Khamis

BOLA BALING MSS TERENGGANU 2010

Salam kembali. Laporan kejohanan kali ini saya dahulukan dengan ribuan terima kasih atas sokongan dan bantuan dari rakan-rakan yang bertungkus lumus menjayakan kejohanan kali ini.

Sepanjang kejohanan kali ini tiada perkara-parkara yang tidak diingini berlaku. Samada rungutan terhadap pengadil atau ketidakpuasan hati pegawai tentang penginapan dan gelanggang permainan. Terima kasih kepada rakan-rakan dari daerah lain yang begitu memahami dan dapat menerima seadanya. Walaupun begitu, kejohanan kali ini agak meriah kerana pegawai dan pemainan tidak perlu lagi memikirkan masalah pengangkutan setiap kali ke gelanggang. Inilah yang menjadikan kejohanan kali ini lebih meriah.

  Beberapa aksi perlawanan dalam kejohanan pada tahun ini

 Jurulatih dan pegawai pasukan P18 MSS Dungun sedang melakukan pertukaran pemain. P18 MSS Dungun berjaya menduduki tempat ke-3
Pasukan L12 MSS Dungun hanya berjaya mendapat tempat ke-3 biarpun beraksi dengan cemerlang.

Perlawanan akhir bagi kategori P12 antara MSS Dungun dan MSS Kuala Terengganu Utara.

Pasukan P12 MSS Dungun gagal mempertahankan kejuaraan tahun lalu setelah dikalahkan oleh pasukan MSS Kuala Terengganu Utara dalam perlawanan akhir.

 
Pasukan P12 MSS Kuala Terengganu Utara berjaya merangkul kejuaraan bagi tahun ini setelah mengalahkan MSS Dungun.

Berdasarkan pemerhatian sepanjang Kejohanan Bola Baling pada tahun ini telah dapat melahirkan dan menghasilkan pemain-pemain yang berkualiti. Mungkin perancangan awal yang telah dilakukan oleh MSS Terengganu dengan mewujudkan sesi pemilihan bakat dan latihan hujung minggu bagi kategori bawah 11 tahun pada tahun lepas telah membantu meningkatkan kualiti pemain-pemain khususnya pemain-pemain bawah 12 tahun. Semoga langkah yang baik ini sewajarnya diteruskan oleh MSS Terengganu bagi tahun-tahun yang akan datang untuk meningkatkan lagi prestasi pemain-pemain apatah lagi bagi mempertahankan Kejuaraan Kesluruhanan Kejohanan Bola Baling MSS Malaysia pada tahun ini buat kali yang keempat berturut-turut.

Semoga pasukan Bola Baling MSS Terengganu akan terus cemerlang pada Kejohanan Bola Baling MSS Malaysia pada bulan jun nanti yang akan diadakan di negeri Pahang.

2 ulasan:

cgu nor berkata...

tahniah buat pemain p12 & l12 mss dungun. moga thn depan, p12 boleh menjadi juara smula, i/allah

DINSENU berkata...

Terikasih cg nor.... kerjasama dan bantuan cg nor telah banyak membantu pasukan MSS Dungun. Kerjasama ini wajar dikekalkan untuk tahun hadapan.... tqvm