Ahad

KALAU DAH BUKAN REZEKI KITA ......

Salam buat semua khususnya peminat-peminat bola sepak...

Sekarang semua orang sibuk bercakap tentang piala dunia dan pagi semalam saya bersengkang mata menunggu siaran langsung bola sepak suku akhir di antara pasukan Uruguay menentang pasukan Ghana yang berkesudahan Uruguay menang 4 - 2 menerusi sepakan penalti setelah seri 1 - 1 dalam masa sebenar perlawanan dan tambahan masa selama 30 minit tidak menghasilkan sebarang gol.


Bukan kekalahan 1 - 2 Brasil kepada Belanda atau kemenangan Uruguay yang nak saya ceritakan di sini tetapi tentang kekalahan Ghana yang boleh dikatakan tidak bernasib baik memandangkan sepakan penalti yang diperolehi oleh mereka pada minit ke 90, gagal disempurnakan oleh Asamoah Gyan. Sepakan penalti yang diperolehi oleh Ghana seolah-olah kemenangan sudah diperolehi oleh mereka. Namun sepakan penalti tersebut mengenai palang dan gagal menerjah ke jaring gol Uruguay. Inilah yang dikatakan tidak ada rezeki buat mereka pada kali ini. Tuah buat Uruguay kerana tindakan Luis Suarez menahan bola dipintu gol mereka sehingga dilayankan kad merah dan dikeluarkan. Namun pengorbanannya itu telah membawa kejayaan kepada pasukan mereka ke peringkat separuh akhir.


Aksi Luis Suarez menahan bola dengan tangan di garisan golnya. 

Reaksi pemain Ghana selepas tamat perlawanan dengan Uruguay

Begitu jugalah dengan nasib saya pada kejohanan bola baling MSSM yang lalu. Walaupun  tidaklah malang namun kalau sudah dikatakan rezeki tidak ada, 'makanan dalam mulut lagikan jatuh'. Dah diberikan pasukan L12 untuk dikendalikan tapi saya menolaknya dan tuah pula buat Cikgu Farid, pasukan L12 berjaya menjadi johan pada tahun ini. Dan kita seharusnya mengakui ketentuan Allah s.w.t kepada hambanya.  Mungkin juga kalau sekiranya saya yang membimbing, pasukan tersebut tidak akan berjaya sepertimana Cikgu Farid menerajuinya. Qada' dan qadar telah ditentukanNya. Sebab itulah orang tua-tua mengatakan, 'tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia kita tak tahu'.....

Tiada ulasan: