Khamis

BERITA GEMBIRA UNTUK PEMAIN BOLA BALING

Beberapa hari yang lalu, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia telah membuat kenyataan yang amat-amat ditunggu oleh kebanyakan penggiat sukan dalam institusi pendidikan di negara ini. Kerajaan telah memutuskan untuk menambah dana untuk MSSM sebanyak RM89 juta untuk kegiatan ko-kurikulm di sekolah.
Keputusan ini amat membanggakan guru-guru yang begitu aktif dalam ko-kurikulum kerana keputusan ini akan memberikan peluang kepada mereka untuk meneruskan agenda melahirkan atlit untuk negara. Keputusan ini juga membolehkan beberapa jenis sukan yang tidak dimasukkan dalam takwin atau kalendar MSSM telah dimasukkan kembali termasuklah permainan Bola Baling.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga sewajarnya dilontarkan buat Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pelajaran Malaysia yang perihatin akan perkembangan sukan khususnya dalam institusi pendidikan di negara ini. Terima kasih.

Kepada pemain-pemain MSSM Terengganu yang telah menyertai latihan hujung minggu diharap akan meneruskan latihan dan meningkatkan kemahiran serta stamina untuk meneruskan kejayaan tahun-tahun yang lalu.

Tiada ulasan: