Sabtu

KEJOHANAN BOLA BALING TELAH BERMULA

Setelah  berita gembira dari TPM lalu, ramai guru-guru yang terlibat dengan sukan bola baling dapat menarik nafas lega kerana dapat meneruskan khidmat dan perancangan dalam sukan yang telah lama sebati dalam diri walaupun agak lambat JPN  mengeluarkan jadual pertandingan untuk tahun 2010. Namun berita gembira ini dapat juga memberikan kepuasan kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak.

Setelah jadual telah dikeluarkan oleh JPN, maka perancangan telah dibuat oleh guru-guru dan pengerusi teknik di daerah masing-masing. Di daerah Dungun sendiri telah dijalankan kejohanan bola baling peringkat zon dan baru dua hari yang lalu telah selesai kejohanan bola baling daerah untuk tahun 2010. Bairpuan terdapat kekangan dan kekurangan dari aspek pengadilan, namun kejohanan kali ini dapat berjalan dengan lancar.

Pasukan Zon Paka A telah berjaya menjadi johan dalam kategori Lelaki 12 tahun setelah mengalahkan pasukan Zon Sura A manakala pasukan Zon Kuala Abang A berjaya menewaskan pasukan Zon Paka A untuk merangkul kejuaran buat kali ketiga berturut-turut. Syabas dan tahniah kepada pemenang-pemenang serta guru-guru yang terlibat dalam kejohanan kali ini khususnya kepada rakan-rakan pengadil serta jawatankuasa pertandingan pada tahun ini.

 Pasukan yang mewakili Zon Sura A

 Pasukan dari Zon Bukit Besi B
 Pasukan Zon Paka A berehat selepas perlawanan

Aksi perlawan antara pasukan Zon Kuala Abang A dengan Zon Sura B

 Pasukan Zon Sura A dan Pasukan Bukit Besi B sebelum perlawanan bermula

Aksi perlawanan yang melibatkan Zon Bukit Besi A dengan Zon Kuala Abang A

Rakan-rakan yang sama membantu menjayakan kejohanan kali ini.

Kepada semua yang terlibat dalam Kejohanan Bola Baling MSS Dungun 2010, kami mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga. Tanpa kalian siapalah kami!...

Semoga pasukan bola baling MSS Dungun kali ini akan berjaya mencapai kecemerlangan dalam Kejohanan MSS Terengganu 2010 yang mana MSS Dungun akan menjadi tuan rumah pada tahun ini. Kejohanan ini akan dijalankan di SMK (A) Kuala Abang. Kepada rakan-rakan dari daerah-daerah lain, kami mengalukan kedatangan kalian ke Dungun. Semoga kejohanan ini akan mengeratkan lagi persahabatan kita.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mana kami i? letih berposing tp satu pu tarak!

DINSENU berkata...

Sapa ni? bg taulah... sy masuk len kali.. insya-Allah.