black Red

HARGA ASAL:  RM120 
HARGA PROMOSI : RM70.00 

Untuk maklumat lebih lanjut, layari http://kedaikasutonline.blogspot.com

Jumaat

KARNIVAL BOLA BALING 2010

Salam. Biarpun MSS Terengganu pada tahun ini tidak dapat mengadakan karnival Bola Baling Kategori bawah umur 11 tahun peringkat negeri, kami telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan karnival bawah 11 tahun dengan kerjasama PPD Daerah Dungun. Tujuan utama ialah untuk mencungkil bakat-bakat baru untuk mewakili pasukan MSS Dungun pada tahun depan. Makluman karnival pada tahun ini adalah seperti berikut:

i.   Tarikh         : 15 & 16 Oktober 2010
ii.  Hari            : Jumaat (Perempuan) dan Sabtu (Lelaki)
iii. Tempat       : Padang SK Tanjung Pati
iv. Tarikh Tutut: 13hb Oktober 2010

Sebarang kemusykilan dan pertanyaan boleh hubungi Pengerusi Teknik Bola Baling MSS Dungun (Cikgu Kamarudin Senuw) 013-9832542

RAYA DI NEGERI ORANG

Salam. Buat pertama kali pada tahun ini, kami sekeluarga beraya di negeri orang. Bermula pada hari raya ke tiga, kami sekeluarga telah ke Cemeron Highland melalui jalan baru yang telah diberitahu oleh adik ipar baru kami ialah Ayah Chik Shamsol. Kami bertolak pada pukul 11.00 pagi dan sampai di Cameron Highland kira-kira pukul 8.00 malam. Nasib kami baik kerana dapat menghubungi apartmen yang pernah kami tinggal semasa kami ke sana 2 bulan yang lalu dan harga yang ditawarkan kepada kami amat murah. Dengan kadar sewa RM180 semalam, kami rasa amat murah memandang pada waktu ini adalah musim cuti persekolahan. Kami juga mencadangkan kepada rakan-rakan yang bercuti ke Cameron Highland, carilah apartmen ini memandangkan harganya yang murah dan kemudahan serta keadaan apartmen yang begitu selesa bagi kami sekeluarga dengan tiga bilik.

Anak keempat kami bergambar di hadapan Holiday Apartment yang kami menyewa

 Keadaan dalam apartment yang selesa dengan kemudahan astro menjadikan anak-anak kami lebih seronok.

Bersambung......

Isnin

SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI

Salam dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf zahir Batin dari saya dan keluarga kepada semua yang mengenali atau pun tidak jika kami sekeluarga melakukan kesalahan atau dosa yang teraku tanpa sedar. Segala kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan kepada saya, telah lama saya maafkan. Sesungguhnya maaf memafi itu adalah amalan yang dituntut dalam Islam.

Melalaui catatan ini, saya ingin menceritakan sedikit tentang suasana hari raya tahun ini. Sesungguhnya raya tahun ini amat meriah walaupun dalam keadaan ekonomi kami yang tidak berapa mantap. Namun kunjungan adik-adik dan ipar serta biras, berkumpul di pagi raya di rumah kami amat mengujakan kerana inilah kali pertama suasana yang meriah di pagi raya sepanjang pengalaman kami sekeluarga beraya. Memandangkan ibu-ibu kami telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, destinasi pagi raya bertukar-tukar tempat dan tahun ini rumah kami menjadi tempat berkumpul. Betapa gembiranya hati ini melihat pelbagai kerenah anak-anak saudara dengan pakaian raya masing-masing dan juga gelak ketawa adik-adik, ipar dan juga biras yang sama-sama bermaaf-maafan.
Bersama keluarga tercinta

 
Pak Alang dan Mak Alang sekeluarga

Ayah Ngah dan Mak Ngah sekeluarga

Ayah Teh dan Mak Teh sekeluarga

Mak Uda (bertudung hijauu) dan Mak Chik (bertudung purple)

Ayah Chik berbaju Melayu purple

Pak Su yang ketinggalan semasa sesi bergambar pada awalnya.

Kami sekeluarga mengharapkan keluarga kami ini akan kekal harmoni sehingga ke akhir hayat. Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin. Harap berjumpa lagi pada Raya tahun depan. Insya-Allah.