Rabu

KEMBALI KE SEKOLAH

Salam buat semua rakan-rakan,
Bosan sebenarnya berada di sekolah. Tidak seperti semasa latihan di SMK Jenagor. Bukan tidak suka di tempat di SekolahKebangsaan GongPasir namun kerana sekolah masih lagi belum dapat dibuka menyebabkan diri terasa sunyi tanpoa suara riuh rendah dari pelajar-pelajar seperti riuhnya suara anak-anak buah dalam pasukan P12 MSS Terengganu. Dengan hilai tawa dan celoteh Non yang selalu ngomelannya menyebabkan kami selalu riang. Kenangan ini tidak akan luputr dari ingatan.

Buat pengetahuan kalian, saya telah hampir empat bulan ditempatkan di SK Gog Pasir. Sekolahnya yang cantik dan infrastrukturnya yang agak canggih serta bangunan yang tersergam indah menmyebabkan ramai guru-guru mamasang hajat untuk bertukar ke sekolah ini. Alhamdulillah, saya sebelum ini telah ditukarkan keSK Felda Mengkawang, Hulu Terengganu telah diberikan tanggungjawab di sekolah ini sebagai Penolong Kanan Ko-Kurikulm yang mana semasa di SKFM dulu memegang jawatan sebagaio Penolong Kanan HEM. Rasa amat terkejut dan teruja semasa mendapat berita dari rakan-rakan pada awalnya. Rasa amat bersykur dan berterima kasih kepada pegawai-pegawai pelajaran di Pejabat Pelajaran Daerah Dungun khususnya Cikgu Manan kerana memberi  kepercayaan kepada saya untuk memajukan SK Gong Pasir baik dari bidang sukan mahupun dalam bidang akademik. Insya-Allah SKGP akan melahirkan ramai atlet-atlet dan pelajar-pelajar berprestasi tinggi dalam pelajaran untuk daerah nanti.

Pemandangan dari pintu masuk SKGP 

 Pemandangan hadapan pejabat SKGP

Sekolah Kebangsaan Gong Pasir terletak di kawasan perumahan awang kos rendah Gong Pasir yang mempunyai kepadatan pendudukan yang agak tinggi juga. Dari senarai nama yang diberikan kepada pihak sekolah, bilangan pelajar yang akan mendaftar ke sekolah ini seramai 405 orang. Pelajar-pelajar ini datang dari sekolah-sekolah yang terdekat iaitu SK Batu 48 dan SK Balai Besar. Jumlah ini tidak termasuk pelajar-pelajar tahun 6 lagi dan mungkin pada tahun hadapan bilangan pelajar akan melebihi 500 orang.

Pintu pagar depan SKGP

So, tak tahu apa lagi yang nak diperkatakan kerana melihat kepada keperluan persekolahan, rasanya tidak menjadi masalah untuk sekolah ini beroperasi pada minggu hadapan. Namun memandangkan CF dari bomba belum diperolehi, rasanya agak sukar untuk pembukaan sekolah ini dalam bulan Ju;lai nanti. Dan s\kerana itulah saya merasa sudah sangat membosankan tanpa kerja yang lazim dilakukan di sekolah-sekolah lama dulu. Bukan nak menunjukkan akan kerajinan, tetapi luahan rasa yang terpendam biarpun rakan-raklan setugas seperti Cikgu Ruslan selaku PK Hem dan Cikgu Johar sebagai PK1 selalu ceria dengan celoteh yang agak menghiburkan. Namun kebosanan menunggu tarikh bukanya sekolah ini tidak dapat nak dikatakan lagi.

Pemandangan yang cantik dari tengah padang SKGP

Harapan saya agar pihak kontraktor dapat mempercepatkan kerja-kerja yang tertangguh. Moga pada pertengahann Julai nanti SK Gong Pasir dapat beroperasi dan menerima pelajarnya. Dan hilanglah rasa bosan ini dan tidaklah rakan-rakan mengatakan kami makan 'gaji buta'.

Tiada ulasan: