Ahad

KEM KEPIMPINAN BOLA BALING TERENGGANU 2010

Tanggal 20 hingga 22 Mei 2010 yang lalu telah diadakan satu program pemantapan kemahiran bagi pemain-pemain bola baling bawah 12 tahun yang telah tersenarai bagi pasukan negeri bagi tahn 2010. Seramai 12 orang pelajar perempuan dan 12 orang pelajar lelaki dipilih dari Kejohanan Bola Baling MSS Terengganu yang berlangsung di Dungun baru-baru ini telah dipanggil untuk menjalani kem kepimpinan ini yang menjurus kepada disiplin dan peningkatan kemahiran dalam pemainan bola baling.

PEREMPUAN 12 TAHUN
1.   Wan Syawani bt. Wan Yadri       - SK Gong Badak, K.Terengganu
2.   Norseha bt Abdullah                   - SK Kuala Setiu, Setiu
3.   Siti Aishah bt Ahmad                   - SK Tanjung Pati, Dungun
4.   Fatin Nabila bt Ismail                   - SK Bukit Wan, K.Terengganu
5.   Siti Hajar bt Aman                       - SK Bukit Wan, K.Terengganu
6.   Faqihah bt Marzuki                      - SK Bukit Wan, K.Terengganu
7.   Syahira bt Mohd                          - SK Bukit Jeruk, Besut
8.   Norfika Izzati bt Hanapi                - SK Lintang, Dungun
9.   Anisyatul Najwa bt Ramli              - SK Felda Kerteh 1, Dungun
10. Ainnur Fatehah bt Azaman            - SK Bukit Kuang, Kemaman
11. Nur Afifah bt Saufi                        - SK Kuala Berang, Hulu Terengganu
12. Siiti Nur Khaleeda bt Isehak          - SK Gong Badang, K.Terengganu

LELAKI 12 TAHUN
1.   Muhd Aniq Firdaus bin Muhd Zaidi   - SK Paka II, Dungun
2.   Muhammad Firdaus bin Razali           - SK Bukit Kuang, Kemaman
3.   Rosfadhli Hafifi bin Osman                 - SK Permaisuri Nur Zahirah Besut
4.   M. Amir Ashraf bin Ab. Rashid          - SK Tengku Mahmud Besut
5.   Muhammad Aisamuddin bin Azmi       - SK Padang Midin K.Terengganu
6.   W Mohd Aznil Hakimi W Mohd Zaki - SK Kubu Marang
7.   Muhammad Aizul Azim bin Azham      - SK Felda Kerteh 1 Dungun
8.   Muhammad Aqil bin Azri                     - SK Atas Tol K.Terengganu
9.   Ahmad Fitri Amri bin Mohd Zamri       - SK Telaga Hulu Terengganu
10. Rafiudin bin Talib                                 - SK Padang Midin K.Terengganu
11. Mohamad Faiq bin Mohamad              - SK Perah, Hulu Terengganu
12. Mohamad Badrul Naim bin Mustaffa    - SK Kebor Air K.Terengganu

Inilah barisan pemain yang akan membawa cabaran Pasukan Terengganu ke Kejohanan Bola Baling MSS Malaysia yang akan berlangsung di Kuantan, Pahang pada 6 hingga 12 Jun 2010. Semoga pemain-pemain ini akan mencapai sasaran yang telah ditetapkan akan kejuaraan bagi tahun 2010 akan sekali lagi menjadi milik Terengganu.

Isnin

PROMOSI HANDBALL PLANNER BERMAGNET

HANDBALL PLANNER BERMAGNET sangat penting bagi jurulatih-jurulatih bola baling bagi merancang dan memberikan taklimat tektikal dan sistem permainan kepada pemain-pemain. Sesungguhnya handball planner ini sangat berkesan untuk jurulatih-jurulatih semasa latihan, perlawanan atau sesuatu kejohanan. Dengan handball planner ini penerangan taktikal dan sistem permainan sangat mudah dan senang untuk difahami oleh pemain-pemain. Kesannya sangat ketara berbanding cara lama, lakaran di atas kertas lakaran yang biasa digunakan oleh jurulatih-jurulatih. Dengan handball planner ini menjadikan jurulatih-jurulatih lebih profesional dalam sesi taklimat dan penerangan kepada pemain-pemain. Satu perkara lagi, pemain-pemain lebih fokus terhadap penerangan dan taklimat jurulatih berbanding cara lama contengan kertas di atas kertas lakaran yang lebih comot dan mengelirukan.

HANDBALL PLANNER BERMAGNET dilengkapi dengan pelan gelanggang permainan, 14 keping magnet (pemain) dan 20 keping kertas lakaran.

Harga:  RM50.00 + RM10.00 (kos penghantaran)
Cara Tempahan : Bank in RM60.00 ke CIMB 1304000765056 (AINAMIRAH ENTERPRISE)
SMS : HANDBALL PLANNER < > RM60.00 < > TARIKH < > MASA < > NAMA < > ALAMAT
Hantar : ke 013 9832542
Proses penghantaran : 7 hari bekerja. Insya-Allah

Ahad

SELAMAT HARI GURU 2010

Salam dan Selamat Hari Guru kepada semua rakan-rakan guru khususnya kepada rakan-rakan yang mengenali diri ini. Semoga kalian riang gembira menyambut hari guru di sekolah masing-masing. Buat pertama kalinya saya menyambut hari guru tanpa murid memandangkan sekolah saya masih lagi belum dapat dibuka dan masih belum dapat menerima kehadiran murid-murid disebabkan kelewatan kontarktor menyiap dan menyempurnakan kesemua aspek yang perlu bagi pembukaannya. Terasa sungguh dalam hati di pagi ini kerana sepanjang lebih 20 tahun menjadi guru, tahun inilah tahun yang bersejarah bagi diri ini menyambut hari guru tanpa murid.
 Pelajar lebih mndengar kata guru berbanding ibubapanya sendiri.

Kepada rakan guru, didiklah anak bangsa ke arah kecemerlangan khususnya kecemerlangan ilmu dan tidak melupakan kecemerlangan agamanya serta peribadi yang mulia. Jangan pula kita yang meracuni pemikiran mentah anak-anak bangsa dengan ajaran yang 'sesat' seperti mengajar tektik dan teknik yang 'tidak baik' dalam permainan bola baling seperti yang berlaku pada Kejohanan Bola Baling MSS Terengganu baru-baru ini. Ada kalangan kita yang memberi tunjuka ajar yang melampaui batas-batas seorang guru. hanya untuk mencapai kemenangan. Tunjuk ajar yang diberikan beliau seperti beliau orang kampung yang tidak tahu batas-batas permainan dan semangat kesukanan. Ingatlah kawan, ajaran yang kita berikan akan meresap dalam diri pelajar-pelajar dan akan dibawa sehingga mereka membesar. Mungkin sehingga mereka tua dan meninggal. Mungkin juga akan diperturunkan kepada generasi-generasi yang seterusnya. Sesungguhnya apa yang diajar akan mendatangkan kita pahala ataupun dosa. Sesungguhnya jika perkara baik yang kita ajarkan dan diamalkan, akan mendatangkan pahala kepada kita walaupun sesudah kita meninggal dunia. Namun jika perkara yang tidak baik, akan berlaku sebaliknya kepada kita. Bayangkanlah..... kita akan menanggung segala pembawakan ilmu yang tidak baik pelajar-pelajar kita dan generasi seterusnya, biarpun kita sudah tidak ada di dunia ini lagi hasil ilmu yang kita berikan kepadanya!.

Oleh itu, didiklah pelajar-pelajar kita dengan ilmu yang baik-baik semoga kita mendapat manafaatnya nanti.  Selamat Menyambut Hari Guru 2010. 

"Guru Pembina Negara Bangsa"

Khamis

CATATAN BUAT PENGADIL

Pengadil merupakan orang yang penting dalam gelanggang. Pengadil boleh menentukan dan memberikan kemenangan kepada pasukan mana yang beliau suka. Namun prinsip kepengadilan yang harus kita miliki mestilah adil dan membuat keputusan yang tepat berdasarkan kepada undang-undang yang telah ditetapkan.

Namun begitu, ada sesetengah pengadil yang dilantik tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan betul dan tepat. Akibatnya pemain-pemain menjadi bosan dan tidak kreatif terutama kepada penyerang-penyerang. Pengadil seharusnya berani mengambil tindakan tegas kepada pertahanan yang bertindak agresif kepada penyerang dan proses menghalang pasukan lawan menjaringkan gol kerana jika seorang pengadil lemah dalam menentukan keputusan dan memberikan banyak kelebihan kepada pertahanan maka penyerang-penyerang akan hilang 'skill' yang tinggi dan kreativiti dalam proses menjaringkan gol.

Cikgu Jabar dan saya memulakan perlawanan antara MSS Besut dan MSS Hulu Terengganu

Hal seperti ini pernah berlaku kepada pasukan L12 MSS Terengganu di Kejohanan Bola Baling MSSM di Kedah pada 2009 yang lalu apabila pemain MSS Terengganu yang memiliki kemahiran yang tinggi dan mengagumkan dalam kemahiran dan teknik mengatasi pertahanan lawan telah dirempuh kasar ketika hampir menjaringkan gol. Namun pengadil sekadar memberikan balingan percuma di luar garisan sembilan, sedangkan balingan penalti sewajarnya telah diberikan kepada pasukan MSS Terengganu dan hukuman 2 minit kepada pihak lawan. Ini kerana 'pengadil takut' untuk memberikan balingan penalti kerana pada pandangan mereka, balingan penalti ini merupakan hukuman yang berat sedangkan banyak yang telah kita saksikan dalam kejohanan antarabangsa, balingan penalti ini suatu perkara yang biasa apabila pihak bertahan menghapuskan peluang pasukan penyerang untuk menjaringkan gol.

Cg Khairul dan Cg Rizalman mengadili perlawanan antara MSS Dungun dan MSS Kuala Terengganu Selatan

 Perkara seperti ini juga berlaku dalam pasukan L12 MSS Dungun yang begitu cemerlang dengan 'skill' dan kemahiran mengatasi pertahanan lawan sentiasa dirempuh kasar oleh pihak lawan, sekadar mendapat balingan percuma di luar kawasan 9 meter, sedangkan balingan penalti seharusnya diberikan kepada pasukan kami. Inilah yang merugikan kepada pasukan yang mempunyai kemahiran yang tinggi namun kalah kerana keputusan pengadil yang tidak berani membuat keputusan yang sewajarnya.

Dalam keadaan penyerang sudah melepasi pertahanan seperti diatas, balingan penalti wajar diberikan jika balingan tersebut tidak dapat dijaringkan oleh kerana peluang teklah dihapuskan oleh tindakan pertahanan.

Ingatlah rakan-rakan pengadil yang budiman!..... jika peluang menjaringkan gol telah dimusnahkan oleh pihak bertahan, maka balingan penalti sewajar diberikan kepada pasukan menyerang beserta hukuman 2 minit wajar dikenakan kepada pihak bertahan. Inilah tindakan berani yang seharusnya diambil oleh pengadil-pengadil bila seorang penyerang berjaya mengatasi pertahanan dan peluang menjaringkan gol telah dimusnahkan oleh pertahanan.

Harapan saya agar pengadil-pengadil yang dilantik lebih berani untuk memberikan peluang kepada pihak penyerang dalam tindakan mereka mencipta jaringan supaya kita akan dapat melihat mereka menjadi lebih kreatif ketika berhadapan dengan pertahanan dalam proses menjaringkan gol. Semoga bola baling menjadi lebih menarik dan berseni.....

BOLA BALING MSS TERENGGANU 2010

Salam kembali. Laporan kejohanan kali ini saya dahulukan dengan ribuan terima kasih atas sokongan dan bantuan dari rakan-rakan yang bertungkus lumus menjayakan kejohanan kali ini.

Sepanjang kejohanan kali ini tiada perkara-parkara yang tidak diingini berlaku. Samada rungutan terhadap pengadil atau ketidakpuasan hati pegawai tentang penginapan dan gelanggang permainan. Terima kasih kepada rakan-rakan dari daerah lain yang begitu memahami dan dapat menerima seadanya. Walaupun begitu, kejohanan kali ini agak meriah kerana pegawai dan pemainan tidak perlu lagi memikirkan masalah pengangkutan setiap kali ke gelanggang. Inilah yang menjadikan kejohanan kali ini lebih meriah.

  Beberapa aksi perlawanan dalam kejohanan pada tahun ini

 Jurulatih dan pegawai pasukan P18 MSS Dungun sedang melakukan pertukaran pemain. P18 MSS Dungun berjaya menduduki tempat ke-3
Pasukan L12 MSS Dungun hanya berjaya mendapat tempat ke-3 biarpun beraksi dengan cemerlang.

Perlawanan akhir bagi kategori P12 antara MSS Dungun dan MSS Kuala Terengganu Utara.

Pasukan P12 MSS Dungun gagal mempertahankan kejuaraan tahun lalu setelah dikalahkan oleh pasukan MSS Kuala Terengganu Utara dalam perlawanan akhir.

 
Pasukan P12 MSS Kuala Terengganu Utara berjaya merangkul kejuaraan bagi tahun ini setelah mengalahkan MSS Dungun.

Berdasarkan pemerhatian sepanjang Kejohanan Bola Baling pada tahun ini telah dapat melahirkan dan menghasilkan pemain-pemain yang berkualiti. Mungkin perancangan awal yang telah dilakukan oleh MSS Terengganu dengan mewujudkan sesi pemilihan bakat dan latihan hujung minggu bagi kategori bawah 11 tahun pada tahun lepas telah membantu meningkatkan kualiti pemain-pemain khususnya pemain-pemain bawah 12 tahun. Semoga langkah yang baik ini sewajarnya diteruskan oleh MSS Terengganu bagi tahun-tahun yang akan datang untuk meningkatkan lagi prestasi pemain-pemain apatah lagi bagi mempertahankan Kejuaraan Kesluruhanan Kejohanan Bola Baling MSS Malaysia pada tahun ini buat kali yang keempat berturut-turut.

Semoga pasukan Bola Baling MSS Terengganu akan terus cemerlang pada Kejohanan Bola Baling MSS Malaysia pada bulan jun nanti yang akan diadakan di negeri Pahang.

Rabu

PENDAFTARAN ANAK KE METRIKULASI GOPENG

Sesungguhnya perjalanan kali ini sangat jauh. Dari Dungun ke Gopeng Perak mengambil masa sehingga 12 jam. Melalui lebuh raya Timur-Barat dengan selekoh-selekoh membahaya, sangat menguji ketahanan seorang pemandu. Apatah lagi bagi seorang yang telah berumur. Walaupun begitu kami sampai juga ke Simpang Pulai dengan bantuan oleh Encik Azhar yang juga salah seorang tenaga pengajar di Kolej Metrikulasi Gopeng. Kami bermalam di Simpang Pulai. Terima kasih kami ucapkan kepada Encik Azhar kerana sudi membantu kami biarpun belum pernah bertemu.

Anakanda bersama umminya menuju ke tempat pendaftaran di depan Asrama Tun Teja

Suasana hari pendaftaran di Kolej Metrikulasi Gopeng 
 
Bergambar bersama keluarga di depan Asrama Tun Teja

Alhamdulillah.... perjalanan pergi dan balik kami sekeluarga tidak mengalami sebarang perkara yang tidak diingini. Kami sampai ke rumah tepat jam 12.00 tengahmalam hari Selasa. Penat sungguh. Tak dapat nak gambarkan. Namun hati puas kerana dapat menghantar anak ke pusat pembelajaran yang sungguh baik, yang terdapat di negara kita. Kagum juga diri ini melihat betapa negara kita mempunyai infrastruktur pembelajaran yang amat baik seperti Kolej Metrikulasi Gopeng ini untuk anak-anak bangsa.

Pemandangan Kolej Metrikulasi Gopeng, Perak

Ahad

KEMERIAHAN KEJOHANAN BOLA BALING 2010

Kejohanan Bola Baling MSS Terengganu 2010 selama 3 hari yang berlangsung di SMK (A) Kuala Abang, Dungun telah berjalan dengan begitu meriah. Semua daerah di Terengganu telah mengambil bahagian termasuk tuan rumah, MSS Dungun yang cuba membariskan pasukan yang terkuat biarpun berbagai kekangan terpaksa dihadapi memandangkan kekurangan bajet untuk tahun ini. Latihan pusat tidak dapat dijalankan sepertimana tahun-tahun yang lalu. Latihan terpaksa dijalankan hanya pada waktu petang sahaja iaitu petang Isnin, Selasa dan Rabu memandangkan pada hari Ahad 2 Mei adalah cuti. Namun begitu, kekangan tersebut tidak menghalang pasukan MSS Dungun untuk memberikan tentangan kepada pasukan-pasukan yang telah membuat persediaan yang cukup dan rapi seperti MSS Hulu Terengganu, MSS Kuala Terengganu Utara dan MSS Besut.

Kejohanan kali ini banyak memudahkan kontigen-kontigen dari seluruh negeri Terengganu memandangkan gelanggang kejohanan dan penginapan di tempat yang sama. Di padang SMK (A) Kuala Abang. Walaupun padangnya tidaklah begitu baik, namun ianya memuaskan hati semua yang menyertai.

Urusetia kejohanan yang di ketuai oleh Cikgu Jabar dan Cikgu Ansury banyak membantu dan melancarkan kejohanan pada tahun ini. Pihak MSS Dungun mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua petugas-petugas yang menjalan tugas dengan cemerlang. Saya selaku Pengerusi Teknik Bola Baling MSS Dungun begitu berbangga mempunyai rakan-rakan yang sanggup memberikan komitmen dalam menjalankan tugas yang agak berat ini dengan ikhlas. Sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Azhar, Cikgu Anuar, Cikgu Shaharin, Cikgu Saipolizan, Cikgu Izarman, Cikgu Nazmi dan ramai lagi senarainya. Semoga keikhlasan kalian dalam menjalankan tanggungjawab ini akan mendapat balasan dariNya.

Kejohanan Bola Baling 2010 kali ini dimulakan dengan perlawan antara MSS Hulu Terengganu bertemu dengan MSS Besut bagi kategori lelaki 18 tahun dan saya bersama Cikgu Jabar diberi tugas untuk mengadili pertemuan dua pasukan yang mempunyai reputasi yang hebat ini. MSS Hulu Terengganu selaku juara bertahan akan menentang pasukan MSS Besut yang terkenal dengan pencapaian yang tersendiri.

Laporan kejohanan ini akan saya masukkan selepas pulang menghantar anak sulung mendaftar ke Kolej Matrikulasi Perak di Gopeng. Setakat ini dulu. Jumpa lagi.

Sabtu

KEJOHANAN BOLA BALING MSS TERENGGANU 2010

KEJOHANAN BOLA BALING MSS TERENGGANU 2010
TARIKH: 6 - 8 MEI 2010
TEMPAT: SMK (A) KUALA ABANG, DUNGUN, TERENGGANU

PASUKAN MENGIKUT KATEGORI & KUMPULAN
KATEGORI: LELAKI 18 TAHUN

KUMP
KUMPULAN A
KUMP
KUMPULAN B
A1
MSS HULU TERENGGANU
B1
MSS KEMAMAN
A2
MSS BESUT
B2
MSS DUNGUN
A3
MSS KUALA TERENGGANU (U)
B3
MSS MARANG
A4
MSS KUALA TERENGGANU (S)
B4
MSS SETIU

KATEGORI: PEREMPUAN 18 TAHUN

KUMP
KUMPULAN C
KUMP
KUMPULAN D
C1
MSS KEMAMAN
D1
MSS BESUT
C2
MSS KUALA TERENGGANU (S)
D2
MSS MARANG
C3
MSS HULU TERENGGANU
D3
MSS DUNGUN
C4
MSS SETIU
D4
MSS KUALA TERENGGANU (U)

KATEGORI: LELAKI 12 TAHUN

KUMP
KUMPULAN P
KUMP
KUMPULAN Q
P1
MSS SETIU
Q1
MSS BESUT
P2
MSS KUALA TERENGGANU (U)
Q2
MSS HULU TERENGGGANU
P3
MSS DUNGUN
Q3
MSS MARANG
P4
MSS KUALA TERENGGANU (S)
Q4
MSS KEMAMAN

KATEGORI: PEREMPUAN 12 TAHUN

KUMP
KUMPULAN R
KUMP
KUMPULAN S
R1
MSS DUNGUN
S1
MSS BESUT
R2
MSS HULU TERENGGANU
S2
MSS SETIU
R3
MSS KUALA TERENGGANU (U)
S3
MSS KEMAMAN
R4
MSS MARANG
S4
MSS KUALA TERENGGANU (S)

6 APRIL 2010 (KHAMIS) – PETANG
PUSINGAN AWAL – 15 / 5 / 15 minit

No.
Masa
Perlawanan
Kat
Kump
Gel
1.                     
3.00 ptg
HTR (A1)    lwn    BST (A2)
L 18
A

2.                     
KTU (A3)    lwn    KTS (A4)
L 18
A

3.                     
KMN (B1)    lwn    DGN (B2)
L 18
B

4.                     
MRG (B3)    lwn    STU (B4)
L 18
B

5.                     
3.40 ptg
KMN (C1)    lwn    KTS (C2)
P 18
C

6.                     
HTR (C3)    lwn    STU (C4)
P 18
C

7.                     
BST (D1)    lwn   MRG (D2)
P 18
D

8.                     
DGN (D3)    lwn    KTU (D4)
P 18
D

9.                     
4.20 pg
STU (P1)    lwn    KTU (P2)
L 12
P

10.                  
DGN (P3)    lwn    KTS (P4)
L 12
P

11.                  
BST (Q1)    lwn    HTR (Q2)
L 12
Q

12.                  
MRG (Q3)    lwn    KMN (Q4)
L 12
Q

13.                  
5.00 pg
DGN (R1)    lwn    HTR (R2)
P 12
R

14.                  
KTU (R3)    lwn    MRG (R4)
P 12
R

15.                  
BST (S1)    lwn    STU (S2)
P 12
S

16.                  
KMN (S3)    lwn    KTS (S4)
P 12
S


7 APRIL 2010 (JUMAAT) – PAGI
PUSINGAN AWAL – 15 / 5 / 15 minit

No.
Masa
Perlawanan
Kat
Kump
Gel
17.                  
8.00 pg
KTS (C2)    lwn    HTR (C3)
P 18
C
A
18.                  
STU (C4)    lwn    KMN (C1)
P 18
C
B
19.                  
MRG (D2)    lwn    DGN (D3)
P 18
D
C
20.                  
KTU (D4)    lwn    BST (D1)
P 18
D
D
21.                  
8.40 pg
BST (A2)    lwn    KTU (A3)
L 18
A
A
22.                  
KTS (A4)    lwn    HTR (A1)
L 18
A
B
23.                  
DGN (B2)    lwn    MRG (B3)
L 18
B
C
24.                  
STU (B4)    lwn    KMN (B1)
L 18
B
D
25.                  
9.20 pg
HTR (R2)    lwn    KTU (R3)
P 12
R
A
26.                  
MRG (R4)    lwn    DGN (R1)
P 12
R
B
27.                  
STU (S2)    lwn    KMN (S3)
P 12
S
C
28.                  
KTS (S4)    lwn    BST (S1)
P 12
S
D
29.                  
10.00 pg
KTU (P2)    lwn    DGN (P3)
L 12
P
A
30.                  
KTS (P4)    lwn    STU (P1)
L 12
P
B
31.                  
HTR (Q2)    lwn    MRG (Q3)
L 12
Q
C
32.                  
KMN (Q4)    lwn    BST (Q1)
L 12
Q
D

7 APRIL 2010 (JUMAAT) – PETANG
PUSINGAN AWAL – 15 / 5 / 15 minit

No.
Masa
Perlawanan
Kat
Kump
Gel
33.                  
3.00 ptg
KMN (C1)    lwn    HTR (C3)
P 18
C
A
34.                  
KTS (C2)    lwn    STU (C4)
P 18
C
B
35.                  
BST (D1)    lwn    DGN (D3)
P 18
D
C
36.                  
MRG (D2)   lwn    KTU (D4)
P 18
D
D
37.                  
3.40 ptg
STU (P1)    lwn    DGN (P3)
L 12
P
A
38.                  
KTU (P2)    lwn    KTS (P4)
L 12
P
B
39.                  
BST (Q1)    lwn    MRG (Q3)
L 12
Q
C
40.                  
HTR (Q2)    lwn    KMN (Q4)
L 12
Q
D
41.                  
4.20 pg
DGN (R1)    lwn    KTU (R3)
P 12
R
A
42.                  
STU (R2)    lwn    MRG (R4)
P 12
R
B
43.                  
BST (S1)    lwn    KMN (S3)
P 12
S
C
44.                  
STU (S2)    lwn    KTS (R4)
P 12
S
D
45.                  
5.00 pg
HTR (A1)    lwn    KTU (A3)
L 18
A
A
46.                  
BST (A2)    lwn    KTS (A4)
L 18
A
B
47.                  
KMN (B1)    lwn    MRG (B3)
L 18
B
C
48.                  
DGN (B2)    lwn    STU (B4)
L 18
B
D

 8 APRIL 2010 (SABTU) – PAGI
PERINGKAT SEPARUH AKHIR – 20 / 10 / 10 minit

No.
Masa
Perlawanan
Kat
Kump
Gel
49.                  
8.00 pg
Johan Kump C    lwn    N/Johan Kump D
P 18

A
50.                  
Johan Kump D    lwn    N/Johan Kump C
P 18

B
51.                  
Johan Kump R    lwn    N/Johan Kump S
P 12

C
52.                  
Johan Kump S    lwn    N/Johan Kump R
P 12

D
53.                  
9.00 pg
Johan Kump A    lwn    N/Johan Kump B
L 18

A
54.                  
Johan Kump B    lwn    N/Johan Kump A
L 18

B
55.                  
Johan Kump P    lwn    N/Johan Kump Q
L 12

C
56.                  
Johan Kump Q    lwn    N/Johan Kump P
L 12

D

 8 APRIL 2010 (SABTU) – PETANG
PERLAWANAN AKHIR – 20 / 10 / 10 minit

No.
Masa
Perlawanan
Kat
Kump
Gel
57.                  
3.00 ptg
Pemenang No. 49    lwn    Pemenang No. 50
L 18

A
58.                  
Pemenang No. 51    lwn    Pemenang No. 52
P 18

B
59.                  
Pemenang No. 53    lwn    Pemenang No. 54
L 12

C
60.                  
Pemenang No. 55    lwn    Pemenang No. 56
P 12

D

Semoga kejohanan Bola Baling MSS Terengganu berlangsung dengan meriah daangat kesuan meningkatkan semangat kesukanan yang tinggi. Kejayaan kejohanan ini akan dapat membentuk pasukan MSS Terengganu yang mantap dan berjaya untuk menjuarai kejohanan Bola Baling MSS Malaysia 2010 nanti yang akan berlangsung di Kuantan pada bulan Jun nanti.

SELAMAT BERTANDING!...