Rabu

PENDAFTARAN ANAK KE METRIKULASI GOPENG

Sesungguhnya perjalanan kali ini sangat jauh. Dari Dungun ke Gopeng Perak mengambil masa sehingga 12 jam. Melalui lebuh raya Timur-Barat dengan selekoh-selekoh membahaya, sangat menguji ketahanan seorang pemandu. Apatah lagi bagi seorang yang telah berumur. Walaupun begitu kami sampai juga ke Simpang Pulai dengan bantuan oleh Encik Azhar yang juga salah seorang tenaga pengajar di Kolej Metrikulasi Gopeng. Kami bermalam di Simpang Pulai. Terima kasih kami ucapkan kepada Encik Azhar kerana sudi membantu kami biarpun belum pernah bertemu.

Anakanda bersama umminya menuju ke tempat pendaftaran di depan Asrama Tun Teja

Suasana hari pendaftaran di Kolej Metrikulasi Gopeng 
 
Bergambar bersama keluarga di depan Asrama Tun Teja

Alhamdulillah.... perjalanan pergi dan balik kami sekeluarga tidak mengalami sebarang perkara yang tidak diingini. Kami sampai ke rumah tepat jam 12.00 tengahmalam hari Selasa. Penat sungguh. Tak dapat nak gambarkan. Namun hati puas kerana dapat menghantar anak ke pusat pembelajaran yang sungguh baik, yang terdapat di negara kita. Kagum juga diri ini melihat betapa negara kita mempunyai infrastruktur pembelajaran yang amat baik seperti Kolej Metrikulasi Gopeng ini untuk anak-anak bangsa.

Pemandangan Kolej Metrikulasi Gopeng, Perak

Tiada ulasan: