Ahad

SELAMAT HARI GURU 2010

Salam dan Selamat Hari Guru kepada semua rakan-rakan guru khususnya kepada rakan-rakan yang mengenali diri ini. Semoga kalian riang gembira menyambut hari guru di sekolah masing-masing. Buat pertama kalinya saya menyambut hari guru tanpa murid memandangkan sekolah saya masih lagi belum dapat dibuka dan masih belum dapat menerima kehadiran murid-murid disebabkan kelewatan kontarktor menyiap dan menyempurnakan kesemua aspek yang perlu bagi pembukaannya. Terasa sungguh dalam hati di pagi ini kerana sepanjang lebih 20 tahun menjadi guru, tahun inilah tahun yang bersejarah bagi diri ini menyambut hari guru tanpa murid.
 Pelajar lebih mndengar kata guru berbanding ibubapanya sendiri.

Kepada rakan guru, didiklah anak bangsa ke arah kecemerlangan khususnya kecemerlangan ilmu dan tidak melupakan kecemerlangan agamanya serta peribadi yang mulia. Jangan pula kita yang meracuni pemikiran mentah anak-anak bangsa dengan ajaran yang 'sesat' seperti mengajar tektik dan teknik yang 'tidak baik' dalam permainan bola baling seperti yang berlaku pada Kejohanan Bola Baling MSS Terengganu baru-baru ini. Ada kalangan kita yang memberi tunjuka ajar yang melampaui batas-batas seorang guru. hanya untuk mencapai kemenangan. Tunjuk ajar yang diberikan beliau seperti beliau orang kampung yang tidak tahu batas-batas permainan dan semangat kesukanan. Ingatlah kawan, ajaran yang kita berikan akan meresap dalam diri pelajar-pelajar dan akan dibawa sehingga mereka membesar. Mungkin sehingga mereka tua dan meninggal. Mungkin juga akan diperturunkan kepada generasi-generasi yang seterusnya. Sesungguhnya apa yang diajar akan mendatangkan kita pahala ataupun dosa. Sesungguhnya jika perkara baik yang kita ajarkan dan diamalkan, akan mendatangkan pahala kepada kita walaupun sesudah kita meninggal dunia. Namun jika perkara yang tidak baik, akan berlaku sebaliknya kepada kita. Bayangkanlah..... kita akan menanggung segala pembawakan ilmu yang tidak baik pelajar-pelajar kita dan generasi seterusnya, biarpun kita sudah tidak ada di dunia ini lagi hasil ilmu yang kita berikan kepadanya!.

Oleh itu, didiklah pelajar-pelajar kita dengan ilmu yang baik-baik semoga kita mendapat manafaatnya nanti.  Selamat Menyambut Hari Guru 2010. 

"Guru Pembina Negara Bangsa"

Tiada ulasan: