Selasa

MEMANASKAN BADAN DAN GERAK KENDUR

MEMANASKAN BADAN
1.  Memanaskan badan adalah aktiviti persediaan yang dilakukan oleh seseorang pemain yang menjalani latihan sukan atau latihan kecergasan. Dengan memanaskan badan akan membolehkan suhu darah dan otot meningkatkan fungsinya melalui :
  • otot akan menguncup dan mengendur dengan lebih pantas.
  • rintangan dalam otot akan menurun dan seterusnya meningkatkan kemampuan melakukan sesuatu aktiviti.
  • kenaikan suhu badan akan menyebabkan hemoglobin membebaskan oksigen dengan lebih cepat untuk kegunaan tisu-tisu otot.
  • kenaikan suhu juga akan menyebabkan myoglobin berfungsi dengan lebih berkesan dan mempertingkatkan aktiviti enzim.
  • rintangan dalam salur darah berkurangan dengan kenaikan suhu.
  • mengurangkan risiko kecederaan pada tisu-tisu lembut.
2.  Bagi menaikkan suhu badan, seseorang pemain perlu melakukan aktiviti selama lebih kurang 30 minit dengan intensiti senaman yang sesuai.

3.  Kesan ke atas seseorang pemain yang telah melakukan latihan memanaskan badan ialah ia akan berkemampuan melakukan kerja lebih kurang 45 hingga 80 minit. (Mengikut pendapat Herbert A de Vires)

Jenis Memanaskan badan

1.  Memanaskan badan secara aktif (aktiviti yang dilakukan sendiri)
2.  Memanaskan badan secara pasif (aktiviti yang dijalankan dengan bantuan alat atau pihak lain).

1.  Memanaskan badan secara am (untuk meningkatkan suhu badan). Contoh : Lari anak, lari setempat
2.  Memanaskan badan secara spesifik (aktiviti yang dilakukan khusus untuk sesuatu latihan) Contoh : Regangan Statik dan Regangan Dinamik

Prinsip-prinsip memanaskan badan

  1. Memanaskan badan secara am atau untuk meningkatkan suhu badan atau otot serta darah dapat meningkatkan pencapaian seseorang pemain.
  2. Aktiviti yang disusun sebaik-baiknya dikaitkan dengan sukan yang dimainkan supaya penguasaan kemahiran asas dapat dipertingkatkan.
  3. Latihan memanaskan badan boleh dijalankan secara pasif jika aktiviti aktif tidak dapat diadakan.
  4. Aktiviti memanaskan badan boleh mencegah kelesuan dan kecederaan otot semasa bermain.
  5. Prosedur memanaskan badan hendaklah tersusun dan bersesuaian dengan individu melaksanakan.
  6. Latihan memanaskan badan yang dilaksanakan secara lebihan beban akan menyebabkan kesan positif kepada koordinasi neuro-muscular.
REGANGAN OTOT-OTOT SPESIFIK
  1.  Otot-otot utama yang akan digunakan dalam permainan hoki harus diregangkan.
  2. Pemain harus menahan setiap regangan selama 10 hingga 12 saat dan ulang aktivti ini.
LATIHAN GERAKENDUR / WARM DOWN
  1. Latihan gerakendur ialah latihan yang dijalankan selepas seseorang pemain menjalani sesuatu latihan atau permainan.
  2. Latihan gerakendur adalah bertujuan untuk menghindarkan darah dari terkumpul di bahagian-bahagain anggota yang tertentu.
  3. Antara aktiviti gerakendur yang dilakukan selepas menjalani latihan ialah perlahankan aktiviti kepada intensiti rendah. Contoh :-
  • Lari anak
  • Berjalan
  • Regangan otot pada intensiti sederhana.
  • Regangan statik (dari bawah ke atas)

Tiada ulasan: