Rabu

KEJOHANAN BOLA BALING MSSM 2010

Buat pengetahuan semua, memandangkan keadaan ekonomi meleset, kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia yang kurang maka Kejohanan Bola Baling MSSM 2010 tidak dipertandingkan kali ini.

Sayang sekali bagi MSSM Terengganu kerana bola baling tidak dipertandingkan pada Kejohanan MSSM tahun 2010 nanti kerana perancangan rapi yang telah dibuat untuk mempertahankan kejuaraan buat kali yang ke-empat tidak kesampaian. Bakat-bakat baru telahpun dikenalpasti dan dipilih telahpun menampakkan kejayaan yang bakal dikecapi.

Harapan kami agar MSSM mengkaji semula penyertaan bola baling di peringkat MSSM 2010 nanti agar dapat memberikan ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar untuk menyertai dalam permainan bola baling .

Kepada pemain-pemain yang telah menjalani pemilihan dan latihan hujung minggu, ucapan terima kasih atas komitmen yang telah kalian tunjukkan. Sama-samalah kita berdoa agar bola baling disenaraikan kembali dalam Kejohanan MSSM 2010 nanti.

Sabtu

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 18

18.    PENJAGA MASA DAN PENCATAT
18.1  Penjaga Masa bertanggungjawab terhadap masa permainan, masa hentian 'Time Out' dan penggantungan pemain.
  1. Pencatat bertanggungjawab kepada senarai nama pendaftran pasukan, borang keputusan markah, pertukaran pemain dan kemasukan pemain.
  2. Sekiranya berlaku gangguan masa bermain, penjaga masa bertanggungjawab memberitahu pegawai pasukan tentang lama masa berlangsung dari jumlah masa yang tinggal.
  3. Penjaga masa memberitahu pemain yang digantung tentang masa penggantungan telah tamat.
  4. Penjaga masa sahaja yang boleh memberhentikan permainan sekiranya perlu.
18.2  Sekiranya tiada jama dari 'scoreboard' secara automatik, penjaga masa bertanggungjawab memberi isyarat menandakan tama separuh masa dan tamat permainan.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 17

17.    PENGADIL
17.1  Dua orang referi atau pengadil yang mempunyai kuasa yang sama harus bertugas untuk setiap pertandingan. Mereka dibantu oleh penjaga masa dan pencatat.



17.2  Referi atau pengadil mengawasi tingkah laku pemain dari mula masuk gelanggang sehingga meninggalkan gelanggang.

17.3  Referi atau pengadil bertanggungjawab untuk memeriksa gelanggang permainan, tiang gol dan bola sebelum permainan dimulakan. Keputusan penggunaan bola bergantung kepada undang-undang 1 dan 3.1.
  1. Referi atau pengadil juga memastikan kedua-dua pasukan memakai pakaian seragam. 
  2. Memeriksa kertas pencatat dan peralatan pemain. 
  3. Mereka mempastikan jumlah pemain dan pegawai pada tempat bangku pemain gantian. 
  4. Mereka hendaklah memaklumkan kehadiran pegawai pasukan. 
  5. Segala kesilapan mestilah diperbetulkan (Peraturan 4.1 - 4.2 dan 4.7 - 4.9)
17.4  Lambungan syiling dilakukan oleh salah seorang referi atau pengadil dengan kehadiran seorang lagi referi dan kedua-dua ketua pasukan.

17.5  Semasa permulaan permainan seorang referi akan mengambil tempat sebagai pengadil gelanggang di belakang pasukan yang membuat balingan permulaan.
  1. Pengadil gelanggang akan memulakan permainan dengan isyarat wisel untuk balingan permulaan. (Peraturan 10.3)
  2. Bila berlaku serangan balas, referi gelanggang akan menjadi referi gol dan berada di belakang garisan gol.
  3. Referi yang seorang lagi, yang sebelumnya menjadi referi gol gol akan menjadi referi gelanggang.
  4. Referi atau pengadil mestilah menukar kedudukan dari semasa ke semasa di dalam permainan.
17.6  Pada dasarnya keseluruhan permainan harus diadili oleh referi atau pengadil yang sama.
  1. Adalah menjadi tanggungjawab untuk mempastikan pertandingan berjalan mengikut undang-undang. Hukuman harus diberi pada mana-mana kesalahan. (Rujuk peraturan 13.2 dan 14.2)
  2. Sekiranya seorang referi atau pengadil tidak dapat meneruskan pengadilan, pasangannya akan meneruskan pengadilan seorang diri. (Untuk IHF dan kejihanan tempatan, keadaan ini diuruskan bergantung peruntukan undang-undang)
17.7  Sekiranya referi atau pengadil meniup wisel untuk sesuatu kesalahan serentak tetapi mempunyai hukuman berbeza, maka hukuman yang lebih berat harus digunakan daripada hukuman yang diberi.

17.8  Sekiranya pengadil meniup wisel pada waktu yang sama atau bola keluar gelanggang, referi atau pengadil mempunyai pandangan berbeza pasukan mana yang akan mengambil bola, maka perbincangan boleh dilakukan. Sekiranya perbincangan tidak dapat keputusan muktamad, referi atau pengadil gelanggang akan menentukan keputusan.

17.9  Kedua-dua referi atau pengadil bertanggungjawab menyimpan keputusan jaringan. Mereka juga membuat catatan berkaitan amaran, penggantungan, penyingkiran dan pembatalan.

17.10 Kedua-dua pengadil bertanggungjawab mengawal masa permainan. Sekiranya ada pertikaian ketepatan masa oleh penjaga masa, referi atau pengadil akan membuat perbincangan. (Peraturan 2.3)

17.11 Referi atau pengadil bertanggungjawab untuk memastikan pencatat mengisi borang pencatat dengan betul.
  1. Pembatalan (Peraturan 16.11) dan Penyingkiran seperti undang-undang 16.8 perenggan 4 mestilah dilaporkan dalam laporan pengadil.
17.12 Keputusan yang dibuat oleh referi atau pengadil berpandukan pemerhatian kepada fakta atau keputusan referi atau pengadil adalah muktamad.
  1. Rayuan boleh dikemukakan hanya kepada keputusan yang tidak termaktub dalam undang-undang.
  2. Semasa permainan hanya pegawai pasukan bertanggungjawab berhak untuk memanggil pengadil.
17.13 Referi atau pengadil mempunyai hak untuk menggantung permainan sementara atau tetap.
  1. Referi atau pengadil harus berusaha untuk menyambung kembali perlawanan sebelum memberhentikan permainan secara tetap.
17.14 Pakaian seragam hitam adalah keutamaan.

Jumaat

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 16

16.    HUKUMAN-HUKUMAN
16.1  AMARAN
  1. BOLEH diberikan kepada perkara-perkara yang melibatkan kekasaran terhadap pihak lawan, tidak termasuk kepada kategori hukuman berturutan, perkara 8.3
  2. MESTI diberikan apabila:
  • melakukan kekasaran yang agresif
  • kekasaran semasa melakukan halangan.
  • tidak mempunyai semangat kesukanan oleh pemain atau pegawai.
      3. Seorang pemain TIDAK BOLEH diberikan lebih daripada 1 (satu) KAD KUNING.
      4. Pemain yang telah diberikan 2 minit penggantungan TIDAK BOLEH diberikan KAD KUNING berikutnya.
      5. Seorang pegawai hanya diberi sekali sahaja KAD KUNING.

16.2   Referi atau pengadil akan menunjukkan KAD KUNING kepada pemain atau pegawai dan penjaga masa atau pencatat untuk dibuat catatan. (Ukuran kad 9 cm  x  12 cm)

16.3   PENGGANTUNGAN
          Penggantungan MESTI diberikan:
  1. Kesalahan pertukaran pemain (Peraturan 4.5 - 4.6)
  2. Melakukan kesalahan yang berulang (Peraturan 8.3)
  3. Melakukan sikap tidak bersemangat kesukanan oleh pemain di dalam atau di luar gelanggang. (Peraturan 8.4)
  4. Kesalahan kali kedua oleh pegawai (Peraturan 16.1.4 dan 8.4)
  5. Tidak meletakkan bola dengan serta merta apabila berlaku kesalahan (Peraturan 13.5)
  6. Mengganggu pihak lawan semasa balingan dilakukan (Peraturan 15.7).
  7. Kesalahan oleh pemain atau pegawai yang tidak layak menyertai permainan - Tambahan 2 minit lagi (Peraturan 16.3)
  8. Tiada semangat kesukanan oleh pemain (Peraturan 16.12)
16.4   Menunjukkan tanda penggantungan selepas memberhentikan masa permainan (Isyarat No. 14)

16.5   Masa penggantungan adalah 2 minit.
  1. Penggantungan kali ketiga pada pemain yang sama, hukumannya disingkir (KAD MERAH).
  2. Sepanjang masa penggantungan, tiada pemain lain boleh menggantikannya.
  3. Memulakan masa penggantungan dengan wisel.
  4. Penggantungan 2 minit akan dibawa ke seperauh masa kedua. jika masa masa penggantungan belum tamat.
  5. Penggantungan 4 minit (2 minit, 2 minit). Keadaan ini boleh dikenakan kepada pemain apabila seseorang pemain melakukan kesalahanberulang kali selepas dikenakan gantungan 2 minit / melakukan keselahan selepas tamat masa gantungan 2 minit seperti salah masuk, maka pemain ini digantung 2 minit lagi (Peraturan 16.12)
16.6   PENYINGKIRAN (KAD MERAH)
          BOLEH diberikan kepada:
  1. Pemain yang tidak didaftarkan dalam pemainan itu.
  2. Kesalahan kali ketiga oleh pegawai yang melakukan kesalahan tiada semangat kesukanan atau selepas pegawai lain telah menerima hukuman penggantungan 2 minit.
  3. Membahayakan pihak lawan.
  4. Menunjukkan tiada semangat kesukanan yang serius oleh pemain atau pegawai pasukan sama ada di dalam atau diluar gelanggang.
  5. Menyerang di luar masa bermain, sebelum bermain atau semasa pertukaran gelanggang (Peraturan 8.7, 16.13.2 dan 16.13.4)
  6. Kerana penggantungan kali ketiga (Peraturan 16.5.1)
  7. Menyerang oleh pegawai pasukan (Peraturan 8.7)
  8. Mengulangi sikap tiada semangat kesukanan oleh pemain atau pegawai pasukan semasa pertukran gelanggang.
16.7   Referi atau pengadil menunjukkan KAD MERAH selepas memberhentikan permainan. Dihalakan kepada penjaga masa dan pencatat.

16.8   Pemain atau pegawai pasukan yang telah disingkirkan, pasukannya MESTI berkurangan seorang pemain (mengeluarkan seorang pemain) sehingga masa penggantungan selama 2 minit tamat. Selepas tamat masa penggantungan, bolehlah menambah kembali jumlah pemain. Masa penggantungan boleh ditambah 2 minit lagi sekiranya pegawai atau pemain melakukan kesalahan tiad semangat kesukanan.

16.9   PEMBATALAN
          BOLEH diberikan:
  1. Pemain melakukan kesalahan yang berat semasa permainan.
16.10  Referi atau pengadil akan menunjukkan isyarat No. 15 selepas memeberhentikan masa permainan.

16.11  Pemain yang dibatalkan hendaklah beredar dari kawasan gelanggang dan tempat pemain gantian dan TIDAK DAFTARKAN terus bersama pasukannya untuk keseluruhan kejohanan.

Khamis

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 15

15.     BALINGAN-BALINGAN
15.1   Bola hendaklah berada pada tangan si pembaling sebelum balingan dilakukan.



15.2   Semasa melakukan balingan permulaan, balingan ke dalam, balingan percuma atau balingan 7 meter, si pembaling hendaklah memastikan sebelah kaki hendaklah memijak lantai atau gelanggang dan sebelah kaki lagi boleh diangkat dan diletakkannya beriulang-ulang.

15.3   Referi dimestikan meniup wisel untuk memulakan:
  1. Balingan permulaan dan balingan 7 meter.
  2. Balingan ke dalam, balingan gol atau balingan percuma:
          -  selepas 'Time Out'
          -  memulakan balingan percuma peraturan 13.4
          -  selepas membetulkan kedudukan pemain.
          -  selepas amaran / hukuman diberi.
Nota: 
Selepas tiupan wisel, balingan hendaklah dilakukan dalam masa 3 saat.

15.4   Balingan dikira selepas bola melepas tangan si pembaling.
  1. TIDAK DIBENARKAN menyerah bola kepada pemain sepasukan semasa balingan hendak dibuat (serahan darin tangan ke tangan)
15.5   Pembaling tidak boleh menyentuh bola sebelum disentuh oleh pemain lain atau bahagian gol.

15.6   Jaringan gol boleh dibuat dari mana-mana arah kecuali (Peraturan 12.2) jaringan sendiri oleh penjaga gol.

15.7   Kedudukan pemain pertahanan yang salah semasa balingan permulaan, balingan ke dalam atau balingan percuma tidak perlu diperbetulkan oleh referi atau pengadil. Jika pemain penyerang berada dalam kedudukan yang akan menguntungkan maka kedudukan tersebut perlu diperbetulkan.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 14

14.    BALINGAN 7 METER
14.1  Balingan 7 meter akan diberi apabila:
  1. Peluang menjaringkan gol dimusnahkan oleh pemain atau pegawai pihak lawan.
  2. Gangguan wisel daripada luar semasa penyerang hendak menjaringkan gol.
  3. Gangguan daripada luar (penonton masuk gelanggang)
14.2   Jika pemain penyerang dapat mengawal bola dengan badan walaupun berlaku kesalahan, balingan 7 meter tidak perlu diberikan.

14.3   Semasa balingan 7 meter hendak dilakukan, permainan hendaklah diberhentikan (isyarat 'Time Out' diberikan)

14.4   Balingan 7 meter hendaklah dibaling ke arah gol selepas 3 saat wisel dibunyikan.

14.5   Pemain yang membuat balingan 7 meter tidak boleh memijak atau melintasi garisan 1 meter (garisan had balingan 7 meter) sebelum balingan dilakukan.

14.6   Setelah bola dibaling, bola tersebut TIDAK DIBENARKAN disentuh oleh mana-mana pemain sehingga ianya disentuh oleh penjaga gol atau terkena bahagian gol.

14.7   Semua pemain  TIDAK DIBENARKAN berada di dalam kawasan balingan percuma (kawasan 9 meter) semasa balingan 7 meter dilakukan kecuali pembaling 7 meter.
  1. Jika pihak penyerang melintasi garisan balingan percuma (garisan 9 meter) sebelum bola dilepaskan dari tangan pembaling 7 meter, balingan percuma akan diberikan kepada pihak bertahan.
14.8   Jika pemain pertahanan memasuki kawasan balingan percuma (garisan 9 meter) semasa balingan 7 meter dibuat, balingan akan diulang semula jika tidak gol dan jika gol, jaringan akan terus disahkan sebagai gol.

14.9   Jika penjaga gol melintasi garisan sempadan 4 meter sebelum bola dilepaskan pembaling 7 meter, balingan 7 meter akan diulang semula jika tidak gol dan dikirakan jaringan jika masuk gol.

14.10  Pertukaran penjaga gol TIDAK DIBENARKAN setelah pembaling sedia membuat balingan 7 meter. Sebarang percubaan untuk membuat pertukaran akan diberikan hukuman 16.1(4) dan 16.3(3).


Situasi balingan 7 meter dilakukan


Aksi pembaling melakukan balingan 7 meter



Penjaga gol mengawal gawangnya ketika balingan 7 meter


Kedudukan pemain-pemain ketika balingan 7 meter dilakukan





Rabu

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 13

13.    BALINGAN PERCUMA
13.1  Referi atau pengadil akan memberhentikan permainan atas kesalahan yang dilakukan oleh:
  1. Pasukan yang memegang boal (Peraturan 4:23)
  2. Pasukan bertahan.
13.2   Referi atau pengadil boleh meneruskan permainan tanpa memberikan balingan percuma:
  1. Peraturan 13:1(1) - Pasukan bertahan mengawal bola selepas berlaku kesalahan.
  2. Peraturan 13:1(2) - Referi atau pengadil tidak akan memberhentikan perlawanan sehingga pasukan menyerang hilang kawalan bola atau seandainya tidak dapat meneruskan serangan disebabkan kesalahan yang dilakukan oleh pihakbertahan. (keuntungan / Advantange rule)
Hukuman Individu
Referi atau pengadil akan memberikan hukuman kepada pemain yang melakukan kesalahan selepas satu kelebihan diberikan kepada pasukan menyerang. peraturan 13:2 tidak diguna pakai jika berlaku peraturan 4:2-3 atau 4:5-6 (Kesalahan pegawai dan pertukaran pemain).

13.3   Kesalahan 13.1 (1-2) berlaku semasa bola diluar permainan, pemainan akan dimulakan dengan keadaan yang sepatutnya.

13.4   Balingan percuma akan diberikan walaupun tanpa berlaku kesalahan undang-undang:
  1. Pasukan yang sedang mengawal bola akan membuat balingan percuma.
  2. Jika kedua-dua tidak mengawal bola, pasukan akhir yang mengawal bola akan memdapat balinga percuma.
  3. Jika perlawanan di dalam dewan, bola terkena siling atau lain-lain, pasukan lawan akan membuat balingan percuma.
  4. Peraturan 13.2 tidak diguna pakai dalam situasi 13.4
13.5   Jika kesalahan berlaku pemain hendaklah meletakkan bola serta merta selepas wisel referi dibunyikan.

13.6   Balingan percuma boleh diambil tanpa tiupan wisel referi kecuali peraturan 15.3 (Balingan 7 meter / permulaan)
  1. Peraturan 13.4 (1, 2 dan 3) balingan percuma hendaklah dibuat selepas tiupan wisel.
  2. Jika terdapat gangguan dari pegawai teknikal atau penjaga masa disebabkan kesalahan yang dilakukan oleh pegawai atau pemain pasukan bertahan, balingan percuma akan diambil oleh pihak lawan di tempat di mana berlakuknya kesalahan selepas tiupan wisel oleh referi. Kesalahan 4.2.3,  4.5.6 dan 7.10 boleh diguna pakai peraturan di atas.
  3. Semua balingan percuma tidak boleh diambil di dalam kawasan gol atau kawasan 9 meter pasukan lawan (mesti dibawa keluar garisan 9 meter). Semasa balingan percuma diambil, pihak lawan hendaklah berada pada jarak tidak kurang dari 3 meter.
13.7   Pemain yang akan membuat balingan percuma tidak boleh meletakkan dan mengambil semula bola atau melantun bola.

13.8   Pemain penyerang tidak boleh menyentuh atau memasuki kawasan balingan percuma (kawasan 9 meter) sebelum balingan percuma diambil atau dilakukan.
  1. Referi atau pengadil hendaklah membetulkan kedudukan pemain yang berada di kawasan balingan percuma (kawasan 9 meter).
  2. Balingan ini hendaklah dimulakan selepas tiupan wisel. Jika kesalahan yang sama dilakukan sebelum bola dilepaskan, balingan percuma akan diberikan kepada pihak lawan.
13.9   Pemian bertahan mestilah berada pada jarak 3 meter semasa balingan percuma dilakukan oleh pihak penyerang.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 12

12.    BALINGAN GOL
12.1  Balingan gol diberikan bila penjaga gol mengawal bola dalam kawasannya atau bila keseluruhan bola melepasi garisan gol selepas disentuh kali terakhir oleh penjaga gol atau pemain lawan.
  • Ini bermakna, dalam kedua-dua situasi ini, bola dianggap sebagai di luar permainan. (Peraturan 13:3 boleh digunakan jika terdapat kesalahan di pihak pasukan penjaga gol selepas balingan gol diberikan dan sebelum ianya dilakukan)
12.2  Balingan gol diambil oleh penjaga gol, tanpa menunggu tiupan wisel referi atau pengadil dari kawasannya selepas melepasi garisan kawasan gol sendiri.
  • Balingan gol dianggap telah diambil bila bola yang dibaling telah melepasi garisan gol (garisan 6 meter).
  • Pemain dari pasukan lawan dibenarkan berada di luar garisan gol (garisan 6 meter) tetapi tidak boleh menyentuh bola sehingga bola melepasi garisan penjaga gol.

Selasa

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 11

11.   BALINGAN KE DALAM
(Apabila keseluruhan bola melepasi garisan tepi di atas tanah atau di udara atau garisan gol setelah disentuhi oleh pemain yang bertahan kecuali penjaga gol)

11.1  Balingan ke dalam diberikan apabila keseluruhan bola melepasi garisan tepi atau bila pemain gelanggang yang bertahan adalah orang terakhir menyentuh sehingga bola melepasi garisan gol.

11.2  Balingan ke dalam diambil tanpa menunggu tiupan wisel referi atau pengadil oleh pasukan lawan yang menyentuh bola sebelum bola melepasi garisan.

11.3  Balingan ke dalam hendaklah dibuat di tempat bola itu keluar dari garisan tepi.
  • Jika melepasi garisan gol, balingan ke dalam di sudut dibuat di sebelah mana bola keluar.
11.4  Pembaling mesti memijak garisan tepi gelanggang sehingga bola dilepaskan. Pembaling TIDAK DIBENARKAN meletakan bola di atas gelanggang dan mengambilnya semula atau melantun atau menangkap semula.

11.5  Semasa balingan ke dalam, jarak pemain pasukan lawan mesti berada tidak kurang 3 meter daripada pemain yang membuat balingan. tetapi pemain lawan dibenarkan berada di luar kawasan garisan gol kurang 3 meter ketika balingan ke dalam berada dalam kawasan 9 meter.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 10

10.    BALINGAN PERMULAAN
10.1  Untuk memulakan permainan, balingan permulaan akan dilakukan:
  1. Oleh pasukan yang memenangi lambungan syiling atau undian dan memilih untuk memulakan permainan.
  2. Pihak lawan berhak untuk memilih gelanggang
  • Melainkan jika pasukan yang menang lambungan syiling memilih gelanggang (maka pihak lawan mengambil balingan permulaan)
  • Pasukan akan bertukar tempat pada separuh masa kedua. Balingan permulaan dibuat oleh pasukan yang tidak mengambil balingan permulaan pada masa pertama.
  • Lambungan syiling dilakukan pada setiap masa tambahan.
10.2  Selepas jaringan dilakukan: Balingan permulaan akan dilakukan oleh pasukan yang kena gol.

10.3  Balingan permulaan diambil dari tengah gelanggang (1.5 meter dari tengah) kawasan permainan dengan sebelah kaki di atas garisan tengah dan balingan dilakukan ke mana-mana arah dikehendaki.
  1. Balingan permulaan dilakukan dalam masa 3 saat selepas pengadil membunyikan wisel.
  2. Pemain yang mengambil balingan permulaan mesti memijak garisan tengah dengan sebelah kaki sehingga bola dilepaskan.
  • Rakan pasukan pembaling tidak boleh melepasi garisan tengah sebelum wisel berbunyi.
10.4  Untuk membuat balingan permulaan pada setiap separuh masa (termasuk masa tambahan) semua pemain mesti berada di kawasan masing-masing.
  • Walau bagaimanapun, balingan permulaan selepas jaringan gol dilakukan, pihak lawan (pihak yang menjaring) dibenarkan berada di kedua-dua belah gelanggang. (Selepas satu jaringan, pasukan bertahan boleh berada di kedua-dua kawasan).
  • Dalam kedua-dua keadaan, pihak lawan mesti berada sekurang-kurangnya 3 meter dari pemain yang membuat balingan permulaan.
Nota:
Balingan permulaan dilakukan apabila:
  1. Memulakan permainan / perlawanan.
  2. Selepas jaringan gol.
  3. Selepas separuh masa ke dua bermula.

Isnin

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 9

9.    JARINGAN
9.1  Gol dikira apabila keseluruhan bola melintasi garisan gol tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh pembaling atau rakannya sebelum atau semasa balingan dibuat. (Gol tetap dikira sekiranya pertahanan melakukan kesalahan)

9.2  Jaringan TIDAK AKAN DIKIRA jika referi atau penjaga masa telah meniupkan wisel sebelum keseluruhan bola melintasi garisan dalam. (Referi mesti memastikan jaringan yang telah dibuat dengan mengesahkan jaringan itu sebelum balingan permulaan dibuat)

9.3  Pasukan yang menjaringkan lebih gol dikira pememang. jaringan yang sama dikira seri.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 8

8.    KESALAHAN-KESALAHAN TIADA SEMANGAT KESUKANAN
8.1  Dibenarkan:
  1. menggunakan tangan atau lengan untuk menghalang atau mendapatkan bola.
  2. menggunakan telapak tangan untuk mendapatkan bola dari pihak lawan dari mana-mana arah.
  3. menggunakan badan untuk menghalang pihak lawan walaupun tanpa bola.
  4. sentuhan badan dengan pihak lawan apabila berhadapan dengannya dengan tangan rapat ke dada (bent arms) dan kekalkan situasi ini untuk mengawal dan mengikut pihak lawan.



8.2  Tidak Dibenarkan:
  1. menarik atau memukul bola dari tangan pihak lawan.
  2. mermpuh, memegang, menolak, berlari dan melompat ke arah pihak lawan.
  3. melompat dan berlari ke arah pihak lawan atau memukul atau menakut-nakutkan pihak lawan dengan apa cara sekalipun.
8.3  Kekasaran yang ditunjukkan terus kepada penyerang dan bukan kepada bola mestilah dikenakan hukuman yang setimpal seperti balingan 7 meter atau balingan percuma.

8.4  Kurangnya semangat kesukanan seperti mengeluarkan isyarat atau bahasa lucah keterlaluan mestilah dihukum. Tertakluk kepada semua pemain dan pegawai di dalam atau luar gelanggang . Hukuman boleh juga dikenakan kepada pegawai pasukan.

8.5  Pemain yang membahayakan pihak lawan semasa pihak lawan menyerang mesti dikenakan Kad Merah  sekiranya:
  1. menarik tangan pemain yang sedang membaling bola sama ada dari sisi atau belakang.
  2. memaut leher pihak lawan.
  3. menyepak atau menendang pihak lawan dengan lutut atau kaki.
  4. menolak pihak lawan ketika sedang melompat atau berlari atau menyerang dengan pelbagai cara sehingga pihak lawan hilang kawalan. juga digunapakai bila penjaga gol meninggalkan kawasan gol.
  5. membaling bola ke arah muka atau kepada pertahanan dengan sengaja semasa balingan percuma diambil atau permain pertahanan dalam keadaan statik atau membaling kepada penjaga gol ketika balingan 7 meter diambil atau penjaga gol dalam keadaan statik.
 
 Kesalahan permain pertahanan memaut leher dan menarik tangan pemain penyerang.



Kesalahan menolak pihak lawan ketika sedang melompat, berlari atau menyerang.


8.6  Tiada semangat kesukanan yang tinggi dari pemain atau pegawai boleh dikenakan Kad Merah.

8.7  Pemain yang melakukan kesalahan yang kasar / keras semasa permainan, boleh disingkirkan. Kesalahan yang dilakukan di luar masa permainan boleh dikenakan 'Singkiran'.

8.8  Balingan 7 meter diberikan apabila peluang menjaringkan gol dimusnahkan

Jumaat

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 7

7.    MEMAINKAN BOLA DAN PERMAINAN PASIF

       MEMAINKAN BOLA
7.1  Seseorang pemain dibenarkan:
  • membaling, menangkap, menahan, menolak, memukul bola dengan menggunakan tangan (tangan terbuka / gemgam), lengan, kepala, badan. peha dan lutut.
7.2  Memegang bola pada jangkamasa 3 saat.

7.2  Mengambil 3 langkah bersama bola. Langkah pertama dikira:
  • Pemain berdiri 2 kaki di atas lantai dan kemuudian mengangkat sebelah kaki dan meletakkannya kembali atau mengubah sebelah kaki ke tempat lain.
  • Pemain berdiri sebelah kaki untuk menangkap bola kemudian menjatuhkan sebelah kaki lagi ke lantai.
  • melompat dengan 1 kaki dan kemudian mendarat lalu melompat dengan kaki yang sama atau dengan kaki yang berlainan.
  • Mendarat dengan 2 kaki kemudian mengangkat kaki dan meletakkannya semula atau menggerakkan sebelah kaki ke tempat lain.
Nota:
Dikira 1 langkah apabila sebelah kaki diubah / bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dan sebelah kaki lagi diheret ke kaki yang pertama.

7.4  Semasa berdiri atau berlari:
  • melantun bola dan menangkap semula dengan satu atau dua tangan.
  • melantun bola beruilang-ulang dengan sebelah tangan (dribble) atau menggolek bola secara berulang dengan sebelah tangan kemudian menangkapnya atau mengambil semula dengan sebelah atau kedua-dua belah tangan.
  • apabila bola telah dipegang dengan sebelah atau kedua-dua belah tangan ia mesti dimainkan dalam masa 3 saat atau tidak lebih dari 3 langkah (13.1a)
  • melantun atau menggelecek bola dikira apabila pemain menyentuh dengan mana-mana bahagian badan dan menyentuh lantai.
  • selepas bola terkena pemain lain atau tiang gol, pemain dibenarkan menampan atan melantun dan menangkap kembali.
7.5  Menghantar bola dari tangan ke tangan tanpa menghilangkan perhubungan pada masa itu.

7.6  Dibenarkan menghantar bola dengan keadaan berlutut, duduk atau baring di tanah.

Pemain Tidak Dibenarkan:

7.7  menyentuh bola lebih dari sekali kecuali terkenan tanah (lantun), pemain lain atau tiang gol.
  • "Fumbling the ball is not penalized" tiada hukuman.
  • Kegagalan pemain mengawal bola semasa cuba menangkap atau menahan bola tidak akan dihukum.
  • Sekiranya bola telah atau dalam kawalan, pemain tidak boleh menyentuh bola. 
7.8  Menyentuh bola di bahagian kaki di bawah lutut atau kaki atau dibaling dengan sengaja oleh pihak lawan.

7.9  Permainan diteruskan sekiranya bola terkena referi di dalam gelanggang.

       PERMAINAN PASIF

7.10 Tidak dibenarkan menyimpan bola terlalu lama tanpa membuat sebarang serangan atau cuban untuk membuat jaringan dan dikira sebagai pemainan pasif.
  • Balingan percuma diberikan kepada pihak lawan di mana bola itu berhenti semasa referi meniup wisel.
7.11 Sekiranya permainan pasif telah dikesan, isyarat tangan (No. 18) hendaklah ditunjukkan. Ini adalah untuk memberikan peluang pasukan menyerang mengubah corak permainan.
  • Sekiranya permainan tidak berubah, balingan percuma diberikan kepada pihak lawan.
  • Walau bagaimanapun balingan percuma untuk permainan pasif diberi kepada pihak lawan walaupun tiada amaran awal diberi oleh referi / pengadil.
  • Contoh: Pemain tidak membuat cubaan untuk menjaring walaupun ada peluang untuk melakukan jaringan.
Situasi Permainan Pasif
  • Apabila mereka menang - tiada usaha untuk melakukan serangan.
  • Apabila ada permain yang digantung.
  • Pertahanan terlalu ketat dan tidak dapat menyerang.
  • Bermain di tengah-tengah gelanggang.
  • Ketika pergantian dilakukan.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 6

6.    KAWASAN GOL
6.1  Hanya penjaga gol sahaja dibenarkan masuk / berada dalam kawasan gol.
  • Kawasan gol termasuk Garisan Gol. Pemain gelanggang tidak dibenarkan menyentuh kawasan gol dan juga Garisan Gol (Garisan 6 meter) dengan sebarang bahagian badan.
6.2  Pemain gelanggang memasuki kawasan gol, hukuman adalah seperti berikut:
  • Balingan Percuma - apabila pemain masuk dengan membawa bola.
  • Balingan Percuma - pemain gelanggang masuk tanpa bola tetapi memberikan keuntungan kepada pasukannya.
  • Balingan 7 meter - pemain gelanggang (pasukan bertahan) memasuki kawasan gol dengan tujuan memusnahkan peluang lawan menjaringkan gol.
6.3  Pemain gelanggang masuk kawasan gol tidak dihukum jika:
  • masuk selepas memainkan bola dan tidak menimbulkan kerugian kepada pihak lawan.
  • masuk kawasan gol tetapi tidak memberikan keuntungan kepada pasukannya.
  • masuk kawasan gol kerana cuba bertahan dan tidak memeberikan kerugian kepada pasukan lawan.
6.4  Bola dalam kawasan gol adalah hak penjaga gol. Pemain gelanggang tidak dibenarkan menyentuh bola dalam keadaan:
  • bola berhenti di kawasan gol.
  • bola bergolek di kawasan gol.
  • sedang dipegang oleh penjaga gol.
  • dibenarkan menyentuh / memainkan jika bola di udara kecuali balingan gol sedang dilakukan.  
6.5  Pengjaga gol boleh memainkan bola apabila bola masuk kawasan setelah balingan gol.

6.6  Permainan diteruskan jika keadaan mempertahankan bola, bola terkena pemain pertahanan dan masuk ke kawasan golnya sendiri.

6.7  Jika pemain sengaja memainkan bola masuk ke dalam kawasan gol sendiri, hukumnya:
  • Gol - jika bola masuk ke dalam gol.
  • Balingan Percuma - jika bola berhenti dalam kawasan gol atau disentuh Penjaga Gol dan tidak masuk kedalam gol.
  • Balingan ke dalam - jika bola keluar melepasi garisan gol (Peraturan 11.1)
  • Permainan diteruskan - jika bola itu melepasi kawasan gol tetapi masih berada dalam kawasan gelanggang permainan tanpa disentuh Penjaga Gol.
6.8  Bola yang keluar dari kawasan gol ke kawasan gelanggang permainan boleh diteruskan.

Nota:
Jika mana-mana pegawai dari pasukan diberikan KAD MERAH, seorang pemain gelanggang perlu dikeluarkan dan berada di  bangku simpanan selama 2 minit (pegawai berkenaan tidak dibenarkan berada di gelanggang permainan)

Khamis

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 5

5.    PENJAGA GOL
5.1  Penjaga Gol dibenarkan
  • menyentuh bola dengan mana-mana anggota badan / tubuh bagi menghalang atau mengawal golnya.
  • boleh bergerak ke mana-mana sahaja dengan bola dalam kawasan gol tanpa mengira langkah dan had masa kecuali melengah-lengah permaian.
  • keluar dari kawasan gol tanpa bola dan melibatkan diri dalam permainan gelanggang (semasa penjaga gol menjadi pemain gelanggang dan tertakluk kepada peraturan dan undang-undang permainan sebagai pemain gelanggang). Penjaga gol dianggap keluar dari kawasan gol jika mana-mana anggota tubuhnya menyentuh gelanggang permainan yang terletak diluar garisan 6 meter.
  • boleh keluar kawasan dengan bola dan memainkannya semula di gelanggang permainan, jika dia belum dapat mengawal bola.
2. Penjaga Gol Tidak dibenarkan:
  • membahayakan pihak lawan semasa melakukan aksi menahan bola.
  • dengan sengaja membawa keluar bola dari kawasan golnya.
  • menyentuh semula bola yang dibalingnya sebelum disentuh oleh pemain luar / gelanggang.
  • menyentuh atau membawa masuk bola yang terhenti atau yang sedang bergolek di luar kawasan gol semasa penjaga gol berada di dalam kawasan gol (tidak menjadi kesalah jika penjaga gol menyentuh atau mengambil bola yang bergolek tadi jika dia berada di luar atau keluar dari kawasan gol)
  • memasuki kawasan gol dengan bola.
  • melintasi garisan 4 meter. sebelum bola diolepaskan dari tangan pembaling semasa balingan 7 meter (penalti) diambil.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 4

4.    PASUKAN, PENGGANTUNGAN DAN PERALATAN
4.1  PASUKAN
  1. Setiap pasukan mengandungi 12 orang pemain. Tidak lebih daripada 7 orang dan minima 5 orang pemain berada dalam gelanggang. selebihnya adalah pemain gantian.
  2. Sepanjang masa permainan, salah seorang pemain mesti bermain sebagai penjaga gol. Penjaga gol boleh bermain sebagai pemain  gelanggang pada bila-bila masa dan begitu juga pemain gelanggang boleh menjadi penjaga gol pada bila-bila masa (Perturan A4, 4: 7)
  3. Pemain boleh dimulakan dengan sekurang-kurangnya 5 orang pemain. 
  4. Bilangan pemain dalam sesebuah pasukan boleh ditambah sehingga 12 orang pada bila-bila masa sepanjang permainan termasuk masa tambahan.
  5. Sekiranya semasa permainan berlangsung, sesebuah pasukan telah dikurangkan "kurang daripada 5 orang" permainan masih boleh diteruskan.
  6. Terpulang kepada pengadil menentukan sama ada atau bila permainan seharusnya dihentikan/ditamatkan (Rujuk 17:13). Keadaan berlaku setelah pasukan yang sama diberikan hukuman seperti singkir, dibatalkan atau 2 minit. Berlaku kekurangan 5 pemain dalam gelanggang - budi bicara pengadil.
    4.2  PENGGANTIAN
    1. Semasa permainan, sesebuah pasukan dibenarkan dengan maksima 4 orang pegawai berada bersama dengan pasukan.
    2. Pegawai pasukan yang didaftarkan (4 orang) tidak boleh digantikan seemasa perlawanan berlangsung.
    3. Salah seorang daripada pegawai pasukan hendaklah dikenalpasti sebagai pengurus pasukan yang bertanggungjawab dan dibenarkan untuk berurusan dengan penjaga masa, pencatat dan apa keadaan tertentu dengan pengadil (Penjelasan No. 3 "Team Time Out").
    4. Pegawai pasukan tidak dibenarkan memasuki gelanggang semasa permainan dijalankan.
    5. Pelanggaran peraturan ini hendaklah dihukum sebagai tidak bersemangat kesukanan (Peraturan 8:4, 16.1d, 16.3d dan 16.6b)
    6. Permainan disambung semula dengan balingan percuma bagi pasukan lawan (Rujuk 13.1a - b, Penjelasan No. 9)
    7. Seseorang pemain atau pegawai pasukan berhak mengambil bahagian sekiranya mereka hadir semasa permainan dimulakna dan namanya terdapat dalamborang pencatat.
    8. Pemain-pemain dan pegawai pasukan yang hadir atau tiba selepas pemainan dimulakan mestilah mendapat kebenaran untuk mengambil bahagian dari penmjaga masa atau pencatat dan namanya mesti dicatat dalam borang pencatat.
    9. seorang pemain berhak untuk mengambil bahagian secara prinsipnya boleh memmasuki gelanggang permainan melalui Zon Pertukaran pasukan pada bila-bila masa.
    10. Seorang pemain yang tidak berhak mengambil bahagian akan disingkirkan sekiranya ianya memasuki gelanggang permainan.
      4.3  PERALATAN
      1. Kedua-dua pasukan mestilah memakai pakaian yang berlainan warna. Semua dalam satu pasukan hendaklah memakai pakaian yang sama warna kecuali penjaga gol. 
      2. Penjaga Gol kedua-dua pasukan hendaklah memakai pakaian yang berbeza warna dari pasukannya dan pasukan lawan.
      3. Pemain-pemain hendaklah memakai nombor 1 hingga 20 dan ukran ketinggian nombor adalah 20 cm di bahagian belakang jersi dan 10 cm di hadapan jersi yang dipakai.
      4. Warna nombor pula hendaklah berbeza (kontras) dan jelas.
      5. Ketua Paukan hendaklah memakai "arm band" berukuran 4 cm lebar.
      6. Kasut hendaklah sesuai.
      7. Pemain-pemain tidak dibenarkan memakai peralatan yang boleh membahayakan diri sendiri atau pemain lain.
      8. Pemain yang cedera seperti luka berdarah atau pun terdapat kesan darah pada pakaian, mereka dihendaki meningggalkan gelanggang permainan dengan segera dengan sukarela dan boleh digantikan dengan pemain lain. Kegagalan mematuhi peraturan ini, pemain tersebut akan dikenakan hukuman kerana tidak bersemangat kesukanan.
      9. Dalam hal kecederaan pemain, pengadil boleh memberikan kebenaran kepada 2 orang pegawai pasukan untuk memasuki gelanggang permainan semasa 'Time Out".

        Rabu

        UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 2

         2.    MASA PERMAINAN, ISYARATA TAMAT & MASA HENTIAN

        2.1   MASA PERMAINAN
        1. Masa permainan biasa bagi umur 16 tahun dan ke atas ialah 30 minit setiap separuh masa dan masa rehat ialah 10 minit. (30 : 10 : 30)
        2. Masa permainan biasa bagi kategori umur 12 hingga 16 tahun ialah 25 minit setiap separuh masa dan masa rehat ialah 10 minit. (25 : 10 : 25).
        3. Masa permainan biasa bagi kategori umur 8 hingga 12 tahun ialah 20 minit setiap separuh masa dan masa rehat ialah 10 minit. (20 : 10 : 20).
        2.2    MASA TAMBAHAN
        1. Sekiranya keputusan seri setelah masa permainan sebenar telah berakhir dan pemenang perlu ditentukan, maka masa tambahan akan dijalankan selepas rehat 5 minit.
        2. Masa tambahan ialah 5 minit bagi setiap separuh masa dengan 1 minit rehat di antaranya.
        3. Jika masih seri, maka pemenang akan ditentukan mengikut peraturan pertandingan kejohanan berkenaan.
        2.3    ISYARAT TAMAT
        1. Masa permainan bermula dengan tiupan visel pengadil untuk balingan permulaan manakala masa tamat permainan ditentukan oleh isyarat tamat automatik dari Jam Gelanggang (Public Clock) atau Penjaga Masa
        2. Jika tiada isyarat seperti di atas, maka kuasa tamat permainan sebenar ditentukan oleh tiupan visel pengadil 1.
        2.4    MASA HENTIAN (TIME OUT)
        1. Pengadil akan memutuskan bila dan berapa lama masa permainan akan diberhentikan.
        2. Masa Hentian dimestikan bila:
        • penggantungan 2 minit, pembatalan atau singkiran
        • Balingan 7 meter (Balingan Penalti)
        • Masa hentian pasukan diberikan.
        • Kesalahan penggantungan pemain atau balingan pemain melebihi jumlah yang dibenarkan dalam gelanggang.
        • isyarat visel dari penjaga masa atau delegasi teknikal.
        • Perbincangan antara dua pengadil mengikut peraturan 17: 8 Masa Hentian biasa juga diberikan mengikut situasi lain bergantung kepada keadaan (Rujuk 'Calarification No 2)
        • Salah laku yang berlaku semasa henntian adalah sama seperti yang berlaku dalam permainan (16: 13 pernggan 1)
        • Pengadil akan memberikan isyarat kepada Penjaga Masa untuk memberhentikan dan memulakan permainan berhubung dengan masa hentian.
        • gangguan masa permainan akan dimaklumkan kepada Penjaga Masa menerusi 3 tiupan pendek dan isyarat tangan lengan (No 16)
        • Wisel mesti dibunyikan untuk menandakan permainan dimulakan selepas masa hentian tamat (15: 36)
        • Setiap pasukan akan diberikan sekali masa hentian setiap separuh masa selama 1 minit (Rujuk 'Clarification No. 3) dan sesebuah pasukan layak mendapatkan 'Time Out' hanya ketika pasukan itu sedang mengawal bola dan bola akan dimulakan oleh pasukan yang meminta 'Time Out' di tempat bola tadi dihentikan.
        • Tiada 'Time Out' di Masa Tambahan

          UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 3

          3.    BOLA
          1. Bola mestilah dibuat daripada kulit atau bahan sintentik
          2. Ia berbentuk sfera dan permukaannya mestilah tidak berkilat atau licin (17: 3)
          3. Untuk setiap permainan, sekurang-kurang 2 biji bola disediakan dan bola kedua mesti boleh diperolehi dengan segera di meja Penjaga Masa semasa permainan dijalankan. Bola yang digunakan mesti memenuhi syarat mengikut peraturan No. 5 (Saiz Bola)
          4. Pengadil akan menentukan bila bola kedua perlu digunakan. Dalam keadaan ini pengadil mestilah mendapatkan bola dan mengelakkan masa hentian.
          5. Saiz bola: Ukur lilit dan berat, digunakan mengikut kategori pasukan seperti:
          • Lelaki 16 tahun ke atas: Saiz 3 (IHF): Berat 425 - 475 gm: Ukurlilit 58 - 60 cm
          • Lelaki 14 - 16 tahun: Saiz 2 (IHF): Berat 325 - 375 gm: Ukurlilit 54 - 56 cm 
          • Lelaki 8 - 12 tahun: Saiz 1 (IHF): Berat 290 - 330 gm: Ukurlilit 50 - 52 cm
          • Perempuan 14 tahun ke atas: Saiz 2 (IHF): Berat 325 - 375 gm: Ukurlilit 54 - 56 cm
          • Perempuan 8 - 14 tahun: Saiz 1 (IHF): Berat 290 - 330 gm: Ukurlilit 50 - 52 cm

          UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 1

          1.    GELANGGANG PERMAINAN
          1.1  Gelanggang permainan berbentuk empat segi tepat berukuran 40 m panjang dan 20 m lebar, mengandungi 2 kawasan gol dan kawasan permainan (Rujuk 1.4 dan peraturan 6). Garisan tepi yang panjang dikenali sebagai Garisan Tepi dan garisan yang pendek dikenali sebagai Garisan Gol. Garisan Gol terdiri daripada garisan di antara dua tiang gol (intel goal line) dan garisan kedua-dua belah tiang gol (outer goal line).

          Gelanggang permainan mesti mempunyai zon keselamatan berukuran sekurang-kurangnya 1 m sepanjang garisan tepi dan 2 m sepanjang Garisan Gol.

          Gelanggang permainan tidak boleh diubah yang mana akan memberikan keuntungan kepada mana-mana pasukan.

            1.2  Gol diletakkan di tengah-tengah Garisan Gol dan mestilah diletak kukuh di atas lantai atau dinding. 
            1. Keluasan ruang gol ialah 2 m tinggi dan 3 m lebar.
            2. Palang gol bersambung secara mendatar dengan tiang gol dan kedudukan bahagian depan tiang gol diletakkan di atas Garisan Gol.
            3. Tiang dan palang gol mestilah berbentuk segiempat sama berukuran 8 cm dan dicat dengan dua warna yang kontra daripada latar belakang. Biasanya warnayang digunakan ialah merah-putih atau hitam-putih.
            4. Gol mestilah dipasang dengan jaring supaya bola berada di dalam gol selepas gol dijaringkan.

            1.3  Semua garisan dikira sebagai kawasan permainan dan lebar atau tebal garisan ialah 5 cm kecuali garisan di antara dua tiang gol (intel goal line) ialah 8 cm. Garisan di antara dua tiang gol (intel goal line) boleh dicat dengan warna yang berbeza dengan  garisan lain.


            1.4  Kawasan di depan setiap gol dikenali sebagai Kawasan Gol.  
             
            1.5  Kawasan Gol diilingkungi oleh Garisan Kawasan Gol (Garisan 6 meter) yang ditanda seperti berikut:
            1. Satu garisan 3 meter dibuat selari dengan garisan gol berjejari 6 meter daripada setiap tiang gol.
            2. Dua suku bulatan yang berjejari 6 meter (diukur dari  bahagian dalam tiang gol). Kedua-dua suku bulatan itu disambungkan dengan garisan lurus 3 meteryang selari dengan garisan gol.
            1.6  Garisan Balingan Percuma (Garisan 9 meter) ialah garisan putus-putus yang dilukis 3 meter di luar Garisan Kawasan Gol (Garisan 6 meter). Setiap garisan putus-putus dan ruang antaranya berukuran 15 cm.

            1.7  Garisan 7 meter ialah berukuran 1 meter panjang dibuat di hadapan gol. selari dan berjarak 7 meter dari Garisan Gol.

            1.8  Garisan tengah disambung daripada titik tengah kedua-dua garisan tepi.

            1.9  Garisan Pertukaran Pemain (sebahagian dari garisan tepi) dibuat 4.5 meter ke kiri dan kanan daripada garisan tengah sepanjang 15 cm ke dalam dan luar garisan tepi.

              Selasa

              MEMANASKAN BADAN DAN GERAK KENDUR

              MEMANASKAN BADAN
              1.  Memanaskan badan adalah aktiviti persediaan yang dilakukan oleh seseorang pemain yang menjalani latihan sukan atau latihan kecergasan. Dengan memanaskan badan akan membolehkan suhu darah dan otot meningkatkan fungsinya melalui :
              • otot akan menguncup dan mengendur dengan lebih pantas.
              • rintangan dalam otot akan menurun dan seterusnya meningkatkan kemampuan melakukan sesuatu aktiviti.
              • kenaikan suhu badan akan menyebabkan hemoglobin membebaskan oksigen dengan lebih cepat untuk kegunaan tisu-tisu otot.
              • kenaikan suhu juga akan menyebabkan myoglobin berfungsi dengan lebih berkesan dan mempertingkatkan aktiviti enzim.
              • rintangan dalam salur darah berkurangan dengan kenaikan suhu.
              • mengurangkan risiko kecederaan pada tisu-tisu lembut.
              2.  Bagi menaikkan suhu badan, seseorang pemain perlu melakukan aktiviti selama lebih kurang 30 minit dengan intensiti senaman yang sesuai.

              3.  Kesan ke atas seseorang pemain yang telah melakukan latihan memanaskan badan ialah ia akan berkemampuan melakukan kerja lebih kurang 45 hingga 80 minit. (Mengikut pendapat Herbert A de Vires)

              Jenis Memanaskan badan

              1.  Memanaskan badan secara aktif (aktiviti yang dilakukan sendiri)
              2.  Memanaskan badan secara pasif (aktiviti yang dijalankan dengan bantuan alat atau pihak lain).

              1.  Memanaskan badan secara am (untuk meningkatkan suhu badan). Contoh : Lari anak, lari setempat
              2.  Memanaskan badan secara spesifik (aktiviti yang dilakukan khusus untuk sesuatu latihan) Contoh : Regangan Statik dan Regangan Dinamik

              Prinsip-prinsip memanaskan badan

              1. Memanaskan badan secara am atau untuk meningkatkan suhu badan atau otot serta darah dapat meningkatkan pencapaian seseorang pemain.
              2. Aktiviti yang disusun sebaik-baiknya dikaitkan dengan sukan yang dimainkan supaya penguasaan kemahiran asas dapat dipertingkatkan.
              3. Latihan memanaskan badan boleh dijalankan secara pasif jika aktiviti aktif tidak dapat diadakan.
              4. Aktiviti memanaskan badan boleh mencegah kelesuan dan kecederaan otot semasa bermain.
              5. Prosedur memanaskan badan hendaklah tersusun dan bersesuaian dengan individu melaksanakan.
              6. Latihan memanaskan badan yang dilaksanakan secara lebihan beban akan menyebabkan kesan positif kepada koordinasi neuro-muscular.
              REGANGAN OTOT-OTOT SPESIFIK
              1.  Otot-otot utama yang akan digunakan dalam permainan hoki harus diregangkan.
              2. Pemain harus menahan setiap regangan selama 10 hingga 12 saat dan ulang aktivti ini.
              LATIHAN GERAKENDUR / WARM DOWN
              1. Latihan gerakendur ialah latihan yang dijalankan selepas seseorang pemain menjalani sesuatu latihan atau permainan.
              2. Latihan gerakendur adalah bertujuan untuk menghindarkan darah dari terkumpul di bahagian-bahagain anggota yang tertentu.
              3. Antara aktiviti gerakendur yang dilakukan selepas menjalani latihan ialah perlahankan aktiviti kepada intensiti rendah. Contoh :-
              • Lari anak
              • Berjalan
              • Regangan otot pada intensiti sederhana.
              • Regangan statik (dari bawah ke atas)

              Isnin

              STRATEGI PERMAINAN

              Terdapat beberapa strategi permainan untuk bola baling ketika menyerang dan bertahan diantaranya ialah:
              i. Serangan 
              (a) Sistem 3 : 3
              (b) Sistem 2 : 4
              (c) Sistem 5 : 1
              (d) Sistem 6 : 0

              ii. Bertahan
              (a) Sistem 6 : 0
              (b) Sistem 5 : 1
              (c) Sistem 4 : 2


              Sistem serangan 5 : 1 oleh Pasukan Kuning 
              Sistem bertahan 5 : 1 oleh Pasukan Ungu



              Sistem serangan 5 : 1 oleh Paukan Kuning 
              Sistem bertahan 4 - 2 oleh Pasukan Ungu


              Sistem serangan 5 : 1 oleh Pasukan Kuning  
              Sistem bertahan 6 : 0 oleh Pasukan Ungu


              KEMAHIRAN PENJAGA GOL

              Posisi ini selalu disebut sebagai barisan pertahanan yang terakhir dan jelas menunjukkan bagaimana pentingnya peranan seorang penjaga gol. Seorang penjaga gol yang cekap mestilah berani serta mempunyai gerak balas yang pantas dan konsentrasi yang baik. Selain menjaga pintu golnya, penjaga gol juga kadang-kadang bertindak sebagai penggerak utama dalam mengatur satu serangan terobos deras (fast break)





              Penjaga gol bersedia dan cuba menghalang balingan penalti




                 Penjaga gol cuba menyelamatkan balingan oleh pihak lawan




              KEMAHIRAN MENGAWAL

              Dalam apa-apa sukan sekali pun kawalan amatlah penting. Menghadang atau mengawal dilakukan untuk mengganggu pemain dan menyekat pergerakan pihak lawan yang sedang menguasai bola. Ini dilakukan untuk menguasai semula bola. Pihak pertahanan boleh mengamalkan cara-cara ini untuk mengawal pihak lawan:

              i. Menghadang pemain yang memiliki bola dengan cara satu lawan satu.


               Pasukan bertahan mengawal dan menghalang pergerakan pemain penyerang

              ii. Mengawasi pemain-pemain yang lain untuk memintas hantaran.


               
              Pemain pertahanan mengawal pergerakan pemain penyerang

              iii. Mengganggu penjaring dengan melaksanakan sistem pertahanan yang sesuai seperti sistem zon atau sistem kumpulan.


              Pasukan bertahan membuat benteng untuk menghalang pemain penyerang membuat jaringan


              KEMAHIRAN ASAS MENJARING

              i. Jaringan Bahu
              Jaringan bahu adalah cara yang paling mudah dan digemari oleh pemain kerana pergerakan yang terlibat adalah secara natural. Jaringan ini sering digunakan oleh pemain yang mempunyai kekuatan pada tangan.



              ii. Jaringan Lompat
              Teknik jaringan ini dikenali sebagai jaringan lompat. Cara jaringan ini sangat berkesan jika dilaksanakan dengan teknik yang betul. Anda memerlukan kemahiran koordinasi dan ritma yang betul, bermula dengan menyambut bola, melonjak ke udara dan membaling ke arah gol. Selalunya tindakan ini berakhir dengan pendaratan yang selamat.



              iii. Jaringan Dive
              Teknik menjaring secara dive pula amatlah menarik sekali. Pemain akan melonjak atau dive ke dalam ruang kawasan gol untuk membaling bola dari jarak terdekat dengan pintu gol (Rajah 6.11). Bola hendaklah dilepaskan sebelum mana-mana bahagian menyentuh gelanggang.


              iv. Jaringan Rendah
              Jaringan rendah akan membuat anda membaling bola ke bawah paras lutut dengan menujukan bola itu ke sudut kiri atau kanan pintu gol. Balingan boleh dibuat dengan melantunkan bola secara rendah. Untuk melakukan jaringan rendah biasanya anda perlu merendahkan badan dengan cara kaki yang hadapan dibengkokkan.