Jumaat

GAMBAR-GAMBAR KIRIMAN CIKGU FARID

Terima kasih Cikgu Farid kerana sudi menyumbangkan gambar-gambar yang ada dalam simpanannya khususnya gambar kenangan pada tahun tahun yang lalu. Di sini saya uploadkan untuk tatapan rakan-rakan yang tidak sempat bersama di kejohanan-kejohanan yang disertai oleh MSS Terengganu.

CATATAN 2010

 Johan Kategori Bawah 18 Tahun Lelaki

 Johan Kategori Bawah 12 Tahun Lelaki

 Naib Johan Kategori Bawah 18 Tahun Perempuan

 Tempat Ke-4 Kategori Bawah 12 Tahun Perempuan

 CATATAN 2009

Lelaki Bawah 12 Tahun

 Perempuan Bawah 12 tahun
CATATAN 2008


 Johan Kategori Bawah 12 Tahun Perempuan di bawah kendalian Cg Shahirudin dan Cg Farid

 Kepada rakan-rakan yang lain, yang ada gambar kenangan bola baling MSS Terengganu, bolehlah kirimkan kepada saya di dinsenu@yahoo.com.my. Moga gambar-gambar tersebut boleh menjadi tatapan rakan-rakan seperjuangan dan juga pelajar-pelajar kita yang terlibat. TQVM


Selasa

SOLAT JAMAK UNTUK MUSAFIR

Sedang melayari sebuah laman web, saya ternampak panduan menunaikan solat jama' dan qasar bagi mereka yang selalu ke luar stesyen atau bermusafir terutama rakan-rakan yang terlibat dalam sukan dan khususnya kepada pelajar-pelajar yang masih ramai tidak tahu bagaimana menunaikan solat ketika bermusafir. Semoga ianya dapat membantu dan memudahkan pelajar-pelajar khsussnya pemain-pemain bola baling menunaikan solat ketika menyertai pertandingan-pertandingan yang jauh perjalanannya.  So, di sini saya masukkan cara-caranya seperti dalam laman web: http://www.e-solat.gov.my/

Solat Qasar

Takrifan

Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh  diqasarkan.

Hukum Qasar

Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
  • Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
      “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”
  • Al-Sunnah yang bermaksud;
      ‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah-Nya”  (Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud) 
  
Jarak Dibenarkan Qasar
Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

Syarat Solat Qasar
  • Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
  • Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
  • Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
  • Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
  • Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

1.5  Contoh Niat
                       أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
   (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana  Allah Taala)

Solat Jama'

2.1   Takrifan
Solat Jama’ terbahagi kepada :
  1. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
  2. Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’. 
Syarat Solat Jama’

Solat Jama’ Taqdim 
  • Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
  • Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
  • Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
  • Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
  • Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
Solat Jama’ Ta’khir 
  • Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
  • Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.  
Contoh Niat Jama’ Taqdim

Jama’ Taqdim Empat Rakaat
  صلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى 
Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
 Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

Niat Jama’ Ta’khir

Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
 أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
  Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
  Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

Moga kalian dapat meneruskan ibadat solat walau di manapun kalian berada.

Ahad

CATATAN KEJOHANAN MSSM 2010 - SIRI 2

CATATAN 5: GURU OH GURU!...

Salam buat kenalan dan kepada pembaca budiman....
Selama ini, setiap guru yang menjalankan tugas jabatan dalam cuti akan berbaloi atau paling tidaknya akan mendapat pulangan yang akan menampung perbelanjaannya sewaktu berada di luar stesyen atau luar daerah. Namun pada tahun ini, kemudahan itu sudah tidak ada lagi. Tak kira sejauh mana guru itu bertugas dan bila waktu guru itu bertugas. Hanya 'claim' satu tempat duduk dalam teksi sahaja yang layak dituntut.  Bayangkan seorang guru yang bertugas di SMK Jenagor selama dua minggu dan seterusnya ke Kuantan menguruskan pasukan ke kejohanan MSSM selama seminggu lagi.....  mereka hanya layak menuntut RM 20.00 tambang pergi dan RM20.00 lagi sewaktu pulang ke rumah di Besut atau Kemaman. Jumlah tuntutan yang diterima hanya RM40.00 setelah bertugas hampir tiga minggu!....

Walaupun dalam surat dari jabatan menyatakan bahawa makan minum dan penginapan disediakan..... wajarkan seorang kakitangan kerajaan yang bertugas diluar stesyen mendapat taraf makanan yang berharga RM10.00 sekepala dan menginap di asrama pelajar.... Apatah lagi makanan yang dihidangkan tak seperti yang diharapkan dengan nilai RM10.00. Apakah inilah kelayakan yang harus diterima oleh seorang guru yang bertungkus lumus menjalankan tugas jabatan... Namun itu bukan bererti saya tidak bersyukur tapi fikirkanlah.... mereka ini sanggup menghabiskan masa lapang mereka untuk menabur bakti berbanding guru-guru lain yang lebih suka menambah kantung mereka dengan menyertai perniagaan MLM atau apa-apa aje yang boleh menambah pendapatan mereka di masa yang selebihnya dari waktu rasmi yang diperuntukkan kepada mereka. Atau lebih baiklah mereka tinggal sahaja di rumah bersama anak isteri dari berjemur terik mentari membentuk pelajar-pelajar cemerlang dalam bidang sukan selain akademik yang tidak diabaikan.
Tahniah saya ucapkan kepada para jurulatih pasukan bola baling Terengganu kerana kalian tidak pernah mempertikaikan dan merungut apa yang kalian dapat biarpun setelah kalian berpenat lelah, berjemur terik mentari di padang dan letih mencari idea menjana pemain bola baling cemerlang sehingga membawa kejayaan untuk negeri Terengganu. Benarlah kata orang tua-tua.... kalian umpama lilin, membakar diri menerangi orang lain. Selama ini kalian bekerja keras dan hasilnya orang lain yang dapat nama.... kalian dapat apa?.

CATATAN 6: RAKAN, KAWAN DAN SAHABATKU

Mungkin kalian bertanya mengapa saya menggunakan 3 perkataan di atas yang membawa makna yang hampir sama?. Namun jika kalian melihat melalui mata hati, kalian akan mendapati ketiga-tiganya ada mempunyai perbezaan yang ketara.

Rakan.... bagi saya ianya mempunyai skop yang kecil walaupun mempunyai kuantiti yang lebih besar. Maksudnya, kita mempunyai ramai rakan namun mereka mungkin bukan sahabat kita. Mereka mungkin kenalan sepintas lalu melalui perjumpaan yang formal atau tidak dan mungkin dari kawan kita yang mungkin lebih rapat dengan kita seperti rakan sekursus, sepejabat atau satu pasukan.

Kawan...kawan ni maksud dia x begitu mendalam berbanding sahabat.. namun lebih rapat dari rakan. Terdapat bermacam-macam jenis kawan... kawan sekollah, kawan sekampung dan banyak lagi. Orang selalu menggunakan ayat sperti ini 'kawan makan makan'. Kenapa ye? Kenapa tidak digunakan ayat 'sahabat makan sahabat'  
Di sinilah terletaknya nilai sahabat dalam hati seseorang. Sahabat lebih ironi dengan nilai-nilai yang mulia seperti 'sahabat nabi', 'sahabat rasulullah' dan apa-apa ajelah!... Bagi saya, pengertian sahabat itu sememangnya penuh kemuliaan. Sanggup berkongsi apa saje... suka.. duka dan bahkan sanggup kehilangan duit berpuluh ribu ringgit demi seorang persahabatan. 

Namun aku sendiri telah tertipu dengan pengertian 'sahabat' itu sendiri. Kehilangan berpuluh ribu ringgit tak terasa namun diaibkan oleh sahabat sendiri, yang sama-sama senada dalam bola baling selama ini  amat terasa sehingga kini. Biarpun wang sebanyak lima puluh ringgit (RM50.00) bukan suatu nilai yang besar berbanding dengan jumlah berpuluh ribu ringgit yang telah hangus kerana kepercayaan yang diberikan untuknya. Namun nilai RM50.00 ini, yang meminggirkan pasukan P12 tahun yang juga sama-sama berjuang mengharumkan nama negeri Terengganu membuatkan hati kecil ini amat terguris luka. Apatah lagi pasukan kami baru sahaja kalah dalam perlawanan separuh akhir dengan pasukan MSS Johor. Dan barulah kini saya mengerti bagaimana perasaan luka hati yang telah dialami oleh Cikgu DinB2.... Biar sekaya manapun kini, beliau bukan lagi sahabat saya.... maafkan saya OKB!.

Moralnya.....jangan terlalu cepat mempercayai seseorang itu sebagai sahabat. kita.... terutama yang pandai bermain dengan kata-kata... kerana jika sahabat mengguris hati, lukanya lebih berbisa dari luka akibat seorang rakan atau kawan.

Selasa

FINAL MEN WORLDCUP 2009

Salam,

Ini sebahagian video yang saya jumpa sebagai tatapan kepada rakan-rakan yang masih belum mendapat maklumat tentang kejohanan Bola Baling Dunia pada 2009. Perlawanan akhir di antara Croatia dengan Perancis dengan kemenangan kepada pasukan Crotia. Pasukan Croaatia yang melayakkan diri ke perlawanan akhir setelah mengalahkan pasukan Poland di semifinal dan seterusnya bertemu pasukan Perancis selaku naib juara pada edisi yang lalu yang telah mengalahkan pasukan Denmark pada perlawanan semifinal yang kedua.

Harapan agar video ini akan menambahkan lagi ilmu tentang permainan bola baling dan juga menambahkan minat kepada mereka yang baru menceburi dalam permainan bola baling ini. TQ

Final handball MWC 1: Croatia & Perancis

Final handball MWC 2: Croatia & Perancis






Rabu

BEBERAPA TEKNIK UNTUK PANDUAN

Salam buat semua...
Maaflaah ye... lama juga tak mencoretkan catatan di blog ini. Maklumlah student biarpun dah tua bangke!.... Sibut siapkan asigment untuk dihantar. Sepatutnya pada toturial yang lalu....hari sabtu lepas. Namun belum dapat disiapkan. Mintak tangguh. Tarikh akhir minggu nilah. Tapi buat masa ini masih lagi belum dapat disiapkan. Pening-pening.... bukan blog, buat sikit catatan untuk tatapan semua.

Di sini saya ada beberapa teknik yang boleh menjadi panduan untuk jurulatih-jurulatih membentuk sistem permainan bola baling untuk pasukan kalian. Kalau sesuai tu, baguslah. Tapi kalau rasa tak bagus ambaikan saje!..
Selamat mencuba.

Ahad

KALAU DAH BUKAN REZEKI KITA ......

Salam buat semua khususnya peminat-peminat bola sepak...

Sekarang semua orang sibuk bercakap tentang piala dunia dan pagi semalam saya bersengkang mata menunggu siaran langsung bola sepak suku akhir di antara pasukan Uruguay menentang pasukan Ghana yang berkesudahan Uruguay menang 4 - 2 menerusi sepakan penalti setelah seri 1 - 1 dalam masa sebenar perlawanan dan tambahan masa selama 30 minit tidak menghasilkan sebarang gol.


Bukan kekalahan 1 - 2 Brasil kepada Belanda atau kemenangan Uruguay yang nak saya ceritakan di sini tetapi tentang kekalahan Ghana yang boleh dikatakan tidak bernasib baik memandangkan sepakan penalti yang diperolehi oleh mereka pada minit ke 90, gagal disempurnakan oleh Asamoah Gyan. Sepakan penalti yang diperolehi oleh Ghana seolah-olah kemenangan sudah diperolehi oleh mereka. Namun sepakan penalti tersebut mengenai palang dan gagal menerjah ke jaring gol Uruguay. Inilah yang dikatakan tidak ada rezeki buat mereka pada kali ini. Tuah buat Uruguay kerana tindakan Luis Suarez menahan bola dipintu gol mereka sehingga dilayankan kad merah dan dikeluarkan. Namun pengorbanannya itu telah membawa kejayaan kepada pasukan mereka ke peringkat separuh akhir.


Aksi Luis Suarez menahan bola dengan tangan di garisan golnya. 

Reaksi pemain Ghana selepas tamat perlawanan dengan Uruguay

Begitu jugalah dengan nasib saya pada kejohanan bola baling MSSM yang lalu. Walaupun  tidaklah malang namun kalau sudah dikatakan rezeki tidak ada, 'makanan dalam mulut lagikan jatuh'. Dah diberikan pasukan L12 untuk dikendalikan tapi saya menolaknya dan tuah pula buat Cikgu Farid, pasukan L12 berjaya menjadi johan pada tahun ini. Dan kita seharusnya mengakui ketentuan Allah s.w.t kepada hambanya.  Mungkin juga kalau sekiranya saya yang membimbing, pasukan tersebut tidak akan berjaya sepertimana Cikgu Farid menerajuinya. Qada' dan qadar telah ditentukanNya. Sebab itulah orang tua-tua mengatakan, 'tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia kita tak tahu'.....