Rabu

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 1

1.    GELANGGANG PERMAINAN
1.1  Gelanggang permainan berbentuk empat segi tepat berukuran 40 m panjang dan 20 m lebar, mengandungi 2 kawasan gol dan kawasan permainan (Rujuk 1.4 dan peraturan 6). Garisan tepi yang panjang dikenali sebagai Garisan Tepi dan garisan yang pendek dikenali sebagai Garisan Gol. Garisan Gol terdiri daripada garisan di antara dua tiang gol (intel goal line) dan garisan kedua-dua belah tiang gol (outer goal line).

Gelanggang permainan mesti mempunyai zon keselamatan berukuran sekurang-kurangnya 1 m sepanjang garisan tepi dan 2 m sepanjang Garisan Gol.

Gelanggang permainan tidak boleh diubah yang mana akan memberikan keuntungan kepada mana-mana pasukan.

    1.2  Gol diletakkan di tengah-tengah Garisan Gol dan mestilah diletak kukuh di atas lantai atau dinding. 
    1. Keluasan ruang gol ialah 2 m tinggi dan 3 m lebar.
    2. Palang gol bersambung secara mendatar dengan tiang gol dan kedudukan bahagian depan tiang gol diletakkan di atas Garisan Gol.
    3. Tiang dan palang gol mestilah berbentuk segiempat sama berukuran 8 cm dan dicat dengan dua warna yang kontra daripada latar belakang. Biasanya warnayang digunakan ialah merah-putih atau hitam-putih.
    4. Gol mestilah dipasang dengan jaring supaya bola berada di dalam gol selepas gol dijaringkan.

    1.3  Semua garisan dikira sebagai kawasan permainan dan lebar atau tebal garisan ialah 5 cm kecuali garisan di antara dua tiang gol (intel goal line) ialah 8 cm. Garisan di antara dua tiang gol (intel goal line) boleh dicat dengan warna yang berbeza dengan  garisan lain.


    1.4  Kawasan di depan setiap gol dikenali sebagai Kawasan Gol.  
     
    1.5  Kawasan Gol diilingkungi oleh Garisan Kawasan Gol (Garisan 6 meter) yang ditanda seperti berikut:
    1. Satu garisan 3 meter dibuat selari dengan garisan gol berjejari 6 meter daripada setiap tiang gol.
    2. Dua suku bulatan yang berjejari 6 meter (diukur dari  bahagian dalam tiang gol). Kedua-dua suku bulatan itu disambungkan dengan garisan lurus 3 meteryang selari dengan garisan gol.
    1.6  Garisan Balingan Percuma (Garisan 9 meter) ialah garisan putus-putus yang dilukis 3 meter di luar Garisan Kawasan Gol (Garisan 6 meter). Setiap garisan putus-putus dan ruang antaranya berukuran 15 cm.

    1.7  Garisan 7 meter ialah berukuran 1 meter panjang dibuat di hadapan gol. selari dan berjarak 7 meter dari Garisan Gol.

    1.8  Garisan tengah disambung daripada titik tengah kedua-dua garisan tepi.

    1.9  Garisan Pertukaran Pemain (sebahagian dari garisan tepi) dibuat 4.5 meter ke kiri dan kanan daripada garisan tengah sepanjang 15 cm ke dalam dan luar garisan tepi.

      Tiada ulasan: