Khamis

SUKA DAN DUKA KAMI DI MSST

Salam buat semua. Selepas solat magrib tadi, teringat akan ibunda yang telah lama meninggal. Sambil menghadiahkan zikir buat ibunda tercinta, ingatan terkenang orang kuat MSS Terengganu, En Mohamed atau lebih dikenali oleh orang-orang sukan di Terengganu dengan nama Che Mat yang telah meninggalkan kami sehari selepas kami berangkat ke Kuantan tempoh hari. Baru dua hari sebelum itu, beliau dalam keadaan sihat telah menjengah di pusat latihan bola baling di SMK Jenagor bertanya khabar dan meninjau persiapan latihan kami. Kini beliau sudah tidak ada lagi. Menjadi kenangan buat kami semua dan kejayaan buat kali ke-4 menjuarai kejohanan Bola Baling MSSM ini, kami hadiahkan buat Che Mat yang kami sanjungi. Al-Fatihah untuk beliau.

Disebalik kegembiraan di atas kejayaan menjuarai kejohanan Bola Baling MSSM buat kali ke-4 berturut-turut pada tahun ini, terselit rasa duka di atas kehilangan orang kuat kami di MSS Terengganu. Beliaulah yang merancang pembangunan sukan di MSS Terengganu sehingga Terengganu semakin disegani oleh negeri-negeri lain di negara kita khususnya kejayaan bersejarah oleh pasukan olahraga MSS Terengganu yang menjadi johan keseluruhan buat pertama kali pada tahun lalu. Begitu juga dengan penubuhan Sekolah Sukan Terengganu Bukit Nenas di Setiu yang melahirkan bintang-bintang sukan di negara ini khususnya di Terengganu, merupakan ilham dari beliau. Komitmen dan kesungguhan belaiu membangunkan sukan di negeri Terengganu amat kami kagumi walaupun beliau bukan anak jati Terengganu. Beliau merupakan anak Johor yang telah berkhidmat di negeri ini semenjak awal perkhidmatan sebagai guru lagi. Sememang sukar untuk mencari pengganti seperti beliau, biarpun kata pujanga: 'Patah Tumbuh Hilang Berganti' namun yang mengganti takkan sama dengan beliau....

Tiada ulasan: